omniture

SCB 1OX lancar "Moonshot Mission" tumpu pada "Pembina Usaha Niaga" pertama Thailand, bertujuan untuk jadi peneraju ASEAN dalam pembina usaha niaga dan pelaburan teknologi digital

Siam Commercial Bank (SCB)
2020-01-29 12:53 314

BANGKOK, 29 Januari 2020 /PRNewswire/ -- SCB 1OX Company Limited, subsidiari di bawah Siam Commercial Bank PCL (SCB), mengumumkan kesediaannya untuk mendorong ke hadapan enjin pertumbuhan baharu untuk pembangunan keupayaan teknologi digital melalui "Moonshot Mission", yang bersedia untuk menekankan pelaburan yang dapat mencipta pertumbuhan eksponen yang belum pernah terjadi sebelum ini. Syarikat ini menyoroti pembezaan dalam industri perbankan dengan pasukan "Venture Builder" ("Pembina Usaha Niaga") buat julung kalinya di Thailand sekali gus menyasarkan untuk menjadi peneraju ASEAN dalam pelaburan teknologi digital dalam tempoh 5 tahun.

Siam Commercial Bank Group launches SCB 1OX, a new businesses powered by digital technology, including self-investment, venture builder and business partnership, aiming to become ASEAN leader in venture builder and digital technology investment within 5 years.
Siam Commercial Bank Group launches SCB 1OX, a new businesses powered by digital technology, including self-investment, venture builder and business partnership, aiming to become ASEAN leader in venture builder and digital technology investment within 5 years.

 

En.  Arthid Nantawittaya, Pengerusi Lembaga, SCB 1 O X Company Limited dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Siam Commercial Bank PCL, mendedahkan bahawa: "SCB telah memulakan perjalanan pantas untuk mencipta peluang perniagaan baharu agar dapat seiring dengan perubahan perbankan digital. Hari ini, kami bersedia sepenuhnya untuk membawa 'Eksperimentasi' kami ke peringkat seterusnya bagi mencapai 'Pertumbuhan Eksponen' tatkala kami memutuskan untuk menubuhkan "SCB 1OX" dengan misi untuk mengawasi semua syarikat teknologi dalam SCB Group, seperti Digital Ventures, SCB Abacus, MONIX dan syarikat-syarikat teknologi dalam saluran perniagaan masa depan SCB. Syarikat baharu ini telah memperuntukkan belanjawan sebanyak 20 bilion baht untuk rancangan pelaburannya selama tiga tahun. Objektif utamanya adalah untuk memberi tumpuan pada pelaburan dalam perniagaan baharu yang dikuasakan oleh teknologi digital, termasuk pelaburan sendiri, pembina usaha niaga dan perkongsian perniagaan. Gerakan perniagaan ini akan membolehkan SCB mendapat lebih banyak keupayaan teknologi pada masa akan datang, selain mencipta lebih nilai daripada perniagaan baharu untuk menggantikan dan meningkatkan pertumbuhan sedia ada Bank ini."

Dr. Arak Sutivong, Ketua Pegawai Eksekutif, SCB 1OX Company Limited dan Presiden, Siam Commercial Bank PCL, menghuraikan: "SCB 1OX ialah satu lanjutan daripada pembangunan perniagaan baharu kami yang memberi tumpuan bagi mewujudkan keupayaan teknologi baharu bagi menjana 'pelaburan dalam Peluang Eksponen' di bawah misi yang dikenali sebagai: 'Moonshot Mission'. Ia mewakili idea dan ciptaan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dan pengiktirafan keperluan pasaran pada masa depan yang dapat membawa organisasi ini mencapai matlamat sebelum rakan-rakan lain. Misi ini mengandungi tiga tonggak perniagaan utama:

1) Pembina Usaha Niaga (VB) – Perniagaan VB akan bertindak sebagai pemacu utama syarikat bagi mencipta pertumbuhan eksponen, yang mana SCB 1OX akan menyokong syarikat-syarikat baharu teknologi dengan idea-idea atau sekumpulan usahawan perniagaan yang melihat potensi masa depan. Selain daripada hal ini, SCB 1OX akan bersama-sama membina perniagaan dengan individu-individu berbakat dengan menyokong akses teknologi, pemudahan proses bawa-ke-pasaran, selain perkhidmatan perkongsian yang lain, agar pemilik idea dapat menumpu sepenuhnya bagi membentuk daya kreativiti mereka kepada perniagaan yang berjaya dan menjadi pemilik syarikat (Pemilikan bersama).

2) Pelaburan dan Perkongsian Strategik - SCB 1OX akan bekerjasama dengan pelbagai syarikat teknologi dan mencari peluang untuk mencipta perniagaan teknologi bagi membangunkan keupayaan dan mencipta nilai seterusnya untuk perniagaan ini.

3) Modal Usaha Niaga (VC) - Pelaburan dalam syarikat-syarikat teknologi dan syarikat-syarikat baharu di seluruh dunia untuk membantu syarikat ini atau syarikat-syarikat baharu yang berkenaan lebih berkembang.

"Dengan SCB 10X, kami menyasarkan untuk menjadi peneraju di ASEAN dalam pembina usaha niaga dan pelaburan teknologi digital dalam tempoh 5 tahun melalui belanjawan pelaburan kami yang berskala besar. SCB 1OX bersedia untuk menerima idea-idea dan pasukan-pasukan kerja dari seluruh dunia untuk bersama-sama mendorong 'Moonshot Mission' ke hadapan bagi mencapai matlamat perniagaan yang bercita-cita tinggi," simpul Dr. Arak.

Untuk maklumat lanjut, sila emelkan kepada: contact@scb10x.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200124/2701724-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200124/2701724-1logo?lang=0

Source: Siam Commercial Bank (SCB)
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion New products/services Financial Technology