omniture

PressReader meterai perjanjian pelesenan bersama Dow Jones

PressReader Inc.
2020-02-21 00:25 1235

Inisiatif baharu akan menyaksikan replika digital A.S. The Wall Street Journal disediakan buat julung kalinya melalui PressReader

VANCOUVER, 21 Februari 2020 /PRNewswire/ -- PressReader, platform akhbar dan majalah semua-yang-boleh-anda-baca yang terbesar di dunia, hari ini mengumumkan satu perjanjian pelesenan baharu bersama Dow Jones dan jenama Wall Street Journal unggulannya.

Di bawah terma-terma perjanjian, edisi harian replika digital AS The Wall Street Journal akan disediakan kepada pelanggan PressReader di luar A.S. melalui PressReader.com dan aplikasi iOS dan Android PressReader yang memenangi anugerah.

"Kami melihat perkongsian ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan capaian edisi replika digital A.S. kami ke seluruh dunia dan untuk berkongsi kewartawanan berkualiti tinggi kami bersama lebih ramai orang di seluruh dunia," kata Jonathan Wright, Pengarah Urusan Global, Dow Jones. "Saat ini adalah lebih penting berbanding sebelum ini untuk orang ramai mengakses kewartawanan profesional. The Wall Street Journal sentiasa dipetik sebagai akhbar yang paling dipercayai di Amerika. Kami melihat urus niaga ini sebagai bahagian yang penting daripada usaha-usaha kami untuk terus meluaskan jenama kami dan audiens di seluruh dunia."

Melalui perjanjian PressReader, The Wall Street Journal akan diberi kedudukan untuk terus meluaskan capaian globalnya dan menarik ahli-ahli baharu ke platform WSJ.com miliknya dengan mendorong langganan melalui jaringan antarabangsa rakan-rakan kongsi jenamanya yang kukuh. Jaringan berkenaan melibatkan jenama hotel global, syarikat penerbangan antarabangsa, pelanggan kapal persiaran dan perniagaan penjagaan kesihatan. Ini termasuk berjuta-juta tetamu hotel, syarikat penerbangan, penumpang kapal persiaran dan feri, pesakit penjagaan kesihatan dan anak kapal luar pesisir yang sering menjadi tetamu Marriott hotels, AccorHotels, Cathay Pacific, British Airways, Air Canada, Le Centre Hospitalier de Luxembourg, Seabourn dan rangkaian pelayaran Uniworld, antara lainnya.

Mengulas mengenai perkongsian ini, Alex Kroogman, Ketua Pegawai Eksekutif PressReader Group of Companies, mengatakan: "Sejak 20 tahun yang lalu, PressReader telah membina rangkaian mantap dengan kandungan, pelanggan dan rakan kongsi komersial yang terus memberi nilai luar biasa kepada rakan-rakan kongsi penerbitan kami. Perkongsian baharu bersama The Wall Street Journal ini merupakan bukti nilai unik yang dibawakan oleh kami. The Wall Street Journal ialah nama yang amat disegani dan dipercayai dalam bidang kewartawanan dan dipandang baik untuk analisisinya yang tiada tandingan dan pelaporan yang unik."

Diiktiraf untuk kewartawanannya yang cemerlang dan tepat dengan 38 hadiah Pulitzer sebagai penghormatan buatnya, replika digital The Wall Street Journal akan membawa nilai ketara kepada pelanggan arif PressReader yang menghargai kepentingan kandungan berita premium.

The Wall Street Journal turut serta dalam koleksi berprestij PressReader yang terdiri daripada akhbar dan majalah yang terbaik di dunia termasuk The Washington Post, The Globe and Mail, Newsweek, The Guardian, Forbes, Hearst Magazines, The Australian, Le Figaro dan El País.

Tatkala pengguna terus menunjukkan tarikan yang kuat terhadap kandungan agregat yang berkualiti, sebagaimana yang dibuktikan oleh kejayaan Netflix dan Spotify, PressReader berusaha untuk terus menarik kandungan premium ke platformnya bagi memenuhi keinginan pembaca terhadap kewartawanan yang dipercayai pada sebarang platform yang dipilih oleh mereka.

Catatan untuk Editor

Latar Belakang Dow Jones
Dow Jones ialah penyedia bertaraf global bagi berita dan maklumat perniagaan, membawakan kandungan kepada pengguna dan organisasi seluruh dunia melalui pelbagai format termasuk cetakan, digital, mudah alih dan acara langsung. Dow Jones telah menerbitkan kandungan berkualiti yang tiada tandingan selama lebih 130 tahun dan hari ini mempunyai salah satu operasi perhimpunan berita yang terbesar di dunia secara global. Ia menerbitkan bahan penerbitan dan produk yang utama termasuk Wall Street Journal unggulan, akhbar terbesar Amerika dengan edaran berbayar; Factiva, Barron's, MarketWatch, Mansion Global, Financial News, Dow Jones Risk & Compliance dan Dow Jones Newswires. Dow Jones merupakan sebahagian daripada News Corp (Nasdaq: NWS, NWSA; ASX: NWS, NWSLV).

Latar Belakang PressReader
PressReader mempunyai misi untuk menambah baik cara orang ramai mencari cerita yang penting buat mereka. Menerusi pejabat-pejabat di Vancouver, Dublin dan Manila, syarikat ini menyediakan platform semua-yang-boleh-anda-baca yang terbesar mencakupi akhbar dan majalah yang melaluinya orang ramai boleh menemui kandungan yang relevan dan dipercayai dari merata tempat di dunia.

Menggunakan telefon, tablet atau komputer, pembaca boleh melayari kandungan secara dalam talian atau memuat turun seluruh isu menggunakan aplikasi PressReader. Mereka boleh melanggan untuk akses terhad atau mendapatkan pengalaman penuh yang ditaja oleh mana-mana daripada beribu-ribu rakan kongsi jenama PressReader – perniagaan yang memanfaatkan platform kandungan premium bagi meningkatkan pengalaman pelanggan mereka – jenama-jenama sebutan ramai seperti British Airways, Turkish Airlines, Cathay Pacific, Air Canada, Marriott, Fairmont Hotels, Seabourn Cruise Lines, Princeton University dan New York Public Library.

Teknologi edisi digital PressReader (Branded Editions) juga memperkasa banyak jenama yang paling berprestij di dunia termasuk The New York Times, The Washington Post dan The Times News Corp (dari London).

Untuk maklumat lanjut, kunjungi about.pressreader.com; Pertanyaan Media: Mike Twining, Pengarah, Pemasaran Perniagaan, mike@pressreader.com

 

Source: PressReader Inc.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Licensing/marketing agreements