omniture

Cole Haan Failkan Penyata Pendaftaran Bersama SEC Untuk Cadangan Tawaran Awam Awal

Cole Haan
2020-02-17 13:14 737

NEW YORK, 17 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cole Haan, Inc. ("Cole Haan") hari ini mengumumkan bahawa ia telah memfailkan secara terbuka penyata pendaftaran dalam Borang S-1 bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC") berkaitan dengan tawaran awam awal yang dicadangkan terhadap saham biasanya. Jumlah syer daripada saham biasa yang akan ditawarkan dan julat harga untuk cadangan tawaran berkenaan masih belum ditentukan. Cole Haan telah memohon untuk menyenaraikan saham biasanya dalam NASDAQ Global Select Market di bawah simbol saham "CLHN".

BofA Securities dan Morgan Stanley bertindak sebagai pengurus penajajaminan utama bersama untuk cadangan tawaran berkenaan. J.P. Morgan dan Goldman Sachs & Co. LLC juga bertindak sebagai pengurus penajajaminan utama. Jefferies, Baird, Cowen, Piper Sandler dan Stifel bertindak sebagai pengurus penajajaminan.

Penyata pendaftaran yang berkaitan dengan sekuriti ini telah difailkan bersama SEC, namun masih belum berkuat kuasa. Sekuriti ini tidak boleh dijual dan tawaran untuk membeli tidak boleh diterima sebelum masa penyata pendaftaran berkuat kuasa. Siaran media ini tidak akan menjadi tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli sekuriti ini, dan tidak akan ada sebarang jualan sekuriti ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, permintaan atau penjualan berkenaan akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di negeri atau bidang kuasa berkenaan.

Cadangan tawaran berkenaan akan dibuat hanya dengan cara prospektus. Salinan prospektus awal berkaitan dengan cadangan tawaran tersebut, apabila tersedia, boleh diperoleh daripada:

  • BofA Securities, NC1-004-03-43, 200 North College Street, 3rd floor, Charlotte, North Carolina 28255-0001, Attn: Prospectus Department atau melalui emel: dg.prospectus_requests@baml.com; atau
  • Morgan Stanley & Co. LLC, Attention: Prospectus Department, 180 Varick Street, 2nd Floor, New York, New York 10014
  • J.P. Morgan Securities LLC, Attention: Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, atau melalui telefon di 866-803-9204, atau melalui emel di prospectus-eq_fi@jpmchase.com
  • Goldman Sachs & Co. LLC, Attention: Prospectus Department, 200 West Street, New York, NY 10282, melalui telefon di (866) 471-2526, melalui faks di (212) 902-9316, atau melalui emel di prospectus-ny@ny.email.gs.com

Latar Belakang Cole Haan

Cole Haan ialah jenama gaya hidup prestasi bertaraf global yang menawarkan perkhidmatan kepada golongan profesional aktif yang sentiasa terhubung menerusi kasut inovatif dan aksesori gaya hidup. Cole Haan mempelopori kategori-kategori baharu kasut dan aksesori gaya hidup yang dipakai oleh pelanggan bermula ketika bekerja-bersenam-seterusnya-hujung-minggu, memanfaatkan warisan 90 tahun jenama Cole Haan dengan menggabungkan produk-produknya yang mempunyai ketukangan yang telah lama wujud dengan inovasi moden. Misi Cole Haan adalah untuk menginspirasikan para pelanggan ini bagi menjalani kehidupan yang luar biasa.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Kenyataan yang terkandung dalam siaran media ini yang bukan fakta sejarah merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan kenyataan pandang ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa Cole Haan dan tertakluk kepada ketidaktentuan dan perubahan keadaan. Keputusan sebenar mungkin berbeza dengan ketara daripada jangkaan ini disebabkan oleh perubahan dalam ekonomi global, serantau atau tempatan, perniagaan, kompetitif, pasaran, pengawalseliaan dan faktor-faktor lain, kebanyakannya di luar kawalan Cole Haan. Mana-mana kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran media memberi maklumat hanya setakat tarikh siaran media ini. Cole Haan tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak secara terbuka mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang sekuriti yang berkenaan.

Hubungi

Leigh Parrish / Mahmoud Siddig / Kate Thompson
Joele Frank, Wilkinson Brimmer Katcher
(212) 355-4449

Source: Cole Haan
Related Stocks:
NASDAQ:CLHN
Related Links:
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Offerings