omniture

Syarikat gergasi tenusu Asia Yili jadi tumpuan apabila kesihatan menjadi topik hangat di WEF 2020 di Davos

Yili Group
2020-01-27 18:10 354

DAVOS, Switzerland, 27 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) kali ke-50 baru sahaja melabuhkan tirainya. Di forum berkenaan, pengerusi dan presiden pengeluar makanan sihat yang berpangkalan di China Yili Group (Kod Saham: 600887) Pan Gang melahirkan keyakinan beliau terhadap pengembangan pasaran pengguna Cina dan global selain kecanggihan yang semakin meningkat dalam kalangan pembeli belah semasa perbincangan tentang "Tinjauan Ekonomi China".

"Pada tahun 2019, dua jenama Yili menyaksikan jualan melepasi pencapaian 20 bilion yuan manakala empat jenama melepasi pencapaian 10 bilion. Didorong oleh permintaan pengguna terhadap produk-produk yang diperibadikan dan berasaskan senario, Yili sentiasa menginovasi dan membawa bersama-sama sumber-sumber yang berkualiti tinggi ke seluruh dunia untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna," kata En. Pan.

Satine dan inikin, dua produk unggulan Yili, diperkenalkan julung kalinya di "Davos - Yili Healthy Soiree" pada sebelah malam 22 Januari. Satine, jenama susu berkualiti tertinggi, mempunyai barisan produk diimport dari New Zealand, yang menyediakan pengguna dengan susu asli berprotein tinggi dan organik. Menerusi sumber daripada air mineral bersuhu rendah yang terdapat di gunung berapi, inikin berhasrat untuk menjadi peneraju dalam era air minuman yang sihat.

Yili telah menembusi pasaran Asia Tenggara dengan ais krim Joyday berkualiti tingginya dan telah melancarkan 17 produk Joyday di seluruh Indonesia. Di samping itu, syarikat telah melancarkan yogurt suhu bilik Ambrosial dengan tiga jenis pempakejan dan lima perisa (asli, beri biru, strawberi, pic kuning & oat dan mangga & buat markisa), memberikan pengalaman sihat yang belum pernah disediakan sebelum ini kepada pengguna di Asia Tenggara.

Selain daripada menyediakan produk-produk tenusu yang sihat, Yili meneruskan matlamat yang lebih tinggi untuk menggalakkan pembangunan mampan dan penyertaan besar-besaran dalam bidang sukan di seluruh dunia, sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk memenuhi tanggungjawab sosialnya dan menggalakkan gaya hidup sihat buat semua. Yili mengambil bahagian dalam usaha "Bantu Berjuta-juta Kanak-kanak Realisasikan Impian" ("Help Millions of Children Realize Dreams"), sebuah acara amal berskala besar yang diadakan oleh Children's Tumor Foundation Indonesia di Jakarta, dengan kesemua hasil kutipan akan membantu kanak-kanak tempatan yang bertarung dengan penyakit kanser. Syarikat ini turut mengambil bahagian dalam majlis 'berbuka puasa', menyediakan ais krim secara percuma, berkhasiat dan lazat kepada kanak-kanak beragama Islam yang miskin di Indonesia. Melalui operasi setempat, Yili menunaikan tanggungjawab sosialnya secara aktif dengan terlibat dalam kempen amal, mencipta peluang pekerjaan baharu dan merangsang ekonomi sekitaran dan, dengan berbuat demikian, dapat mewujudkan perkongsian yang saling menguntungkan bersama masyarakat tempatan dan mendapat pengiktirafan serta kepercayaan yang meluas pada peringkat tempatan. Dengan terlibat secara aktif dalam perlindungan biodiversiti selain pengeluaran dan kehidupan rendah karbon, Yili dianugerahkan Amalan Terbaik Perniagaan China 2019 dalam Mencapai SDG oleh UN Global Compact.

Sejak tahun 2017, lebih daripada 85 juta orang telah mendaftar dalam talian untuk acara promosi sukan salji Yili. Mengulas tentang sukan dan kesihatan, Liu Jiayu, seorang wakil atlet di "Davos - Yili Healthy Soiree", juara dunia 'halfpipe' papan luncur salji dan pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang berkata, "Penyertaan dalam sukan menjadikan seseorang individu yang lebih baik dalam banyak aspek. Usaha-usaha yang dibuat oleh Yili untuk menggalakkan penyertaan secara besar-besaran dalam sukan adalah amat penting bagi menyokong gaya hidup yang sihat."

Transformasi pembangunan mampan telah menjadi suatu konsensus sejagat. Advokasi Yili terhadap gaya hidup yang sihat serta penerimaan pendekatan untuk pembangunan yang mampan telah menggamit perhatian dan pengiktirafan daripada segenap lapisan masyarakat, lalu mencipta "penyelesaian Yili" yang cekap.

Source: Yili Group
Keywords: Beverages Food/Beverages