omniture

GM Percepat Transformasi Pasaran Antarabangsa

General Motors Co.
2020-02-18 08:45 960

DETROIT, 18 Februari 2020 /PRNewswire/ --

  • GM akan menghentikan operasi jualan, reka bentuk dan kejuruteraan Holden menjelang tahun 2021, merancang untuk memberi tumpuan pada peluang pertumbuhan dalam perniagaan kenderaan khusus
  • GM dan Great Wall Motors menandatangani lembaran terma mengikat untuk menjual kilang pembuatan Thailand
  • Chevrolet bakal menghentikan jualan domestik di Thailand menjelang tahun 2020

General Motors (NYSE: GM) mengambil tindakan tegas untuk mentransformasikan operasi antarabangsanya, mengasaskan strategi komprehensif yang dibentangkan olehnya pada tahun 2015 bagi mengukuhkan perniagaan terasnya, mendorong kecekapan kos dengan signifikan dan mengambil tindakan dalam pasaran yang tidak dapat memperoleh pulangan yang mencukupi untuk pemegang sahamnya.

GM mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan menghentikan operasi jualan, reka bentuk dan kejuruteraan di Australia serta New Zealand dan mengundurkan jenama Holden menjelang tahun 2021. Syarikat ini akan menumpukan strategi-strateginya untuk pasaran perniagaan kenderaan khusus GM. Syarikat turut mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu lembaran terma mengikat bersama Great Wall Motors untuk membeli kilang pembuatan kenderaan Rayong GM di Thailand; dan akan mengeluarkan Chevrolet daripada pasaran domestik di Thailand menjelang penghujung tahun 2020.

"Saya sering mengatakan bahawa kami akan melakukan perkara yang betul, walaupun ketika ia sukar untuk melakukannya dan ini merupakan salah satu detik sukar itu," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GM Mary Barra. "Kami sedang menstrukturkan semula operasi antarabangsa kami, menumpu pada pasaran-pasaran yang mana kami mempunyai strategi yang tepat bagi mendorong pulangan yang mantap dan mengutamakan pelaburan global yang akan memacu pertumbuhan pada masa depan mobiliti, khususnya dalam bidang EV dan AV.

"Meskipun tindakan ini menyokong strategi global kami, kami memahami bahawa ia memberi impak kepada orang ramai yang telah banyak menyumbang kepada syarikat kami. Kami akan menyokong kakitangan kami, pelanggan dan rakan kongsi kami, bagi memastikan peralihan yang teratur dan penuh hormat dalam pasaran-pasaran yang terjejas."

Presiden GM Mark Reuss berkata syarikat meneroka pelbagai pilihan untuk meneruskan operasi Holden, namun tiada satu pun yang dapat menangani cabaran pelaburan yang diperlukan untuk pasaran pemanduan-sebelah-kanan yang amat terpecah-pecah, ekonomi untuk menyokong pengembangan jenama dan memberi pulangan pelaburan yang sesuai.

"Di peringkat tertinggi syarikat kami, kami mempunyai rasa hormat yang paling tinggi terhadap warisan serta sumbangan Holden kepada syarikat kami dan juga negara-negara Australia serta New Zealand," kata Reuss.

"Setelah mempertimbangkan banyak pilihan yang berkemungkinan – dan mengetepikan kehendak peribadi kami untuk menampung keperluan orang ramai dan pasaran – kami menyimpulkan bahawa kami tidak dapat mengutamakan pelaburan selanjutnya ke atas semua pertimbangan lain yang terdapat dalam industri global yang pantas berubah ini.

"Kami percaya bahawa kami mempunyai peluang untuk mengembangkan perniagaan kenderaan khusus dengan cara yang menguntungkan dan merancang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami bagi melaksanakannya," simpul beliau.

GM turut menjalankan analisis terperinci ke atas kes perniagaan untuk pengeluaran akan datang di kemudahan pembuatan Rayong di Thailand. Penggunaan kilang yang rendah dan jumlah ramalan telah menjadikan pengeluaran GM yang berterusan di tapak tersebut tidak dapat dikekalkan. Tanpa pembuatan domestik, Chevrolet tidak mampu bersaing dalam pasaran kenderaan baharu Thailand.

Naib Presiden Kanan GM dan Presiden GM International Steve Kiefer berkata keputusan ini adalah berdasarkan pengumuman yang dibuat pada Januari bahawa GM akan menjual kilang pembuatan Talegaonnya di India; tindakan penstrukturan semula yang penting dilaksanakan di Korea; dan pelaburan serta pengoptimuman berterusan dalam operasi Amerika Selatan.

