omniture

ValueLabs Peroleh Firma Reka Bentuk Ikonik, Indi Design

ValueLabs
2020-02-17 13:41 737

HYDERABAD, India, 17 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ValueLabs, penyedia perkhidmatan teknologi bertaraf global, telah memperoleh salah sebuah firma reka bentuk yang paling ikonik di India, Indi Design Private Limited. Menerusi pemerolehan ini, penawaran oleh ValueLabs dalam segmen penyelesaian diperluas bagi melibatkan Perundingan Jenama dan Perniagaan.

The Digital Flywheel ™
The Digital Flywheel ™

Indi Design telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Sudhir Sharma. Mereka amat terkenal dengan hasil kerja rekaan Jenama untuk Bajaj Auto, ICICI Bank, Bajaj Finserv dan Varroc. Menerusi pejabat-pejabat rakan kongsi di Shanghai, Sao Paulo, Hanoi dan Riyadh, Indi Design menjadi semakin terlibat dalam perundingan pengurusan, reka bentuk organisasi dan reka bentuk produk, perkhidmatan, persekitaran dan pengalaman digital. Mereka turut menerbitkan satu-satunya majalah rekaan India "Pool / Design India" dan menganjur "India's Best Design Awards."

Sudhir Sharma ialah seorang pemimpin pemikiran yang amat terkenal dalam komuniti Reka Bentuk. Beliau merupakan panel juri Cannes Lions for Design 2008 sulung, Adfest, Spikes Asia, Dutch Design Awards, Design Turkey, IXDA New York. Beliau merupakan ahli Majlis Reka Bentuk India dan Alumi Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi Majlis Reka Bentuk Global.

Mengulas mengenai pemerolehan berkenaan, Sudhir berkata, "Apabila Reka Bentuk dan Teknologi bergabung, kami dapat mencipta penanda aras baharu dalam bidang kreativiti dan inovasi. Teknologi menyusun semula pemikiran Reka Bentuk dengan cara yang tidak mungkin dapat dilakukan sebelum ini. Saya dan seluruh pasukan saya amat teruja dengan kemungkinan yang akan dibawakan oleh perkembangan ini."

Arjun Rao, Ketua Pegawai Eksekutif ValueLabs berkata, "Pendekatan oleh Indi Design amat sesuai dengan Digital Flywheel™ kami, membawa strategi perniagaan kami dan penawaran UX ke tahap yang jauh lebih tinggi, meningkatkan proposisi nilai keseluruhan yang kami tawarkan kepada pelanggan kami. Menerusi keupayaan Reka Bentuk & UX bertaraf dunia ini, dikuasakan oleh semua Teknologi dalam Data & Analitik, Pengautomatan dan Pembangunan Produk, kini kami mempunyai pakej yang tidak dapat ditawarkan oleh banyak syarikat di dunia!"

Kumpulan UX dalaman yang memenangi anugerah daripada ValueLabs telahpun mengukuhkan kedudukan mereka dalam industri Reka Bentuk. Pelanggan ValueLabs kini mendapat akses kepada penawaran pemikiran Jenama oleh Indi Design berserta latar belakang Reka Bentuk yang komprehensif.

Latar Belakang ValueLabs 

ValueLabs ialah sebuah syarikat teknologi global yang memberi tumpuan pada Pembangunan Produk, Teknologi Data dan Perkhidmatan Digital. Dikuasakan oleh The Digital Flywheel™, ValueLabs menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung dalam bidang Pengalaman Pelanggan, Data & Analitik, Pembangunan Produk dan Pengautomatan. Sejak 22 tahun yang lalu, syarikat telah berkembang kepada 30 lokasi, 5500 rakan sekutu dan 150 pelanggan di seluruh dunia serta telah mencatatkan Skor Promoter Bersih (NPS) pelanggan yang utama dalam industri sebanyak lebih 75 pada tahun 2019.

Latar Belakang Indi Design 

Indi Design ialah sebuah firma perunding Jenama, Reka Bentuk & Inovasi antarabangsa. Ditubuhkan di Pune, India, Indi Design membantu mencipta, mengurus dan menyampaikan visi organisasi untuk jenama mereka. Mereka mempunyai pejabat-pejabat rakan kongsi di Shanghai, Sao Paulo, Hanoi dan Riyadh. Indi Design semakin mempunyai banyak penglibatan dalam perundingan pengurusan, reka bentuk organisasi dan reka bentuk produk, perkhidmatan, persekitaran dan pengalaman digital.

Latar Belakang The Digital Flywheel™

Konsep oleh The Digital Flywheel™ dibangunkan menggunakan empat elemen yang berikut: Reka Bentuk, Data & Analitik, Pengautomatan dan Pembangunan Produk. Kami menjadikan Strategi Perniagaan sebagai teras The Digital Flywheel™, agar tetap selaras dengan matlamat transformasi digital pelanggan kami. Setiap elemen dalam The Digital Flywheel™ menguatkan elemen lain, lalu mencipta momentum perniagaan yang berterusan.

Hubungi
Bhavana Reddy
Bhavana.madadi@valuelabs.com

Source: ValueLabs
Keywords: Advertising Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics