omniture

Resorts World Las Vegas dan Hilton Jalin Kerjasama Perkenal Pusat Peranginan Las Vegas Berbilang Jenama Baharu

Resorts World Las Vegas
2020-02-23 01:18 833

Perkongsian bakal menggabungkan jenama-jenama Hilton Hotels & Resorts, LXR Hotels & Resorts dan Conrad Hotels & Resorts serta program kesetiaan Hilton Honors dalam pengalaman pusat peranginan bersepadu yang bernilai US$4.3 bilion   

LAS VEGAS, 23 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Resorts World Las Vegas dan Hilton (NYSE: HLT) telah bekerjasama untuk membawakan tiga jenama premium Hilton bersama-sama buat julung kalinya apabila pusat peranginan bersepadu yang bernilai US$4.3 bilion, yang kini sedang dibangunkan, dibuka pada musim panas tahun 2021. Perkongsian ini merupakan perjanjian berbilang jenama yang terbesar oleh Hilton dalam sejarah syarikat dan akan melibatkan tiga jenama premium Hilton, Hilton Hotels & Resorts, LXR dan Conrad, ke dalam Resorts World Las Vegas. Pusat peranginan dengan 3,500 buah bilik itu juga akan menjadi sebahagian daripada Hilton Honors, program kesetiaan-tetamu yang memenangi anugerah untuk 18 jenama berbeza Hilton, menawarkan ahli-ahli dengan akses terus kepada faedah-faedah segera buat tetamu termasuk pilihan bayaran yang fleksibel, diskaun ahli yang eksklusif, Kunci Digital dan banyak lagi.

Untuk persembahan beresolusi tinggi, sila klik di sini.

"Menerusi komitmen kami untuk menakrifkan semula standard hotel mewah di Las Vegas, ia merupakan langkah yang dijangkakan buat kami untuk bekerjasama dengan Hilton, selaku peneraju dalam industri hospitaliti global," kata Scott Sibella, presiden, Resorts World Las Vegas. "Hilton merangkumi nilai-nilai dan hospitaliti bertaraf tinggi yang selaras dengan keutamaan Resorts World untuk membawakan pengalaman tetamu yang tiada tandingan ke pasaran Las Vegas."

"Perkongsian strategik kami bersama Resorts World Las Vegas menekankan komitmen Hilton untuk meluaskan jejak kami dan portfolio hartanah yang hebat," kata Ian Carter, presiden, pembangunan, seni bina, reka bentuk & pembinaan global, Hilton. "Ini akan menjadi perjanjian berbilang jenama yang terbesar kami dalam sejarah syarikat dan kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi baharu kami bagi mencipta pengalaman hotel yang berbeza di lokasi yang hebat buat tetamu-tetamu akan datang kami dan juga ahli-ahli Hilton Honors."

Resorts World dan Hilton bersama-sama membawa kembali intipati The Las Vegas Hilton, dahulunya merupakan hotel yang terbesar di dunia dan sinonim dengan perjudian, konvensyen dan hiburan di Las Vegas, dengan pembangunan berbilang jenama ini. Tatkala jenama Hilton Hotels & Resorts kembali ke Strip, Las Vegas Hilton di Resorts World akan menggabungkan berdekad-dekad kepakaran industri jenama tersebut dengan tradisi yang telah lama wujud dan perkhidmatan yang bertaraf tinggi daripada Resorts World. Pembangunan ini juga melibatkan jenama mewah yang terbaharu Hilton, LXR, yang membawakan hartanah bebas yang tiada tandingan, berserta Conrad, jenama mewah yang moden dan mempunyai reka bentuk maju daripada Hilton.

Tetamu-tetamu akan mendapat akses kepada kemudahan unggul pusat peranginan ini, termasuk teater canggih dengan 5,000 kapasiti yang boleh diperluas bagi menjadi tuan rumah kepada residensi selebriti yang paling terkenal dan acara korporat; ruang mesyuarat dan konvensyen yang berkeluasan 350,000 kaki persegi, kompleks kolam renang berkeluasan 220,000 kaki persegi dengan tujuh pengalaman kolam renang yang unik; spa dan pusat kesihatan, koleksi luas konsep makanan dan minuman kasual dan elegan; dan banyak lagi.

