omniture

Embassy Office Parks REIT Umum Keputusan Suku Ketiga Tahun Fiskal 2019-20 dan Pengagihan Suku Tahunan sebanyak Rs. 4,707 juta

Embassy Office Parks REIT
2020-02-17 11:47 542

Suku tahun ditunjukkan oleh pemajakan mantap, penyerahan blok yang sedang dibina lebih awal daripada jadual dan penyempurnaan pemerolehan pertama sejak penyenaraian

BENGALURU, India, 17 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Embassy Office Parks REIT (NSE: EMBASSY) (BSE: 542602) ('Embassy REIT'), Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) senaraian pertama India dan yang terbesar di Asia berdasarkan kawasan, melaporkan keputusan pada hari ini untuk suku tahun ketiga fiskal berakhir pada 31 Disember 2019.

Lembaga Pengarah Embassy Office Parks Management Services Private Limited ('EOPMSPL'), Pengurus Embassy REIT, di Mesyuarat Lembaganya yang diadakan awal hari ini, mengisytiharkan pengagihan sebanyak Rs. 4,707 juta atau Rs. 6.1 setiap unit bagi Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020. Pengagihan kumulatif untuk Tahun Sehingga Kini (YTD) bagi Tahun Fiskal 2020 berjumlah Rs.13,504 juta atau Rs.17.5 setiap unit. Tarikh rekod bagi pengedaran Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020 ialah 24 Februari 2020 dan pengagihan tersebut akan dibayar pada atau sebelum 29 Februari 2020.

Mengulas mengenai keputusan suku tahunan tersebut, Michael Holland, Ketua Pegawai Eksekutif Embassy REIT berkata;

"Portfolio pejabat kami terus membuat penyerahan. Pada tahun 2019, pemajakan dalam seluruh pasaran India melepasi rekod 60 juta kaki persegi ("jkp"), sekali lagi menekankan kekuatan sektor pejabat India sebagai pasaran penyerapan pejabat yang utama di seluruh dunia. Kami terus memanfaatkan permintaan penghuni ini, didorong oleh perbadanan antarabangsa, melalui pemajakan yang konsisten, penyerahan awal perancangan pembangunan akretif kami, permulaan pembangunan pejabat dalam kampus tambahan serta pemerolehan kawasan tambahan untuk menyokong pertumbuhan selanjutnya di taman perniagaan terbesar kami."

Sorotan Utama Kewangan

  • Pendapatan daripada Operasi untuk Suku Ketiga Tahun bagi Fiskal 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 14% kepada Rs. 5,459 juta dan meningkat secara kumulatif berbanding tahun sebelumnya sebanyak 16% untuk Tahun Sehingga Kini bagi Tahun Fiskal 2020
  • Pendapatan Kendalian Bersih untuk Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya sebanyak 16% kepada Rs. 4,639 juta dan meningkat secara kumulatif berbanding tahun sebelumnya sebanyak 17% untuk Tahun Sehingga Kini bagi Tahun Fiskal 2020
  • Margin Pendapatan Kendalian Bersih untuk Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020 dan Tahun Sehingga Kini bagi Tahun Fiskal 2020 ialah 85% yang menunjukkan kecekapan skala dan bayaran pengurus yang rendah
  • Mengumpul hutang sebanyak Rs.16,400 juta pada 9.03%; kunci kira-kira terus dileverajkan secara konservatif dengan Hutang Bersih kepada TEV (Nilai Perusahaan Keseluruhan) yang mencecah 12% setakat 31 Disember 2019

Sorotan Utama Perniagaan

  • Penempatan portfolio meningkat kepada 95.1% setakat 31 Disember 2019; satu peningkatan 220 mata asas (basis point, bps) berbanding tahun sebelumnya dan 40 mata asas berbanding suku tahun sebelumnya
  • Pemajakan baharu untuk Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020 mencecah kira-kira 527,000 kaki persegi dengan perancangan ke hadapan yang mantap mencecah kira-kira 500,000 kaki persegi
  • Pemajakan baharu kumulatif untuk Tahun Sehingga Kini bagi Tahun Fiskal 2020 mencecah kira-kira 1.7 juta kaki persegi yang mencatat rekod dengan pertumbuhan terbenam dengan 56% taburan tanda-untuk-pasaran pada kira-kira 1.1 juta kaki persegi pemajakan semula

Inisiatif Pertumbuhan

  • Menyerahkan ruang pejabat seluas kira-kira 1.4 juta kaki persegi lebih awal daripada jadual dengan 44% dilakukan prakomitmen kepada penghuni
  • Melancarkan fasa pertumbuhan seterusnya dengan tambahan kira-kira 2.6 juta kaki persegi untuk projek-projek dalam kampus
  • Memperoleh kawasan boleh pajak seluas 0.6 juta kaki persegi dalam taman perniagaan Embassy Manyata keseluruhan di Bengaluru, dengan hasil awal mencecah 9.25% untuk penyempurnaan pembangunan pada Suku Keempat Tahun Fiskal 2023

