omniture

Seamless Air Alliance umum piawaian ketersambungan dalam penerbangan pertama dunia

Seamless Air Alliance
2020-02-18 22:00 1457

Pelancaran penting akan membuka peluang-peluang baharu untuk syarikat-syarikat penerbangan dan pengendali-pengendali rangkaian mudah alih, membawa pengalaman darat-ke-langit yang lancar buat penumpang, di samping meminimumkan pelaburan syarikat penerbangan dalam penaiktarafan teknologi  

FREMONT, California, 18 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Satu pencapaian baharu dalam menyediakan Internet yang selamat dan mudah di langit telah dicapai hari ini apabila Seamless Air Alliance menerbitkan piawaian yang pertama seumpamanya untuk ketersambungan dalam penerbangan.

Dibangunkan dengan kerjasama pakar-pakar industri dalam seluruh syarikat-syarikat ahli Seamless Air Alliance, Seamless Release 1.0 mewujudkan Seni Bina Platform Modular satu-satunya di dunia untuk ketersambungan dalam penerbangan. Dengan menggunakan struktur modular berasaskan antara muka terbuka, sistem ini membolehkan penerimaan pesat teknologi baharu tanpa memerlukan penyesuaian atau penggantian lengkap atau peralatan pada pesawat atau armada pesawat.

Piawaian ini – Seamless Release 1.0 – mendayakan kefleksibelan teknikal jangka panjang untuk syarikat-syarikat penerbangan, menyediakan perkhidmatan yang selamat dan mudah diakses untuk penumpang, dan membuka pintu kepada perayauan lancar bersama pengendali mudah alih.

"Permintaan penumpang terhadap ketersambungan dalam pesawat masih mendahului prestasi sistem yang memberi tekanan yang semakin meningkat ke atas syarikat-syarikat penerbangan untuk mencari jalan bagi memenuhi harapan ini dan mendapat kesetiaan penumpang," kata Jack Mandala, Ketua Pegawai Eksekutif Seamless Air Alliance. "Seamless Release 1.0 mengubah industri dengan membolehkan syarikat-syarikat penerbangan untuk memanfaatkan kapasiti dan inovasi baharu dengan lebih pantas dan lebih berkesan kos berbanding sebelum ini."

Seamless Release 1.0 melibatkan set komprehensif keperluan unik yang boleh diuji untuk digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan apabila membuat permintaan penyumberan. Selain daripada menjimatkan masa dan wang syarikat penerbangan untuk membangunkan keperluan ini, piawaian tersebut menghapuskan risiko untuk cuba meramalkan sejauh mana pembangunan masa depan akan memberi kesan kepada pilihan sistem mereka.

Mark Cheyney, Pengurus Pembangunan IFEC di Virgin Atlantic, berkata: "Memenuhi harapan yang semakin meningkat terhadap ketersambungan di langit serta merta menjadi faktor pendorong dalam pilihan keutamaan syarikat penerbangan. Virgin Atlantic dan Seamless Air Alliance percaya bahawa pempiawaian akan membolehkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menjadi lebih diperkasa dan lebih mampu mengawal penawaran perkhidmatan ketersambungan mereka, membolehkan mereka untuk memenuhi harapan pelanggan mereka."

Sherif Bakir, Ketua Pegawai Eksekutif Vodafone Roaming Services, menambah: "Meskipun ketersambungan dalam penerbangan telahpun tersedia pada hari ini, pengalaman pelanggan berbeza antara sebuah syarikat penerbangan dengan syarikat penerbangan yang lain dari segi hal-hal seperti kesederhanaan dan kelajuan data. Dengan keperluan ketersambungan pengguna yang semakin meningkat, piawaian baharu ini menjadi langkah pertama yang meyakinkan ke arah pengalaman pelanggan dalam penerbangan yang jauh lebih baik dan tekal."

Butiran tambahan mengenai Seamless Release 1.0 disediakan dalam ringkasan teknologi yang baru diterbitkan, bertajuk Seamless Air Alliance Introduction to SR1 – A New Era of Inflight Connectivity (Pengenalan Seamless Air Alliance kepada SR1 – Era Baharu Ketersambungan Dalam Penerbangan).

Penerbitan piawaian ini, yang disediakan untuk mana-mana ahli Seamless Air Alliance melihatnya secara sepenuhnya, membolehkan syarikat penerbangan dan pengendali mudah alih untuk menggunakan, menyepadukan dan mengendalikan dengan mudah rangkaian dalam pesawat dengan mendapat pilihan pembekal-pembekal berbeza dan antara muka terbuka yang melaluinya mereka dapat memperoleh komponen modular, subsistem dan perisian. Reka bentuk ini menandakan sistem IFC berbilang pembekal boleh dibina dengan pantas bagi menyokong penaiktarafan teknologi masa depan yang tidak memerlukan penyesuaian.

Seamless Air Alliance ialah satu kolaborasi antarabangsa terbuka yang terdiri daripada syarikat penerbangan, pemimpin teknologi dan pembekal yang dibentuk bagi meningkatkan cara syarikat penerbangan membina ketersambungan bagi menyokong inovasi berterusan dan mendayakan peningkatan pesat dalam pasaran.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Seamless Air Alliance dan cara untuk menjadi ahli, sila kunjungi www.SeamlessAlliance.com.

Latar Belakang Seamless Air Alliance
Seamless Air Alliance ditubuhkan oleh ahli-ahli pengasas Airbus, Airtel, Delta Air Lines, OneWeb dan Sprint.

Misi Seamless Air Alliance adalah untuk mempelopori era baharu ketersambungan dalam penerbangan dengan menggabungkan industri-industri dan teknologi-teknologi bagi menjadikan sambungan mudah untuk diakses dan senang digunakan. Syarikat-syarikat penerbangan dan penyedia-penyedia teknologi terkemuka bersama-sama menakrifkan piawaian terbuka untuk ketersambungan dalam penerbangan. Piawaian ini akan membolehkan penumpang untuk berhubung dengan cara yang selamat dan ringkas, menyediakan syarikat-syarikat penerbangan dengan sistem yang fleksibel untuk masa depan dan mempercepatkan inovasi serta peningkatan pesat dalam industri penerbangan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/824074/Seamless_Air_Alliance_Logo.jpg

Source: Seamless Air Alliance
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Travel New products/services