omniture

LONGi Dipilih sebagai Penaja PV untuk Pavilion China di Expo 2020 Dubai UAE

LONGi Solar
2020-01-15 03:02 364

BEIJING, 15 Januari 2020 /PRNewswire/ -- LONGi, syarikat teknologi solar global yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih sebagai penaja PV untuk Pavilion China di Expo 2020 Dubai UAE. Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) menganugerahkan LONGi "Penaja PV untuk Pavilion China di Expo 2020 Dubai UAE" di sebuah majlis pelancaran yang diadakan di Pusen Hotel.

 

Fang Ke, Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Ekspo Dunia bagi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Li Wenxue, Naib Presiden LONGi Group, Chen Pengfei, Pengurus Besar LONGi New Energy, Wang Yingge, Ketua Pemasaran Global, LONGi Solar dan lebih 80 wartawan daripada media arus perdana Cina menyertai majlis pelancaran ini dan menyaksikan detik penting ini untuk LONGi.

"Pavilion China dinamakan sebagai 'Huaxia Light'. Penampilannya direka dengan tanglung Cina tradisional, melambangkan 'Kecerahan dan Masa Depan'. Industri fotovolta telah menjadi 'kad perniagaan negara' China, menerajui dalam semua aspek seperti skala, aplikasi, teknologi dan kos. LONGi, sebagai peneraju bagi industri fotovolta China, akan bersinar," kata Fang Ke, Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Ekspo Dunia bagi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China.

"Kami percaya bahawa perkongsian kami dengan Pavilion China di Dubai Expo 2020 akan memberi kesan positif kepada seluruh industri dan memperdalam pemahaman tentang tenaga baharu yang diwakili oleh fotovolta dalam masyarakat. Hari ini, LONGi menggalas misi untuk 'mempromosi peralihan tenaga global' dan aktif menginovasi produk-produk baharu," kata Li Wenxue, Naib Presiden LONGi Group.

LONGi sentiasa memberi tumpuan pada inovasi teknologi bagi mempromosikan revolusi dan pembangunan dalam seluruh industri fotovolta dan aktif membangunkan perniagaan dan kerjasama pada skala global. Menurut syarikat, "jubin lantai fotovolta" inovatif LONGi diperbuat daripada modul-modul monohabluran berkecekapan tinggi akan turut dipamerkan di Pavilion China di Expo 2020 Dubai UAE.

Chen Pengfei, Pengurus Besar LONGi New Energy, berkata, "Kami akan berusaha untuk menyediakan penyelesaian tenaga fotovolta bersepadu yang terkemuka di dunia untuk Pavilion China di Expo 2020 Dubai UAE. Menerusi modul-modul 'jubin lantai fotovolta' yang inovatif, sistem fotovolta dan konsep reka bentuk 'Huaxia Light' amat bersepadu dan laluan fotovolta yang menggabungkan teknologi, kecantikan dan fesyen akan turut dipersembahkan di pentas dunia."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO?lang=0

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements Trade show news