omniture

Grab Majukan Agenda 'Teknologi Demi Kebaikan' di WEF; Menyumbang Garis Panduan Industri Baharu

Grab
2020-01-24 20:18 353

DAVOS, Switzerland, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Grab, aplikasi super yang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin dunia dalam acara yang berjalan serentak dengan Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, untuk membincangkan tentang peranan dan harapan daripada syarikat-syarikat teknologi dalam menggunakan "teknologi demi kebaikan" bagi mendorong masyarakat ke hadapan. Grab turut menyumbang kepada pembangunan dua set garis panduan industri yang menggariskan amalan terbaik sekitar industri yang mula tumbuh dalam ekonomi platform dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

His Excellency Luhut Pandjaitan, Coordinating Minister for Maritime Affairs, Republic of Indonesia, delivering opening remarks calling for governments and businesses to work together to utilise technology for economic and societal advancements
His Excellency Luhut Pandjaitan, Coordinating Minister for Maritime Affairs, Republic of Indonesia, delivering opening remarks calling for governments and businesses to work together to utilise technology for economic and societal advancements

 

Global leaders sharing their perspectives on unlocking tech for good (From left to right: Panel moderator, Julia Chatterley, with panelists Michael Froman of Mastercard, Peggy Johnson of Microsoft, His Excellency Airlangga Hartarto, Coordinating Minister for Economic Affairs, Republic of Indonesia, Sanjay Poonen of VMWare and Anthony Tan of Grab)
Global leaders sharing their perspectives on unlocking tech for good (From left to right: Panel moderator, Julia Chatterley, with panelists Michael Froman of Mastercard, Peggy Johnson of Microsoft, His Excellency Airlangga Hartarto, Coordinating Minister for Economic Affairs, Republic of Indonesia, Sanjay Poonen of VMWare and Anthony Tan of Grab)

Acara yang dihoskan oleh Grab bertema, "Menyerlahkan Teknologi demi Kebaikan", dihadiri oleh tokoh-tokoh berpengaruh daripada sektor-sektor awam dan swasta. Tuan Yang Terutama Luhut Pandjaitan, Menteri Penyelaras Indonesia untuk Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, membuka acara tersebut (transkrip penuh di sini) dengan menyeru kolaborasi yang lebih erat antara kerajaan dan sektor swasta untuk "menggunakan teknologi demi kemajuan ekonomi dan penambahbaikan sosial buat rakyat kita." Beliau menasihatkan bahawa "cara yang terbaik untuk kerajaan dan peneraju industri teknologi seperti Grab untuk bekerjasama adalah dengan menggunakan teknologi untuk kebaikan dan komited terhadap matlamat yang sama untuk membina generasi-generasi akan datang - membangunkan modal insan yang berkualiti dan menyelesaikan masalah jangka panjang seperti pencemaran udara dengan mewujudkan ekosistem Kenderaan Elektrik."

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, Anthony Tan juga mengehoskan perbincangan panel bersama Tuan Yang Terutama Airlangga Hartarto, Menteri Penyelaras untuk Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia; Sanjay Poonen, Ketua Pegawai Operasi, VMWare; Michael Froman, Pengerusi Mastercard Center for Inclusive Growth dan Naib Pengerusi dan Presiden Pertumbuhan Strategik; serta Peggy Johnson, Naib Presiden Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Microsoft.

Tuan Yang Terutama Airlangga Hartarto, Menteri Penyelaras untuk Hal Ehwal Ekonomi, Republik Indonesia berkata, "Pertama, kami ingin mewujudkan dasar-dasar yang dapat mepermudahkan pertumbuhan inovasi dan ekonomi berasaskan teknologi, termasuk perniagaan platform digital seperti Grab. Teknologi akan memainkan peranan penting untuk pelaksanaan Industri 4.0 dan membuka akses kepada perkhidmatan kewangan buat semua - untuk menjadikan rangkuman kewangan suatu kenyataan."

Menteri Airlangga menambah, "Kedua, kami inginkan agar peraturan kami mesra pelaburan, di samping terus mendukung prinsip-prinsip tadbir urus yang baik, khususnya berkenaan dengan isu perlindungan data."

