omniture

Cognate BioServices tutup Siri B dan sempurnakan pemerolehan Cobra Biologics

Cognate BioServices
2020-01-24 18:03 141

MEMPHIS, Tennessee, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Cognate BioServices, sebuah organisasi pembangunan dan pembuatan kontrak (CDMO) terkemuka yang mengkhusus dalam produk-produk terapi gen sel dan sel perantara hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyempurnakan pemerolehan Cobra Biologics, CDMO terkemuka yang mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan pembangunan dan pembuatan untuk DNA plasmid dan vektor virus.

Cognate Bioservices announces completion of the acquisition of Cobra Biologics, funded primarily by EW Healthcare Partners.
Cognate Bioservices announces completion of the acquisition of Cobra Biologics, funded primarily by EW Healthcare Partners.

Pemegang saham Cognate sedia ada, EW Healthcare Partners dan pelabur-pelabur bersamanya memimpin pelaburan dalam Cognate dan pembiayaan untuk pemerolehan Cobra, dengan penyertaan daripada Medivate Partners.

Dengan penambahan kepakaran khusus Cobra dalam DNA plasmid, vektor virus, protein dan mikrobiota, bermula daripada peringkat pembangunan kepada isian-siap, Cognate berkedudukan kukuh sebagai penyedia perkhidmatan global yang utama dalam industri bagi menyediakan penyelesaian pembangunan dan pembuatan ubat-ubatan kepada imunoterapi sel dan gen serta industri perubatan regeneratif di seluruh dunia.

Cobra Biologics mempunyai kemudahan cGMP di UK dan Sweden. Cognate mengendalikan kemudahan pembuatan berkeluasan lebih 80,000 kaki persegi yang terletak di Memphis, Tennessee serta kemudahan pembangunan khusus di Baltimore.

"Kami semua teruja untuk menutup urus niaga ini dan mula memberi proposisi nilai tergabung kami," kata J. Kelly Ganjei, Ketua Pegawai Eksekutif Cognate. "Gabungan kepakaran, infrastruktur dan jejak geografi Cognate-Cobra segera meletakkan kedua-dua perniagaan untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dan masa depan dengan lebih pantas, berkesan dan secara komprehensif, dengan tumpuan kami untuk memiliki dan mengoptimumkan aspek-aspek kompleks rantaian bekalan. Bagi menyokong pemerolehan ini kami berusaha untuk meluaskan kapasiti komersial dan keupayaan kami untuk menyediakan pilihan unik yang boleh diskala untuk pembangunan dengan berkesan serta pembuatan ubat-ubatan kepada pelanggan kami dan pesakit mereka."

Urus niaga ini menyokong lagi misi Cognate untuk memenuhi keperluan pengguna utama perkhidmatannya — pesakit dengan keperluan perubatan yang belum dipenuhi di samping mengekalkan fokus untuk menyediakan akses pantas kepada keupayaan pembuatan termaju yang disepadukan ke dalam persekitaran pembuatan yang boleh diskala.

Latar Belakang Cognate BioServices, Inc. 

Cognate ialah sebuah organisasi dinamik didorong keputusan yang memberi tumpuan untuk menyediakan rangkaian perkhidmatan pengkomersialan yang paling luas kepada syarikat-syarikat perubatan regeneratif, imunoterapi selular dan terapi sel maju. Cognate menyediakan kombinasi unik perkhidmatan khusus kepada syarikat-syarikat merentas kesemua titik pembangunan klinikal dan komersial yang mengkhusus dalam percubaan klinikal peringkat pertengahan hingga lewat dan menyokong pelanggan kami melalui peluasan produk sehingga pembuatan komersial. Cognate mengaplikasikan pengetahuan dan kepakaran daripada pasukan perniagaan, saintifik dan teknikalnya untuk membangunkan produk-produk autologus dan alogenik dengan jayanya merentas pelbagai platform teknologi berasaskan sel dari awal hingga akhir. http://www.cognatebioservices.com

Latar Belakang Cobra Biologics: 

Cobra Biologics ialah CDMO terapi termaju antarabangsa terkemuka dengan kemudahan-kemudahan yang diluluskan oleh GMP di Sweden dan juga UK, setiap satunya memegang rekod prestasi yang ekstensif dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan global kami. Kami menawarkan rangkaian luas perkhidmatan bersepadu dan mandiri untuk pasaran klinikal dan juga komersial. Sebagai penyedia yang dipercayai dan rakan kongsi yang utama dalam proses pembangunan serta pengkomersialan ubat-ubatan, kami berbangga dengan kecemerlangan pembuatan kami serta rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk industri-industri farmaseutikal dan juga bioteknologi. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.cobrabio.com

Latar Belakang EW Healthcare Partners: 

Dengan hampir $4 bilion dikumpul sejak ditubuhkan, EW Healthcare Partners ialah salah sebuah firma pelaburan penjagaan kesihatan persendirian yang terbesar dan tertua serta berusaha untuk membuat pelaburan ekuiti pertumbuhan dalam syarikat-syarikat penjagaan kesihatan peringkat komersial yang pantas berkembang dalam sektor-sektor farmaseutikal, peralatan perubatan, diagnostik dan perkhidmatan didayakan teknologi di Amerika Syarikat serta Eropah. Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, EW Healthcare Partners telah mengekalkan komitmen tunggalnya terhadap industri penjagaan kesihatan dan telah menjadi pelabur jangka panjang dalam lebih 150 buah syarikat penjagaan kesihatan, merentas sektor, peringkat dan juga geografi. Pasukan ini terdiri daripada lebih 20 ahli profesional pelaburan kanan yang mempunyai pejabat-pejabat di Palo Alto, Houston, New York dan London. Untuk maklumat lanjut, lihat www.ewhealthcare.com.

Latar Belakang Medivate Partners: 

Medivate ialah sebuah firma ekuiti persendirian dan modal usaha niaga yang memberi tumpuan kepada pelaburan dalam industri bioteknologi/penjagaan kesihatan di Asia dan Amerika Utara. Firma ini berkedudukan kukuh untuk merebut peluang-peluang pelaburan penjagaan kesihatan yang melonjak antara Asia serta Amerika Utara dan berusaha untuk menjalankan arbitraj terhadap kelebihan pelaburan rentas sempadan yang unik. Semasa menutup dana ketiganya, Medivate Partners segera membina reputasi kerana memberi akses golongan dalaman kepada sindiket berkaliber yang terkemuka dan urus niaga sains hayat yang membuahkan hasil di Asia dan Amerika Utara.

Untuk berita terkini kami, sila kunjungi https://www.cognatebioservices.com/category/press-releases/ 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi James Wilkerson di 901-969-8981

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1080178/Cognate_Bioservices_acquires_Cobra_Biologics.jpg

Source: Cognate BioServices
Keywords: Banking/Financial Service Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Financing agreements