omniture

Akan Datang: Akses Segera kepada Markah Membaca dan Mendengar iBT® TOEFL

ETS
2020-02-15 00:15 182

PRINCETON, New Jersey, 14 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Bermula pada 15 Februari, pelajar-pelajar di seluruh dunia boleh melihat markah bahagian Membaca dan Mendengar iBT® TOEFL di skrin serta merta setelah tamat ujian tersebut. Markah tidak rasmi ini boleh digunakan oleh pelajar-pelajar sebagai penunjuk prestasi awal dan dapat membantu mereka untuk membuat keputusan yang bermaklumat — seperti melaporkan markah mereka pada akhir ujian – berdasarkan prestasi ini.

Markah ini boleh dilihat oleh pelajar-pelajar sebelum meninggalkan pusat ujian dan boleh dilihat sekali lagi melalui laporan markah rasmi penuh mereka kira-kira enam hari selepas tarikh ujian, melalui Aplikasi Rasmi TOEFL® atau akaun dalam talian mereka.

"Ujian iBT TOEFL ialah satu-satunya penilaian berbahasa Inggeris yang menyediakan pelajar-pelajar dengan kebolehan untuk melihat markah serta merta selepas menduduki ujian," kata Srikant Gopal, Pengarah Eksekutif Program TOEFL. "Komitmen kami kepada pelajar-pelajar dan institusi-institusi mendorong perubahan dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh kami sepanjang beberapa bulan yang lalu — mereka memastikan pengalaman menduduki ujian adalah mudah dan fleksibel sebaik mungkin untuk pelajar-pelajar, di samping mengekalkan piawaian ketat penilaian yang adil dan tidak berat sebelah yang menjadi pergantungan institusi-institusi sebagai ukuran sah penguasaan bahasa Inggeris akademik."

Di samping itu, pengemaskinian dasar ETS yang terkini telah menjadikan pendaftaran dalam talian lebih mudah berbanding sebelum ini. Pelajar-pelajar kini boleh mendaftar secara dalam talian untuk pelaksanaan ujian akan datang hanya dua hari sebelum ujian (dahulunya empat hari).

"Kami memahami bahawa pelajar-pelajar di seluruh dunia akan berdepan dengan tarikh akhir dan keadaan yang tidak diduga yang mungkin memerlukan mereka untuk membuat keputusan yang lewat dalam proses tersebut," kata Gopal. "Kami yakin dasar yang dikemas kini ini akan memberi peluang yang mencukupi kepada pelajar-pelajar untuk mendaftar pada suatu waktu yang paling kondusif pada jadual mereka."

Untuk mengetahui lebih lanjut ciri pemarkahan segera yang baharu dan dasar pendaftaran yang dikemas kini, selain penambahbaikan lain yang dilaksanakan sepanjang beberapa bulan lalu, sila kunjungi www.ets.org/toefl/better_test_experience. Untuk maklumat umum mengenai ujian TOEFL, sila kunjungi www.ets.org/toefl.

Latar Belakang Ujian TOEFL®
Ujian bahasa Inggeris akademik TOEFL ialah produk yang ditawarkan oleh ETS yang bukan berasaskan keuntungan. Ujian ini dialu-alukan oleh lebih 11,000 institusi di lebih 150 buah negara seluruh dunia dan diterima secara sejagat di destinasi-destinasi popular yang bertutur dalam bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta oleh lebih 98 peratus universiti di U.K. termasuk 100 peratus daripada institusi-institusi Russell Group®. Ujian ini lebih diutamakan berbanding ujian-ujian bahasa Inggeris yang lain di Amerika Syarikat dan destinasi-destinasi Eropah utama seperti Perancis dan Jerman. Di Kanada, ujian TOEFL menjadi pilihan pegawai-pegawai kemasukan siswazah. Dengan pemarkahan tumpuan ujian melalui kombinasi penilai manusia tanpa nama dan teknologi pemarkahan AI, ujian TOEFL menawarkan 100 peratus alternatif yang adil dan tidak berat sebelah. Maklumat lanjut berhubung ujian TOEFL termasuk pendaftaran, panduan belajar dan soalan-soalan contoh, disediakan di laman sesawang TOEFL Go Anywhere di www.toeflgoanywhere.org.

Source: ETS
Related Links:
Keywords: Education Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Not for profit