omniture

Snap Fitness Bersedia untuk Pengembangan Antarabangsa Berterusan pada 2020

Snap Fitness
2020-01-17 20:49 160

Jenama kecergasan mendasarkan pertumbuhan kukuh pada 2019, dengan lebih 50 Lokasi Baharu Dibuka

CHANHASSEN, Minnesota, 17 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Kelab baharu, wilayah baharu dan pencapaian baharu bakal dicapai untuk Snap Fitness. Dengan lebih daripada satu juta ahli dan lebih 2,000 kelab dibuka atau dijadualkan untuk dibangunkan di seluruh dunia, jenama kecergasan 24/7 di dunia itu bersedia untuk meneruskan pertumbuhan antarabangsa dan pembangunan jenamanya pada tahun 2020.

Snap Fitness meraikan tahun baharu dengan pembukaan kelab ke-100 di Eropah dan pelancaran reka bentuk kelab canggih yang baharu dengan lampu tempahan khas serta teknologi kecergasan terkini di United Kingdom dan Ireland. Pasaran-pasaran tambahan utama untuk pengembangan pada tahun 2020 termasuk Australia, New Zealand, Mexico, Turki dan Emiriah Arab Bersatu.

"Sama ada kami sedang berkembang dalam negara-negara rakan kongsi semasa kami atau menembusi pasaran baharu, komuniti-komuniti menerima model 24/7 kami yang memberi peluang kecergasan kepada semua orang," kata Allison McElroy, Ketua Pegawai Pembangunan Global syarikat induk Snap Fitness, Lift Brands. "Gimnasium baharu sedang dibangunkan di seluruh dunia dan pengembangan antarabangsa kami menjadi keutamaan pada tahun 2020."

Pertumbuhan Snap Fitness meningkat secara mendadak pada tahun 2019, termasuk pembukaan kelab yang pertama seumpamanya di Taiwan. Jenama ini turut mengalami pertumbuhan penting sebanyak 46 peratus di rantau Asia Pasifik dan peningkatan keahlian keseluruhan sebanyak sembilan peratus.

"Snap Fitness melampaui trend dengan menawarkan ketekalan dalam pasaran yang sesak dan bergerak pantas," kata Weldon Spangler, Ketua Pegawai Eksekutif Lift Brands. "Kelebihan Snap Fitness adalah untuk terus menginovasi gimnasium kami dan menjadikan kecergasan mudah diakses kepada semua orang pada bila-bila masa. Kejayaan kami memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mencari kejayaan dalam matlamat kecergasan mereka."

Snap Fitness menawarkan suasana butik, teknologi yang terkini dan pelbagai peralatan bagi membantu setiap ahli mencapai dan melihat hasilnya.

Latar Belakang Lift Brands
Lift Brands ialah penginovasi yang terkemuka dalam industri kecergasan sebagai jenama induk beberapa francais kecergasan dan jenama kecergasan di seluruh dunia termasuk Snap Fitness, 9Round International Franchise, YogaFit Studios Franchise, Steele Fitness dan Fitness On Demand. Dengan lebih daripada 1 Juta ahli dan lebih 2,000 lokasi dibuka atau dijadualkan untuk dibangunkan dalam lebih 26 buah negara, Lift Brands membawakan hasil melalui pengalaman kecergasan yang paling mendatangkan kepuasan di dunia dan mengubah kehidupan setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang Lift Brands, sila kunjungi www.liftbrands.com.

Perhubungan Media: Caitlin Tvrdik
952-567-5902
ctvrdik@liftbrands.com
www.liftbrands.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1077744/SnapFitness_Logo.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1077745/Lift_Brands_Logo.jpg

 

Source: Snap Fitness
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Corporate Expansion