omniture

Bangunan Empire State Sambut Hari Australia Pada 26 Januari

Empire State Realty Trust, Inc.
2020-01-24 20:29 111

Mercu tanda ikonik akan menyala dengan warna hijau dan emas serta membuat sumbangan kepada krisis kebakaran hutan sempena memperingati cuti tersebut

NEW YORK, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Bangunan Empire State (ESB) mengumumkan bahawa tahun ini, bangunan ini akan disimbahi dengan warna-warna kebangsaan Australia iaitu hijau dan emas sempena menyambut Hari Australia. Diraikan setiap tahun pada 26 Januari, hari cuti kebangsaan ini memperingati ketibaan Kumpulan Pertama kapal-kapal British di New South Wales.


Di samping itu, tatkala dunia terus mengikuti perkembangan krisis kebakaran hutan negara yang telah menghancurkan negara berkenaan, restoran ESB STATE Grill and Bar akan menambah bir FOSTER'S dan pencuci mulut Pavlova istimewa ke dalam menunya pada 25 dan 27 Januari, dengan semua keuntungan yang diperoleh daripada item-item yang disediakan secara terhad ini disumbangkan terus kepada NSW Rural Fire Service. Patina Restaurant Group, syarikat pengurusan restoran berkenaan, turut berikrar untuk menyamai sumbangan ini.

"Bangunan Empire State ialah destinasi popular untuk pengembara Australia dan ingatan kami sentiasa bersama negara tersebut semasa krisis yang berlaku masa kini," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Empire State Realty Trust. "Kami ingin mengambil peluang ini untuk menghulurkan sokongan kami melalui lampu-lampu menara kami yang terkenal di dunia dan menerusi sumbangan bagi menyokong bantuan kebakaran hutan."

Tim Tams percuma yang dibuat sendiri oleh cef pastri STATE Andrea Jarosh akan turut disediakan dengan pembelian bir atau pencuci mulut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bangunan Empire State dan STATE Grill and Bar, sila kunjungi http://www.esbnyc.com dan https://www.patinagroup.com/state-grill-and-bar.

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di Midtown Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., ialah "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Dengan pelaburan baharu yang dibuat dalam kecekapan tenaga, prasarana, kawasan awam dan kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik minat penyewa kelas pertama daripada pelbagai industri dari seluruh dunia. Bangunan Empire State dinamakan sebagai destinasi perjalanan yang paling popular di dunia dalam satu kajian yang dijalankan oleh Uber dan dipilih sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Arkitek Amerika. Untuk maklumat lanjut mengenai Bangunan Empire State, sila kunjungi www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, http://weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, atau www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan hartanah (REIT) yang terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, mengambil alih, dan menetapkan semula kedudukan hartanah pejabat dan perniagaan di Manhattan dan kawasan sekitar metropolitan New York, termasuk Bangunan Empire State, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Beribu pejabat di New York, New York, portfolio pejabat dan perniagaan Syarikat meliputi 10.1 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 30 September 2019, mencakupi 9.4 juta kaki persegi kawasan boleh sewa bagi 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; serta kira-kira 700,000 kaki persegi kawasan boleh sewa bagi portfolio perniagaan.

Latar Belakang STATE Grill and Bar  
STATE Grill and Bar ialah restoran unggulan Bangunan Empire State yang menyatukan hidangan masakan New York klasik dengan gaya kulinari moden. Cef-cefnya mendapat inspirasi daripada Empire State itu sendiri, bahan-bahan pasarannya yang begitu banyak serta pekebun dan pengeluar yang membekalkan kepada metropolis yang paling ikonik di dunia ini. Reka bentuk restoran ini memberi penghormatan kepada kekayaan sejarah Bangunan Empire State dan reka bentuk Art Deco 1930 dengan setiap kemasan yang diperoleh dengan teliti.


Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1080568/Empire_State_Building_Australia_Day.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1080569/Australia_Day_Promotion.jpg

 

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Real Estate Restaurants Retail Travel Corporate Social Responsibility Natural Disasters Future Events