Bahan Pelabur dan Butiran Panggilan Pelabur Suku Tahunan

Embassy REIT telah mengeluarkan pakej maklumat tentang keputusan dan prestasi suku tahunan, termasuk (i) penyata kewangan lengkap diringkaskan belum diaudit dan disatukan yang diringkaskan untuk suku tahunan dan sembilan bulan berakhir pada 31 Disember 2019, (ii) penyampaian pelabur meliputi keputusan Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020, dan (iii) buku data kendalian dan kewangan tambahan yang selaras dengan amalan pelaporan utama dalam seluruh REIT global. Semua bahan ini disediakan pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di ir.embassyofficeparks.com 

Embassy REIT mengadakan panggilan persidangan pada 14 Februari 2020 pada jam 18:30 Waktu Standard India bagi membincangkan tentang keputusan Suku Ketiga Tahun Fiskal 2020. Ulangan panggilan akan disediakan sehingga 29 Februari 2020 pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di ir.embassyofficeparks.com

Penafian

Siaran media ini disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam siaran media ini adalah berdasarkan maklumat dan anggaran pengurusan. Ia mutakhir hanya setakat tarikhnya, belum disahkan secara bebas dan mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Embassy Office Parks Management Services Private Limited ("Pengurus") dan Embassy REIT tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung dengan, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan, keadilan dan kesempurnaan kandungan siaran media ini. Setiap penerima akan bertanggungjawab semata-mata untuk penilaian sendiri terhadap pasaran dan kedudukan pasaran Embassy REIT.

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian atau keputusan industri, berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan berkenaan. Dengan adanya risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain ini, penerima siaran media ini diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini. Pengurus tidak bertanggungjawab untuk meminda atau mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan.

Siaran media ini mengandungi langkah-langkah kewangan tertentu yang bukan merupakan langkah-langkah yang ditentukan berdasarkan GAAP, Ind-AS atau mana-mana prinsip-prinsip perakaunan lain yang diterima di peringkat antarabangsa, dan penerima tidak patut menganggap item-item berkenaan sebagai alternatif kepada keputusan kewangan terdahulu atau penunjuk-penunjuk lain daripada aliran tunai Embassy REIT berdasarkan Ind-AS atau IFRS. Langkah-langkah kewangan bukan-GAAP ini, sebagaimana yang ditakrifkan oleh Pengurus, mungkin tidak dapat dibandingkan dengan langkah-langkah bertajuk serupa sebagaimana yang dikemukakan oleh REIT lain lantaran perbezaan melalui cara langkah-langkah kewangan bukan-GAAP dihitung. Meskipun langkah-langkah kewangan bukan-GAAP digunakan oleh pihak pengurusan bagi menilai kedudukan kewangan, keputusan kewangan dan kecairan Embassy REIT dan jenis-jenis langkah-langkah ini biasanya digunakan oleh pelabur, ia mempunyai batasan penting sebagai alatan analitik dan anda tidak patut menganggapnya secara berasingan atau sebagai pengganti untuk analisis kedudukan kewangan atau keputusan operasi Embassy REIT sebagaimana yang dilaporkan di bawah Ind-AS.

Pelabur juga perlu mengambil perhatian bahawa Embassy REIT telah disenaraikan pada 1 April 2019 dan aset-aset Embassy REIT diperoleh antara 22 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019. Oleh itu, maklumat kewangan suku tahunan komparatif telah disediakan dengan membandingkan penyata kewangan yang belum diaudit dan digabungkan untuk suku tahun berakhir pada 31 Disember 2018 dan penyata kewangan digabungkan beraudit untuk sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2018 (dengan mengandaikan bahawa Embassy REIT memegang aset-aset REIT dalam bentuk semasanya pada suku tahun dan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2018) dibandingkan dengan penyata kewangan disatukan diringkaskan belum diaudit untuk suku tahun dan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2019.

Latar Belakang Embassy REIT

Embassy Office Parks ialah REIT senaraian yang pertama dan satu-satunya di India. Embassy REIT ini mencakupi 24.8 juta kaki persegi (jkp) hartanah komersial yang telah siap dan sedang beroperasi di seluruh India. Dengan kira-kira 8.5 jkp pembangunan dalam kampus yang sedang dirancang, jumlah portfolio mencakupi 33.3 jkp merentas tujuh taman pejabat Gred A dan empat bangunan pejabat pusat bandar dalam pasaran pejabat berprestasi terbaik India di Bengaluru, Mumbai, Pune dan Wilayah Ibu Negara (NCR). Portfolio ini menjadi pusat kepada 160 penghuni korporat cip biru dan merangkumi 75 bangunan dengan kemudahan strategik termasuk dua hotel yang telah siap, dua hotel yang sedang dibangunkan dan sebuah taman solar 100MW(AC) yang dapat membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada penyewa taman.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Ritwik Bhattacharjee
Ketua Perhubungan Pelabur
Emel: ir@embassyofficeparks.com 
Telefon: +91-80-3322-2222

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/959202/Embassy_Office_Parks_Logo.jpg

 

Source: Embassy Office Parks REIT
Related Stocks:
Bombay:542602 India:EMBASSY
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Office Products Outsourcing Businesses Real Estate Earnings