omniture

ChemOne Umum Kilang Aromatik bernilai US$3.4 Bilion, Salah Satu yang Terbesar di Dunia

ChemOne Group
2020-02-07 09:32 300

Pengerang Energy Complex dijangka untuk menjana pusing ganti eksport tahunan sebanyak US$5 bilion untuk Malaysia pada kapasiti penuh

JOHOR, Malaysia, 7 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ChemOne Group ("ChemOne"), konglomerat minyak dan gas, petrokimia serta sumber asli dengan pengalaman selama lebih 30 tahun dalam rantaian nilai, hari ini mengumumkan pelancaran Pengerang Energy Complex ("PEC") di Johor, Malaysia.

Projek bernilai US$3.38 bilion itu akan menjadi salah sebuah kemudahan Pemisah Peluwap dan Aromatik bersepadu yang terbesar dan paling kompetitif di dunia. Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2020.

ChemOne ialah pemaju induk dan pemegang saham majoriti melalui penajaannya dalam PEC. Maire Tecnimont dari Itali ialah rakan kongsi Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan ("EPCC") ChemOne untuk projek berkenaan manakala UOP ialah penyedia teknologi untuk PEC.

PEC bermatlamat untuk menjadi hab petrokimia bertaraf dunia yang akan menambah nilai kepada rantaian nilai minyak dan gas hiliran di Malaysia. Hal ini sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan untuk meningkatkan output petrokimia Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab penyimpanan dan perdagangan minyak peringkat serantau.

Dengan kapasiti penuh, yang dijangkakan dari tahun 2024, PEC dijangka untuk menjana pusing ganti eksport tahunan sebanyak US$5 bilion untuk Malaysia.

Semasa fasa pembinaannya selama empat tahun, PEC akan menggaji lebih 7,000 orang pekerja. Sebaik sahaja ia mula beroperasi, ia akan menggaji 250 orang kakitangan, yang mana 80% daripadanya adalah rakyat Malaysia. Projek ini akan turut menggaji pelbagai kontraktor luar, penyedia perkhidmatan dan PKS. Secara keseluruhan, PEC dianggarkan memerlukan penggunaan kandungan buatan Malaysia bernilai US$600-750 juta dan memangkinkan pelaburan tambahan sebanyak US$500-600 juta untuk infrastruktur berkaitan, penyimpanan dan kemudahan-kemudahan lain.

PEC akan mempunyai kapasiti pemprosesan sebanyak 150,000 tong sehari ("bpd") Peluwap berserta suapan sampingan Nafta, output Aromatik sebanyak 2.3 juta tan metrik setahun ("mtpa"), output produk tenaga sebanyak 3.9 juta mtpa dan hidrogen sebanyak 50,000 mtpa. Pemisah Peluwap akan menghasilkan Nafta Aromatik berat, stok suapan utama untuk kilang Aromatik.

En. Edwin Seow, Prinsipal di Pejabat Pengerusi, ChemOne, berkata, "ChemOne dengan gembiranya mengumumkan projek perintis ini dan berhasrat untuk menyerahkan projek yang membuahkan hasil melihatkan rekod prestasinya dan sokongan padu yang diperoleh daripada pemegang kepentingan yang berkongsi cita-cita dan kepakaran yang serupa. Dengan pasaran petrokimia yang bakal berkembang pesat selanjutnya, PEC bersedia untuk memberikan pertumbuhan yang menguntungkan sambil mencipta peluang pekerjaan tempatan yang bermanfaat serta membawa Malaysia meningkat naik dalam rantaian nilai menerusi sektor petrokimia."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

En. Ong Chor Hao, WATATAWA Consulting, +65 9627 2674, chorhaoo@we-watatawa.com 

Latar Belakang ChemOne Group ("ChemOne") 

ChemOne ialah sebuah kumpulan pelbagai yang beribu pejabat di Singapura dengan pengalaman selama lebih 30 tahun sebagai promoter, pemegang kepentingan, pemaju dan pengurus bagi projek-projek dalam industri Minyak & Gas, Petrokimia dan Sumber Asli di seluruh Asia.

Latar Belakang Pengerang Energy Complex ("PEC") 

Pengerang Energy Complex ("PEC") telahpun ditubuhkan di Malaysia untuk membangunkan salah sebuah Kilang Aromatik yang terbesar dan paling kompetitif di Dunia, yang bakal ditempatkan di Johor, Malaysia, di hujung Semenanjung Malaysia dan terletak betul-betul bertentangan dengan Negara Kota Singapura, yang berkongsi ciri-cirinya sebagai hab perdagangan pusat dan pelabuhan laut dalam.

PEC disokong oleh kepakaran, nasihat pakar dan bantuan pemaju projek ChemOne dari Singapura, pihak yang telah mengilhamkan, membangunkan dan mengaturkan kewangan yang memenangi anugerah untuk Jurong Aromatics Complex di Singapura.

Source: ChemOne Group
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Corporate Expansion