"Ini merupakan keputusan yang sukar, namun ia perlu bagi menyokong matlamat kami bagi meletakkan wilayah GM International di landasan untuk mencapai pertumbuhan dan keberuntungan," kata Kiefer.

"GM berkedudukan baik dalam pasaran-pasaran teras GM International kami: Amerika Selatan, Timur Tengah dan Korea."

Naib Presiden Kanan Operasi GM International Julian Blissett berkata bahawa selain melaksanakan rancangan dalam pasaran utama antarabangsa, GM terus mengoptimumkan perkongsian dalam pasaran-pasaran seperti Uzbekistan dengan memindahkan aset-aset dan membina rantaian bekalan yang mantap bagi mengurangkan kos dalam pasaran-pasaran pertumbuhan.

"Dalam pasaran-pasaran yang mana kami tidak mempunyai skala yang ketara seperti Jepun, Rusia dan Eropah, kami mengusahakan kehadiran bidang khusus dengan menjual kenderaan import yang menguntungkan dan mewah – disokong oleh struktur GM lean," kata Blissett.

"Kami akan terus melaksanakan strategi-strategi perniagaan yang kritikal ini, di samping membawakan peralihan yang menimbulkan rasa hormat dan disegani dalam pasaran-pasaran yang terjejas."

Di Australia, New Zealand, Thailand dan pasaran-pasaran eksport yang berkaitan, pelanggan dapat dijamin bahawa GM akan menghormati semua jaminan dan terus menyediakan khidmat servis dan alat ganti. Operasi tempatan juga akan terus mengendalikan semua penarikan balik dan sebarang isu berkaitan keselamatan, bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang sesuai. 

Hasil daripada tindakan ini di Australia, New Zealand dan Thailand, syarikat menjangkakan untuk menanggung caj tunai bersih kira-kira sebanyak $300 juta. Syarikat dijangkakan mencatatkan jumlah tunai dan caj bukan tunai sebanyak $1.1 bilion. Caj ini akan ditanggung khususnya pada suku pertama dan diteruskan sehingga suku keempat tahun 2020. Caj ini akan dianggap khusus untuk tujuan aliran tunai bebas automotif EBIT terlaras, EPS tercair-terlaras dan terlaras.

Nota Peringatan berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan: Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang menunjukkan pertimbangan semasa kami mengenai peristiwa akan datang. Dalam membuat kenyataan ini kami bergantung pada andaian dan analisis berdasarkan pengalaman serta persepsi kami mengenai trend terdahulu, keadaan semasa dan perkembangan masa depan yang dijangkakan selain faktor-faktor lain yang kami anggap sesuai mengikut keadaan. Kami percaya pertimbangan ini munasabah, namun kenyataan ini bukan jaminan untuk apa-apa peristiwa atau keputusan kewangan dan keputusan sebenar kami mungkin berbeza dengan ketara disebabkan oleh pelbagai faktor penting, positif mahupun negatif. Satu senarai dan huraian faktor-faktor ini boleh didapati dalam Laporan Tahunan kami pada Borang 10-K dan pemfailan kami yang berikutnya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. Kami mengingatkan pembaca agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar kepada kenyataan pandang ke hadapan. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini secara terbuka atau sebaliknya menyemak mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa akan datang atau faktor-faktor lain yang mempengaruhi subjek kenyataan ini, kecuali kami jelas dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang.

General Motors (NYSE: GM) ialah sebuah syarikat global yang komited untuk membawakan cara yang lebih selamat, lebih baik dan lebih mampan untuk orang ramai bergerak ke mana-mana. General Motors, subsidiari-subsidiarinya dan entiti-entiti usaha samanya menjual kenderaan di bawah jenama Chevrolet, Buick, GMC, CadillacHolden, Baojun dan Wuling . Maklumat lanjut mengenai syarikat dan subsidiari-subsidiarinya termasuk OnStar, peneraju global bagi perkhidmatan keselamatan dan sekuriti kenderaan serta Maven, jenama mobiliti peribadinya, boleh ditemui di http://www.gm.com.

Source: General Motors Co.
Related Stocks:
NYSE:GM
Keywords: Auto Transportation Contracts Corporate Expansion Restructurings/recapitalizations