omniture

International Maritime Industries Tandatangani Dua "Pesanan Rig Binaan Baharu" dengan ARO Drilling

International Maritime Industries (IMI)
2020-01-20 14:45 118

- Penandatanganan kontrak bertujuan untuk membolehkan IMI membina dua rig penggerudian angkut naik binaan baharu yang pertama untuk ARO Drilling (ARO) di UAE, menyediakan IMI dengan pengetahuan dan pengalaman industri yang bertaraf dunia

DHAHRAN, Arab Saudi, 20 Januari 2020 /PRNewswire/ -- International Maritime Industries (IMI) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani dua "Perjanjian Belian Rig" (RPA) dengan ARO; kontraktor penggerudian luar pesisir bertaraf dunia yang memiliki, mengendalikan dan mengurus kumpulan rig angkut naik dengan spesifikasi tinggi dan premium di Arab Saudi dan perjanjian subkontrak yang berikutnya dengan rakan-rakan kongsi jangka panjang Lamprell Energy Ltd (LEL) untuk membina dua (2) rig penggerudian angkut naik Keppel LeTourneau Super 116E. Penyerahan rig pertama dijangkakan pada suku pertama tahun 2022 manakala rig kedua pada suku kedua tahun 2022.

ARO_IMI
ARO_IMI

"Anugerah ini memberi banyak manfaat kepada IMI, termasuk pemindahan pengetahuan teknikal dan IP daripada LEL kepada IMI dan mekanisme untuk menangani rancangan pembangunan yang diperlukan untuk kakitangan IMI, agar mereka mendapat kemahiran bertaraf dunia dalam pembinaan dan perancangan rig yang akan memastikan IMI dilengkapi dengan baik untuk membina rig secara persendirian di Ras Al Khair, sebaik sahaja limbungan kapal bertaraf dunia IMI dibuka. LEL akan membantu IMI menyetempatkan rantaian bekalan di United Kingdom. Anugerah projek ini akan menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang untuk industri baharu ini di Arab Saudi dan akan membolehkan IMI membina sendiri rig penggerudian angkut naik di Arab Saudi menurut standard pembinaan rig antarabangsa yang tertinggi," kata Fathi K. Al-Saleem, Ketua Pegawai Eksekutif IMI.

Mengulas tentang anugerah projek tersebut, Kelly McHenry, Ketua Pegawai Eksekutif ARO, berkata: "ARO komited untuk meningkatkan kehadiran kami di wilayah tersebut dan kami berasa sukacita dapat mencapai persetujuan yang akan membolehkan kami menggunakan keupayaan pembuatan tempatan bagi menyokong objektif-objektif pertumbuhan kumpulan kami. Melalui perjanjian pembelian ini, ARO akan memperoleh dua angkut naik termaju dan kami berharap dapat bekerjasama dengan IMI untuk penyerahan rig ini."

"Anugerah projek ini mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara IMI dan pemegang sahamnya, selain menyumbang kepada pembangunan infrastruktur rantaian bekalan Industri setempat, kepakaran teknikal untuk Saudi Nationals dan pencapaian mencatat rekod dalam pembinaan rig angkut naik," kata Al-Saleem.

International Maritime Industries, terletak di The King Salman Complex for International Maritime Industries & Services di Ras Al-Khair, Arab Saudi, akan menjadi kemudahan maritim khidmat penuh terbesar di MENA. Apabila bangunan tersebut siap, kapasiti tahunan kemudahan tersebut ialah empat (4) rig luar persisir binaan baharu dan lebih 43 kapal binaan baharu termasuk VLCC, selain membekalkan lebih daripada 260 produk maritim. Operasi pengeluaran utama dijangka bermula menuju penghujung tahun 2020 dengan kemudahan tersebut mencapai kapasiti pengeluaran penuhnya menjelang tahun 2022. International Maritime Industries ialah satu usaha sama antara Saudi Aramco, Lamprell, Bahri dan Hyundai Heavy Industries.

IMI_Lamprell
IMI_Lamprell

Photo : https://mma.prnewswire.com/media/1078927/ARO_IMI.jpg
Photo : https://mma.prnewswire.com/media/1078928/IMI_Lamprell.jpg

 

Source: International Maritime Industries (IMI)
Keywords: Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Awards Contracts