omniture

Cybernet Umum Kaca Sentuh Antimikrob Pertama Dunia pada Komputer Gred Perubatan

Cybernet Manufacturing
2020-02-15 00:48 267

IRVINE, California, 15 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cybernet dengan sukacitanya mengumumkan komputer perubatan antimikrob sepenuhnya yang pertama di dunia. Komputer gred perubatan Cybernet sentiasa mempunyai perumah dengan sifat-sifat antimikrob yang dibakar terus ke dalam resin dan kini turut menawarkan kaca sentuh antimikrob sepenuhnya, agar seluruh peranti berkenaan dilindungi 100% daripada pembentukan bakteria.

Kaca sentuh antimikrob akan disediakan dalam model 20", 22" dan 24". Ia telah diuji dan menerima pensijilan daripada FDA untuk penggunaan makanan dan peralatan perubatan dan telah melepasi Ujian Rintangan Kulat untuk kulat Aspergillus, Penicillium dan Chaetomium. Kaca perintis ini akan disediakan serta merta pada komputer perubatan siri CyberMed S dan siri NB.

Teknologi ini serupa dengan teknologi yang digunakan pada kaca sentuh antimikrob tablet perubatan CyberMed Rx, yang juga merupakan keluaran yang pertama di dunia sejak pelancarannya 3 tahun yang lalu. Ini merupakan kali pertama teknologi ini diaplikasikan pada skrin sentuh yang begitu besar dan merupakan satu pencapaian penting memandangkan perisian EMR dan komputer skrin sentuh menjadi hampir boleh didapati di mana-mana dalam kemudahan penjagaan kesihatan.

"Pembangunan kaca sentuh antimikrob ini hanyalah satu lagi inovasi teknologi yang telah dibawa oleh Cybernet ke dalam bidang HIT," kata Ali Bagheri, Naib Presiden Operasi Global di Cybernet. "Apabila anda memikirkan tentangnya, kaca pada komputer semua-dalam-satu ialah salah satu permukaan yang paling banyak disentuh di hospital. Ia merupakan sesuatu yang wajar kami lakukan untuk melindungi permukaan berkenaan dengan agen antimikrob."

Teknologi yang digunakan untuk mencipta kaca sentuh ini ialah proses berpaten yang mengikat sifat-sifat antimikrob pada kaca tersebut, bermakna ia tidak akan pernah didegradasi atau dihapuskan, walaupun selepas penggunaan bahan penyahjangkit kimia. Pencegahan penularan penyakit dalam hospital telah menjadi satu perjuangan yang sukar untuk kemudahan penjagaan kesihatan selama bertahun-tahun dan ini merupakan satu lagi alatan dalam perjuangan berkenaan untuk digunakan oleh doktor-doktor.

Latar Belakang Cybernet Manufacturing

Cybernet ditubuhkan pada tahun 1996 dengan matlamat untuk membawakan komputer kompak kepada pelbagai industri termasuk pasaran Penjagaan Kesihatan, Perindustrian & Perusahaan. Misi Cybernet adalah untuk menyediakan komputer yang paling versatil, andal dan terjamin untuk pasaran-pasaran vertikal sasaran mereka. Selama lebih 20 tahun, komputer Cybernet telah mematuhi dan melangkaui piawaian perubatan dan perindustrian. Cybernet ialah syarikat milik persendirian yang mempunyai lebih 450 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Cybernet Manufacturing lihat laman sesawang mereka di www.cybernet.us.

Greg Daurio
1-888-600-8000 x224
gdaurio@cybernet.us

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/813685/Cybernet_Manufacturing_Logo.jpg

Source: Cybernet Manufacturing
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Computer Accessories New products/services