Grab menyumbang kepada garis panduan untuk penggunaan teknologi baharu yang bertanggungjawab

Melalui platform Forum Ekonomi Dunia, Grab menandatangani "Piagam Prinsip-prinsip untuk Kerja Platform yang Baik", yang meneruskan advokasinya untuk amalan platform digital yang bertanggungjawab yang memberi manfaat kepada pekerja. Disokong oleh syarikat-syarikat platform global, Piagam ini bermatlamat untuk memberi panduan kepada semua pemegang kepentingan, termasuk kerajaan, syarikat platform dan pekerja itu sendiri, untuk berkolaborasi dalam inisiatif-inisiatif yang meningkatkan kesejahteraan pekerja platform, berdasarkan prinsip-prinsip utama untuk kerja platform yang baik. Amalan baik oleh syarikat platform, sebagai contoh, inisiatif Break the Silence Grab untuk meluaskan rangkuman dengan menyokong mereka yang cacat pendengaran dan golongan kurang upaya yang lain untuk menggunakan platformnya untuk peluang menjana pendapatan dan usaha untuk merapatkan jurang kemahiran digital ASEAN dengan literasi digital dan peluang latihan peningkatan kemahiran untuk rakan pemandunya, turut diketengahkan sebagai contoh untuk pihak-pihak lain dalam industri pertimbangkan dan teladani.

Grab juga membantu membentuk Rangka Kerja Kerajaan AI Model edisi kedua yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Media Info-komunikasi Singapura (Info-communications Media Development Authority of Singapore), dan memberi contoh keadaan penggunaan bagi membantu organisasi-organisasi melaksanakan Rangka Kerja Model tersebut. Sebagai sebuah organisasi "AI di mana-mana", Grab menggunakan AI dalam seluruh platformnya untuk menyelesaikan masalah di Asia Tenggara, seperti menghapuskan transaksi berunsur penipuan dan memperuntukkan pesanan tunggangan dan pesanan makanan dengan lebih cekap. Dengan berkongsi pembelajaran kolektif lebih 300 tenaga kerja AI dan saintis data Grab yang mantap, Grab berharap agar dapat menginspirasikan penyelesaian masalah yang kreatif menggunakan AI dan menggalakkan penggunaan AI yang bertanggungjawab.

"Mengaplikasi teknologi baharu memberi kesan yang besar terhadap kehidupan dan mata pencarian orang ramai. Lebih 20 peratus rakan pemandui kami tidak bekerja sebelum menyertai platform Grab. Dengan membantu lebih ramai orang memperoleh pendapatan, Grab menyumbang hampir US$6 bilion kepada ekonomi Asia Tenggara pada tahun lalu," kata Anthony Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan & Pengasas Bersama, Grab.

"Namun demikian, jurang digital yang semakin luas dalam pasaran yang sedang membangun dan perdebatan tentang penggunaan teknologi secara beretika mencerminkan bahawa syarikat-syarikat teknologi boleh melakukan banyak lagi dengan menampil sebagai penggiat industri yang bertanggungjawab. Grab percaya dalam mengambil pendekatan yang proaktif untuk mengawal selia sendiri, demi kepentingan untuk meningkatkan mata pencarian rakan-rakan kongsi kami. Kami secara proaktif komited terhadap set prinsip-prinsip utama untuk kerja platform yang baik dan penggunaan AI serta berharap agar ia dapat bertindak sebagai asas yang berguna untuk kerajaan dan penggiat-penggiat industri yang lain untuk mula bekerjasama berhubung penyelesaian," tambah Anthony.

Inisiatif-inisiatif di atas merupakan lanjutan daripada program "Grab for Good" oleh syarikat, yang mana ia komited untuk membawakan literasi digital dan rangkuman kepada 3 juta warga Asia Tenggara menjelang tahun 2025, membantu tambahan 5 juta perniagaan tradisional dan peniaga kecil-kecilan mendigitalkan aliran kerja mereka dan melatih 20,000 orang pelajar melalui inisiatif-inisiatif bakat teknologi dengan kerjasama institusi pendidikan, pertubuhan bukan untung dan syarikat teknologi yang terkemuka.

Latar Belakang Grab 

Grab ialah aplikasi super setiap hari yang terkemuka di Asia Tenggara, menyediakan perkhidmatan setiap hari yang paling penting buat pengguna. Hari ini, aplikasi Grab telah dimuat turun pada lebih 166 juta peranti mudah alih, memberi pengguna dengan akses kepada lebih 9 juta pemandu, peniaga dan ejen. Grab menawarkan rangkaian terluas perkhidmatan pengangkutan atas-permintaan di rantau tersebut, selain daripada makanan, penghantaran pakej, pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan, merentas 339 buah bandar di lapan buah negara Asia Tenggara. Untuk maklumat lanjut, lihat: http://www.grab.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200122/2698389-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200122/2698389-1-b?lang=0

Source: Grab
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news