omniture

Inisiatif Baharu dilancarkan di Davos untuk Nyahkarbon Mineral dan Rantaian Bekalan Industri

Rocky Mountain Institute
2020-01-22 20:45 127

Kaedah COMET akan menyediakan langkah pertama yang penting dalam menyahkarbonkan industri dengan memberi pandangan tentang emisi karbon dioksida (CO2) daripada penghasilan bahan-bahan utama seperti keluli, tembaga dan simen.

DAVOS, Switzerland, 22 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Rocky Mountain Institute, MIT Sustainable Supply Chains, Columbia Center on Sustainable Investment dan Payne Institute for Public Policy di Colorado School of Mines hari ini mengumumkan Gabungan Ketelusan Emisi Bahan-bahan (Coalition on Materials Emissions Transparency, COMET). Usaha ini bertujuan untuk membina kaedah standard bagi mengukur emisi gas rumah hijau (GHG) dalam bahan-bahan, satu langkah penting dalam penyahkarbonan mineral dan rantaian bekalan perindustrian. Kaedah COMET akan memberi pandangan tentang kandungan karbon dalam produk-produk pengguna seperti kereta, bangunan dan telefon serta akan membantu perbadanan mahupun pengguna membeli bahan-bahan dan produk-produk dengan emisi CO2 terbenam yang lebih sedikit.

"Kita semua tahu bahawa anda tidak dapat mengurus sesuatu yang tidak dapat diukur," kata Paolo Natali, pengarah Inisiatif Bahan-bahan di Rocky Mountain Institute. "Sehinggalah orang ramai mengetahui kesan iklim daripada produk-produk yang digunakan oleh mereka, mustahil untuk mereka menuntut barangan karbon lebih rendah dan ia akan menjadi sesuatu yang mustahil bagi menyahkarbonkan sektor-sektor perindustrian yang bertanggungjawab terhadap 40 peratus emisi gas rumah hijau tahunan."

Meskipun pendedahan tentang iklim semakin meningkat, ia kekal menjadi cabaran untuk membandingkan emisi gas rumah hijau merentas syarikat-syarikat dan rantaian bekalan. Pada masa kini, tidak ada kekonsistenan dalam pengumpulan atau pelaporan data menerusi kaedah-kaedah dan tiada rangka kerja yang mencakupi seluruh rantaian bekalan. Ini bermakna tidak ada cara yang diterima secara sejagat untuk mengetahui intensiti emisi daripada produk-produk atau bahan-bahan. Kaedah COMET akan mengubah hal berkenaan dengan menjadikan pendedahan tentang GHG boleh dibandingkan merentas mekanisme pelaporan sedia ada dan membantu memberi gambaran emisi yang jelas bermula daripada penghasilan bahan-bahan utama seperti keluli, tembaga dan simen.

"Matlamat utama kami ialah ketelusan tentang kesan iklim dalam seluruh rantaian bekalan," kata Suzanne Greene, pengurus program untuk Rantaian Bekalan Mampan MIT. "Kaedah penghitungan emisi untuk mineral dan rantaian bekalan perindustrian merupakan langkah pertama yang penting untuk pengguna dan pelabur bagi memahami dan mendorong penyahkarbonan barangan yang kita gunakan setiap hari."

COMET mulanya akan memberi tumpuan untuk membangunkan panduan khusus-sektor untuk logam dan mineral. Untuk maklumat lanjut atau untuk menjadi ahli pengasas, hubungi Paolo Natali (pnatali@rmi.org) atau Kathy Wight (kwight@rmi.org), atau kunjungi www.rmi.org/comet

Pertanyaan media sila hubungi:

Nick Steel, New York
Tel: +1 347-574-0887
Emel: nsteel@rmi.org

Source: Rocky Mountain Institute
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Mining/Metals Environmental Issues