omniture

King Salman Relief Center lancar Forum Kemanusiaan Antarabangsa ke-2

King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre
2020-02-22 01:29 999

RIYADH, Arab Saudi, 22 Februari 2020 /PRNewswire/ -- King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre [KSrelief] di Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah Forum Kemanusiaan Antarabangsa kali ke-2 di Riyadh pada 1-2 Mac 2020. Acara ini ialah salah satu yang paling penting dalam kalendar kemanusiaan dan akan menyaksikan beberapa pakar kemanusiaan yang terkemuka di dunia berhimpun bagi meneroka perubahan yang bermakna dan cara-cara untuk memberi bantuan dengan lebih cekap.

Forum ini akan memberi perhatian kepada beberapa cabaran kemanusiaan global yang paling mendesak di dunia, memanfaatkan amalan terbaik daripada pengusaha-pengusaha kemanusiaan utama bagi mencari penyelesaian yang akan memberi manfaat kepada semua yang memerlukan.

Semasa mengumumkan acara tersebut, Penyelia Am KSrelief, Tuan Yang Terutama Dr. Abdullah Al Rabeeah, berkata "Forum Antarabangsa Riyadh kali ke-2 berlangsung di waktu terdapatnya banyak cabaran yang dihadapi oleh komuniti kemanusiaan antarabangsa. Ini merupakan satu peluang unik untuk pengusaha-pengusaha kemanusiaan utama, pakar-pakar dan saintis-saintis untuk berkumpul bagi membahaskan tentang cabaran semasa dengan cara yang terbuka, telus dan jujur. Melainkan kita dapat mengemukakan cara-cara yang lebih inovatif untuk meningkatkan impak dan keberkesanan kerja-kerja kita, kita akan mengecewakan mereka yang paling memerlukan bantuan kita… sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bertindak."

Antara mereka yang hadir ialah Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus; Penolong Setiausaha Agung untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Sir Mark Lowcock; Pengarah Eksekutif WFP David Beasley; Pesuruhjaya Tinggi UNHCR untuk Pelarian, Filippo Grandi dan Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa UAE, Reem Al Hashimy dan lain-lain.

Dr Al Rabeeah menyatakan bahawa Arab Saudi ialah pengusaha yang semakin berpengaruh dalam komuniti kemanusiaan antarabanga, menambah bahawa forum yang akan datang akan menyediakan platform untuk membincangkan tentang penyelesaian praktikal mengenai beberapa cabaran kemanusiaan yang paling mendesak di dunia dengan memanfaatkan amalan terbaik daripada pertubuhan-pertubuhan kemanusiaan yang terkemuka.

Ditubuhkan pada 2015, KSRelief telah menyokong lebih 1,200 projek di seluruh dunia yang menangani isu-isu termasuk keselamatan makanan, penyelarasan bantuan kemanusiaan dan kecemasan, pendidikan dan sanitasi air. Pada tahun 2019, mereka menyumbang hampir satu bilion dolar sebagai bantuan untuk bekerjasama dengan 144 rakan kongsi berbeza bagi meringankan penderitaan mereka yang memerlukan di seluruh dunia. Baru-baru ini, KSrelief telah memberi bantuan kepada China bagi mengatasi wabak coronavirus.

Untuk pendaftaran media dan maklumat lanjut mengenai sesi serta penceramah, sila kunjungi: https://rihf.ksrelief.org/Home

 

Source: King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre
Keywords: Future Events Public Interest