omniture

Beezy peroleh kemudahan kredit bercagar senior $16J daripada Goldman Sachs Merchant Banking Division transformasikan Pengalaman Kakitangan dalam Perusahaan

Beezy
2020-01-22 16:58 124

SAN FRANCISCO, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Beezy Inc., penyelesaian Tempat Kerja Pintar untuk Microsoft Office 365, SharePoint dan Teams, hari ini mengumumkan bahawa baru-baru ini ia telah menutup kemudahan kredit bercagar senior bernilai $16,000,000 daripada Goldman Sachs Merchant Banking Division bagi mempercepatkan pertumbuhan dan meneruskan rancangan pengembangan antarabangsanya yang bercita-cita tinggi.

Beezy mengalami pertumbuhan mengagumkan yang didorong oleh keperluan yang semakin meningkat untuk organisasi-organisasi besar bagi menyediakan Tempat Kerja Digital siap-dibina untuk Office 365 yang diwujudkan bagi meningkatkan kolaborasi, melibatkan tenaga kerja yang tersebar secara geografi dan meningkatkan produktiviti. Syarikat ini juga merupakan satu-satunya vendor yang dapat membawakan penyelesaiannya yang memenangi anugerah melalui Microsoft Teams, aplikasi perniagaan yang paling pantas berkembang dalam sejarah Microsoft.

Hanya pada tahun lalu, Beezy telah menyaksikan pertumbuhan 3x dari segi bilangan pengguna, yang kini menjangkau kakitangan di lebih 80 buah negara dan 16 bahasa di seluruh dunia. Ia juga telah mencapai kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 70 peratus bagi pendapatan berulang tahunannya untuk tiga tahun kewangan berturut-turut yang lalu.

Beezy akan menggunakan dana yang baru diperoleh untuk meluaskan operasi antarabangsanya dan mengukuhkan lagi pelaburannya dalam inovasi produk, jualan, pemasaran dan kejayaan pelanggan bagi membawakan perkhidmatan penghantaran premium kepada senarai pelanggan perusahaan bertaraf dunianya yang semakin berkembang.

Di samping itu, pusingan pembiayaan ini akan menyokong rancangan pengambilan agresif oleh syarikat termasuk pembukaan pejabat New York dan pengambilan kakitangan untuk pejabat Singapura yang baru ditubuhkan. Kini, Beezy menggaji 60 orang kakitangan dan dijangka menggandakan bilangan kakitangannya pada tahun 2020 bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat untuk penyelesaian Tempat Kerja Pintarnya yang terkemuka.

Jordi Plana, Ketua Pegawai Eksekutif, pengasas dan pemegang saham utama Beezy menyatakan:

"Kami berbesar hati dengan pengesahan ini yang melibatkan potensi pertumbuhan dan pengembangan global melalui pembiayaan yang disediakan oleh Goldman Sachs Merchant Banking Division.

Pelaburan ini akan membantu Beezy meningkatkan transformasi Pengalaman Kakitangan dalam Perusahaan. Penyelesaian Tempat Kerja Pintar kami telahpun digunakan oleh jenama-jenama bertaraf global dan membantu mereka menangani cabaran mereka sekitar komunikasi dan penglibatan kakitangan, produktiviti dan juga budaya syarikat. Aliran masuk modal akan membolehkan kami meneruskan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami dalam Kecerdasan Buatan serta UX produk dan untuk meluaskan amalan kejayaan pelanggan kami yang bertaraf dunia bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat."

Latar Belakang Beezy

Beezy ialah penyelesaian Tempat Kerja Pintar semua-dalam-satu untuk Microsoft Office 365 dan Teams. Dengan meluaskan tindanan produktiviti Microsoft, kami memperkasa pengguna untuk berkomunikasi, berkongsi dan berkolaborasi dengan lebih baik, sama ada di premis, dalam infrastruktur awan mahupun dalam persekitaran hibrid.

Pelanggan-pelanggan besar seperti Banco Santander, ZF, Bank of England, CaixaBank, Finning, IHS Markit dan banyak lagi kini boleh mendapat manfaat daripada fungsian penuh tempat kerja digital pintar dan moden yang menyatukan Kolaborasi, Komunikasi, Pengetahuan dan Proses.

Latar Belakang Goldman Sachs Merchant Banking Division

Ditubuhkan pada tahun 1869, The Goldman Sachs Group, Inc. ialah firma perbankan pelaburan, sekuriti dan pengurusan pelaburan global yang terkemuka. Goldman Sachs Merchant Banking Division (MBD) ialah pusat utama untuk aktiviti pelaburan prinsipal jangka panjang firma ini. MBD ialah salah satu pelabur modal persendirian yang terkemuka di dunia yang membuat pelaburan merentas ekuiti persendirian, infrastruktur, hutang persendirian, ekuiti pertumbuhan dan hartanah.

Maklumat perhubungan

info@beezy.net

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/507658/beezy_dark_motto_Logo.jpg

 

Source: Beezy
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Corporate Expansion Financing agreements