omniture

Laudes Foundation dilancarkan untuk percepat peralihan kepada ekonomi adil dan regeneratif

Laudes Foundation
2020-01-22 01:11 80

ZUG, Switzerland, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Laudes Foundation dilancarkan hari ini dengan tujuan untuk menangani dwikrisis iaitu kemusnahan iklim dan ketidaksamaan yang membahayakan alam semula jadi dan menjejaskan keselamatan dan kemuliaan komuniti yang tidak terhitung banyaknya di seluruh dunia.

Kebijaksanaan manusia yang sama yang telah membawa kemakmuran yang tiada tandingan kepada banyak pihak dituntut pada masa kini untuk menakrifkan semula maksud nilai, lebih daripada kepentingan pemegang saham sahaja. Laudes Foundation akan menyokong tindakan yang berani untuk menginspirasikan dan mencabar industri bagi memanfaatkan kuasanya demi kebaikan.

"Hari ini, terdapat cabaran amat besar yang perlu kita hadapi. Melalui Laudes Foundation kami akan bekerjasama dengan perniagaan, pemegang saham dan pelabur bagi mencipta definisi nilai yang baharu; dengan pemimpin pemikiran dan ilmuwan membuatkan definisi tersebut boleh dipercayai; dengan penggubal dasar untuk menguatkuasakannya; dengan masyarakat awam untuk menjadikannya munasabah; dengan rakan media dan pembina-pergerakan untuk menjadikannya wajar; dan dengan rakyat untuk menjadikannya bermanfaat," kata Martijn Brenninkmeijer, Pengerusi perusahaan keluarga Brenninkmeijer.

Permulaan baharu, sejarah yang telah lama wujud

Sebagai bahagian baharu dalam perusahaan keluarga Brenninkmeijer, Laudes Foundation meneruskan enam generasi keusahawanan dan kedermawanan, selain daripada perniagaan COFRA dan aktiviti-aktiviti kedermawanan persendirian lain keluarga tersebut, termasuk Porticus, Good Energies Foundation dan Argidius Foundation.

Laudes Foundation akan memanfaatkan pengajaran yang dipelajari daripada usaha-usaha lain, pada masa lalu dan masa kini. Khususnya, Laudes Foundation akan meneruskan dan memajukan kerja-kerja C&A Foundation.

"Sepanjang lima tahun yang lalu di C&A Foundation, kami banyak belajar tentang apa yang diperlukan untuk mengubah industri. Kami membina rangkaian dan mengukuhkan perkongsian dengan tujuan untuk mencetuskan perubahan yang berkekalan dan positif dalam sistem fesyen global. Selain itu, bersama-sama inisiatif utama kami Fashion for Good, kami mendemonstrasikan bahawa perniagaan dan kedermawanan dapat bekerjasama dengan jayanya untuk mengubah status quo industri," kata Leslie Johnston, Ketua Pegawai Eksekutif Laudes Foundation. 

"Kami juga mempelajari bahawa bagi melaksanakan perubahan dalam suatu industri, kami perlu menangani isu-isu yang lebih mendalam dan sistemik dalam sistem ekonomi global."

Apa yang dilakukan oleh Laudes Foundation 

Laudes Foundation bersedia untuk bekerjasama dengan industri dan mereka yang mempengaruhinya. Ia menggabungkan tujuan kedermawanan menerusi skala dan jangkauan perniagaan, memanfaatkan kelebihan bandingan kedua-duanya. Dengan cara ini, Laudes Foundation akan berusaha dengan tekun dan secara kolaboratif untuk:

Mempengaruhi modal 

Sistem kewangan global mempunyai kuasa untuk mengarahkan semula aliran modal agar pelaburan dapat menggalakkan amalan perniagaan yang baik. Laudes Foundation akan bekerjasama dengan mereka di bidang kewangan bagi mengilhamkan perubahan dan menjajarkan insentif, di samping memupuk pemikiran ekonomi baharu dan model perniagaan baharu.

Mengubah industri-industri 

Laudes Foundation akan bekerjasama dengan industri-industri bagi menangani isu-isu yang paling mendesak dan sistemik, bermula dengan isu-isu yang, melalui warisan keluarga dan keusahawanan, benar-benar diketahui:

  • Fesyen: industri pengguna yang pantas bergerak; meneruskan kerja-kerja C&A Foundation yang mengubah sektor dan memajukannya ke hadapan; dan
  • Persekitaran binaan: industri berasaskan aset yang berpotensi untuk mengubah ruang yang menjadi tempat kita tinggal dan bekerja.

Bagaimana Laudes Foundation melakukannya 

Laudes Foundation menyertai pergerakan penting bagi mempercepatkan peralihan kepada ekonomi yang adil dan regeneratif. Ia akan berusaha untuk mengubah sistem ekonomi yang menentukan nilai, bersama-sama semua pemain yang dapat merangka dan memajukannya.

Seperti C&A Foundation sebelumnya, Laudes Foundation akan sentiasa belajar dan berkolaborasi dengan rakan setara dan rakan kongsi serta berkongsi pengetahuan unik yang akan dibangunkan bersama mereka.

"Kami berasa bangga untuk meneruskan kerja-kerja oleh C&A Foundation dan menjadi sebahagian daripada pergerakan yang semakin berkembang untuk membentuk semula pasaran global agar ia menghargai semua orang dan menghormati alam semula jadi," tambah Johnston.

Sertai Laudes Foundation dalam perjalanannya yang baharu dan tidak dijangkakan. Kunjungi: www.laudesfoundation.org

Catatan untuk Editor 

Laudes Foundation ialah sebuah yayasan bebas yang menyokong inisiatif-inisiatif berani yang akan menginspirasikan dan mencabar industri untuk memanfaatkan kuasanya demi kebaikan. Laudes Foundation berusaha untuk mempengaruhi modal agar pelaburan dapat menggalakkan amalan perniagaan yang baik dan juga melalui industri bagi menangani cabarannya yang mendalam dan sistemik.

Laudes Foundation merupakan sebahagian daripada perusahaan keluarga Brenninkmeijer, selain daripada perniagaan COFRA  dan aktiviti-aktiviti kedermawanan persendirian yang lain keluarga tersebut termasuk Porticus, Good Energies Foundation dan Argidius Foundation.

Hubungan Akhbar 

Stephanie Klotz
Pengurus Kanan Komunikasi
communications@laudesfoundation.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1078574/Laudes_Foundation_Logo.jpg

Source: Laudes Foundation
Keywords: Environmental Products & Services Corporate Social Responsibility