omniture

XCMG Sokong Pembinaan Pelbagai Hospital Di Tengah-tengah Wabak Novel Coronavirus (Covid-2019)

XCMG
2020-02-18 19:55 1621

XUZHOU, China, 18 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai respons kepada wabak novel coronavirus baru-baru ini, lebih 329 produk XCMG (SZ:000425) termasuk kren, mesin pengorek, penggelek jalan, pemuat dan mesin konkrit telah dihantar bagi memudahkan pembinaan pelbagai hospital dan wad kecemasan di lapan buah bandar di seluruh China, termasuk hospital-hospital Huoshenshan dan Leishenshan di Wuhan, masing-masing siap pada 3 dan 6 Februari lalu.

XCMG Sokong Pembinaan Pelbagai Hospital Di Tengah-tengah Wabak Novel Coronavirus (Covid-2019)
XCMG Sokong Pembinaan Pelbagai Hospital Di Tengah-tengah Wabak Novel Coronavirus (Covid-2019)

Setakat 31 Januari, sejumlah 83 produk XCMG mengambil bahagian dalam pembinaan hospital-hospital Huoshenshan dan Leishenshan yang mana pengendali bekerja tanpa henti untuk membina hospital luar sementara itu dengan cepat dan selamat yang boleh. Kemudahan baharu ini akan menyediakan 2,600 katil bagi merawat pesakit yang dalam keadaan yang teruk dan kritikal.

"Membina sebuah hospital dalam masa 10 hari merupakan satu usaha yang amat besar untuk syarikat-syarikat jentera pembinaan dari segi keupayaan penyelarasan keseluruhan dan kerja berpasukan. Penghormatan daripada pencapaian mencatat rekod ini menjadi milik setiap individu yang menyumbang begitu banyak semasa detik sukar ini," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

Semasa kerja-kerja pembinaan Hospital Huoshenshan, XCMG memantau peralatan dengan teliti melalui platform perisian "Hanyun", mengumpul lebih daripada 2,199 jam kerja setakat 3 Februari.

Platform "Hanyun" termasuk sistem pemeriksaan haba bagi tujuan pencegahan dan kawalan wabak, yang boleh memantau dan memuat naik suhu badan orang lalu lalang di hab pengangkutan, hospital, sekolah dan syarikat bagi mengurangkan jangkitan silang dan meningkatkan kecekapan pemeriksaan. 

Pada 27 Januari yang lalu, sebagai syarikat presiden Assocacao Brasileira De Empresas Chinesas (ABEC, Persatuan Syarikat-syarikat Cina Brazil), XCMG menggalakkan semua syarikat ahli untuk mengambil bahagian dalam perjuangan menentang wabak ini. Pada malam yang sama, kakitangan XCMG Brazil menyumbang secara aktif untuk membeli 10,000 item bekalan perubatan termasuk topeng muka dan sut perlindungan yang telahpun dihantar ke Wuhan.

Sementara itu, di Beijing, 24 produk XCMG telah memulakan kerja-kerja untuk peluasan dan pengubahsuaian Hospital Xiaotangshan, dahulunya digunakan untuk mengkuarantin pesakit SARS.

Pada bulan Februari, XCMG turut menyertai usaha pembinaan hospital-hospital kecemasan di Xuzhou, Zhengzhou, Xi'an, Tian Jin, Zhuhai dan sebagainya.

Bagi menyediakan sokongan selanjutnya, XCMG mengumumkan sumbangan sebanyak 5.075 juta yuan (USD726,338) bagi menyokong perjuangan menentang wabak ini. Syarikat berkenaan turut memperoleh lebih daripada 1,200,000 item peralatan perubatan, termasuk topeng pembedahan, respirator N95, sut perlindungan dari 23 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200217/2722054-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Health Care/Hospital Transportation