omniture

Moët Hennessy umum program Vinexpo: Berkongsi, terlibat dengan dan bersatu sekitar Tanah Hidup

Moët Hennessy
2020-01-25 01:15 110

PARIS, 24 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Selepas mengumumkan hasratnya untuk mengambil bahagian dalam pameran Vinexpo Paris (mulai 10 hingga 12 Februari, 2020), menetapkan sebagai agora khusus untuk isu-isu kemampanan, Moët Hennessy mengumumkan kandungan programnya. Tiga hari perbincangan dan perbualan ini di antara pakar berhasrat untuk mewarnakan gambaran model perusahaan wain semasa, mempercepatkan peralihan ekologi dalam industri dan sumbang saran bersama-sama mengenai cara membina masa depan mampan yang menghormati alam sekitar. Pameran ini juga akan menjadi peluang buat Moët Hennessy mempersembahkan komitmennya terhadap Tanah Hidup.

"Kami mahu berkongsi pengalaman dan pendekatan kami dan menganjurkan forum pakar mengenai topik penting sekitar pembuatan wain mampan semasa edisi baru Vinexpo ini, acara di mana dunia pembuatan wain berkumpul bersama-sama. Kami membuka pintu kami kepada rakan industri dan semua yang berhasrat untuk mengambil bahagian dalam mewujudkan vitikultur yang semakin mampan." Ulas Philippe Schaus, CEO Moët Hennessy. 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8680551-moet-hennessy-at-vinexpo/ 

FORUM TANGGUNGJAWAB TERKEMUKA MENGENAI CABARAN PERSEKITARAN POKOK ANGGUR, WAIN DAN SPIRIT

Moët Hennessy telah menjemput kumpulan pakar: pengarah ladang anggur, penyelidik, sommelier, jurucakap dari institusi antarabangsa, NGO, serta syarikat baru yang memberi pengkhususan pada teknologi dan kemampanan. Setiap panel terdiri daripada kumpulan pakar dari Maison Moët Hennessy dan pakar dari serata dunia. Mereka akan bergilir-gilir menangani keadaan tanah semasa kepelbagaian bio, mendedahkan teori dan kemajuan mereka, serta akan berkongsi penyelesaian mereka berhubung model pengeluaran semasa untuk mempercepatkan peralihan ekologi.

Format perbincangan ini adalah terbuka secara sukarela dan dinamik: beberapa siri perbualan yang berlangsung selama tiga puluh minit, disusuli sesi soal jawab selama sepuluh minit bersama orang awam. Program ini akan berselang-seli dengan detik perkongsian, dalam bentuk sesi merasa wain dan kelas-kelas utama sekitar produk Maison Moët Hennessy.

KOMITMEN MOËT HENNESSY: TANAH HIDUP    

Semasa Vinexpo, Moët Hennessy akan mempersembahkan pendekatan dan tindakannya yang telah diambil beberapa tahun yang lalu: pelaburan yang banyak dalam peralatan berkaitan alam sekitar, latihan dalam teknologi baru untuk penanam dan petani anggur bagi pengeluaran wain, bantuan dalam memperoleh pensijilan perusahaan wain yang mampan, serta menyokong projek saintifik dan universiti untuk berkongsi dan menyebarkan pengetahuan. Moët Hennessy juga akan mengumumkan komitmennya untuk masa depan. Justeru, di bawah ketetapan "Tanah hidup" yang Moët Hennessy berhasrat menyatukan komunitinya di seluruh dunia dan membangunkan program tanggungjawab sosialnya.

SEHALUAN DENGAN GENERASI BARU

Oleh kerana mereka pelakon masa depan, Moët Hennessy mempelawa ahli generasi baru kepada perbincangan ini. Pada hari terakhir Vinexpo, perbualan mengenai masa depan perusahaan wain bersama Philippe, CEO Moët Hennessy, akan ditumpukan kepada mereka. Perbahasan ini akan disusuli dengan bengkel mengenai masa depan gastronomi dan wain pada tahun 2050, dengan penyertaaan istimewa Alain Ducasse dan diketuai oleh Institute for Desirable Futures. Malah, profesion di dalam industri gastronomi semakin menarik bakat muda di seluruh dunia dan di Perancis, yang mana prestij mereka dalam bidang ini tidak dapat dipertikaikan. Atas sebab ini, Moët Hennessy telah memutuskan untuk menyatukan kepimpinan dan milenium pelbagai Maison, Ketua Chef, pelajarnya dari sekolah memasak, seni kulinari dan hospitaliti Sciences Po dan Ferrandi. Bersama-sama, mereka akan mempengaruhi masa depan gastronomi mampan dan menyampaikan kesimpulannya.

Mengenai Moët Hennessy

Moët Hennessy ialah bahagian wain dan minuman keras LVMH, kumpulan produk mewah terkemuka dunia. Moët Hennessy, syarikat wain dan minuman keras mewah terbesar di dunia, merangkumi 22 jenama berprestij yang dikenali di peringkat antarabangsa atas kekayaan tanah mereka, mutu produk mereka dan kepakaran yang mereka hasilkan: Hennessy, Moët & Chandon, Veuve Clicquot, Dom Pérignon, Ruinart, Krug, Mercier, Belvedere, Glenmorangie, Ardbeg, Chandon, Newton, Terrazas de los Andes, Cloudy Bay, Cape Mentelle, Numanthia, Ao Yun, Volcan De Mi Tierra, Woodinville Whiskey Company, Clos19, Château du Galoupet & Château d'Esclans.

Maklumat perhubungan: 
Chrystel BROSSETTE 
Pengurus Komunikasi & Perhubungan Akhbar Korporat Moët Hennessy 
cbrossette@moethennessy.com
 
65-67 avenue de la Grande Armée, 75016 Paris

Untuk mendapatkan maklumat tambahan dan mendapatkan pas akhbar anda, sila lawati: http://moethennessyvinexpoparis.com/

 

 

Source: Moët Hennessy
Keywords: Agriculture Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Broadcast feed announcements New products/services Trade show news