Butiran tambahan mengenai projek ini akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

LATAR BELAKANG RESORTS WORLD LAS VEGAS
Resorts World Las Vegas dibangunkan oleh Genting Berhad, yang telah didaftarkan sebagai perdagangan didagangkan secara terbuka oleh Nevada Gaming Commission. Resorts World Las Vegas mempunyai pusat-pusat peranginan bersepadu bersekutu di benua Amerika, Malaysia, Singapura, United Kingdom dan Bahamas. Pembinaan Resorts World Las Vegas, salah satu tapak pembinaan hotel yang terbesar pada masa kini di A.S., mempunyai kemajuan berterusan bersama kira-kira 2,200 pekerja binaan di tapak pada setiap hari di tapak berkeluasan 88 ekar. Hartanah ini akan menjadi pusat peranginan berteknologi maju, inovatif dan inklusif yang akan berdiri berasaskan tonggak-tonggak perkhidmatan yang bertaraf tinggi, keharmonian, kesetiaan dan kemewahan. Menerapkan tradisi Resorts World ke dalam fabrik Las Vegas, pusat-peranginan-kasino dengan 3,500 buah bilik itu akan memperkenalkan sentuhan baharu yang berani terhadap hospitaliti untuk pasaran Las Vegas dengan pengalaman baharu yang mengujakan, budaya yang unik dan perkhidmatan tetamu yang lancar. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.rwlasvegas.com atau cari kami di Facebook, Twitter dan Instagram.

LATAR BELAKANG GENTING GROUP
Genting Group terdiri daripada Genting Berhad (KLSE: GENTING), syarikat induk dan syarikat-syarikat senaraiannya iaitu Genting Malaysia Berhad (KLSE: GENM), Genting Plantations Berhad (KLSE: GENP) dan Genting Singapore Limited (SGX: G13). Secara keseluruhannya, Genting Group menggaji kira-kira 56,000 orang kakitangan dan terlibat dalam aktiviti riadah dan hospitaliti, ladang minyak sawit, penjanaan kuasa, minyak dan gas, pembangunan hartanah, sains hayat dan bioteknologi, dengan operasi-operasi mencakupi seluruh dunia, termasuk di Malaysia, Singapura, Indonesia, India, China, Amerika Syarikat, Bahamas dan United Kingdom. Genting Group ialah peneraju dalam industri perjudian dan hospitaliti global. Ditubuhkan pada tahun 1965, Genting Group mempunyai pengalaman selama lebih 50 tahun dalam membangunkan dan mengendalikan pusat-pusat peranginan destinasi di benua Amerika, Malaysia, Singapura, United Kingdom dan Bahamas, menawarkan pengalaman pusat peranginan yang tiada tandingan dan tarikan hiburan yang ikonik kepada lebih 50 juta pengunjung setahun. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.genting.com.

Latar Belakang Hilton
Hilton (NYSE: HLT) ialah sebuah syarikat hospitaliti global terkemuka, dengan portfolio 18 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 6,100 hartanah dengan lebih 971,000 buah bilik di 119 buah negara dan wilayah. Berdedikasi untuk memenuhi misinya demi menjadi syarikat yang paling mesra di dunia, Hilton mengalu-alukan lebih 3 daripada bilion orang tetamu menerusi sejarahnya selama 100 tahun, meraih kedudukan teratas dalam senarai Tempat Kerja Terbaik Dunia 2019 dan dinamakan sebagai Peneraju Industri Global 2019 dalam Indeks Kemampanan Dow Jones. Melalui program kesetiaan tetamu yang memenangi anugerah, Hilton Honors. lebih daripada 103 juta ahli yang menempah terus dengan Hilton akan mendapat Mata untuk penginapan hotel dan pengalaman yang tidak boleh dibeli, serta menikmati faedah-faedah segera, termasuk daftar masuk digital dengan seleksi bilik, Kunci Digital dan Bilik Bersambung. Kunjungi newsroom.hilton.com untuk maklumat lebih lanjut dan berhubung dengan Hilton melalui Facebook, TwitterLinkedInInstagram dan YouTube

Latar Belakang LXR Hotels & Resorts
LXR Hotels & Resorts ialah jenama koleksi mewah Hilton, yang mana setiap lokasi menawarkan pengalaman perjalanan tunggal yang berasal dari tempat, sejarah dan tradisinya. Ditemui di destinasi yang paling menarik di dunia, LXR Hotels & Resorts mengasyikkan anda dengan pengalaman perjalanan yang amat hebat. Kami menghubungkan hartanah mewah yang legenda dengan jaringan hotel yang dibezakan dengan komitmen yang tiada tandingan terhadap perhatian peribadi dan kemewahan, namun memberi pengalaman tempatan yang imersif buat tetamu mereka. LXR Hotels & Resorts merupakan sebahagian daripada Hilton, sebuah syarikat hospitaliti global yang terkemuka dan setiap hartanah mendapat manfaat daripada kekuatan Hilton Enterprise serta program Hilton Honors yang memenangi anugerah. Kunjungi www.lxrhotels.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang Conrad Hotels & Resorts
Mencakupi lima benua dengan hampir 40 hartanah, Conrad Hotels & Resorts telah mencipta hubungan yang lancar antara reka bentuk kontemporari, inovasi yang terkemuka dan seni dikuratorkan bagi menginspirasikan semangat keusahawanan pengembara yang terhubung secara global. Conrad ialah tempat di mana tetamu dapat merasai perkhidmatan dan gaya dengan cara mereka sendiri – kesemuanya sambil berhubung dengan budaya tempatan dan global. Berhubung dengan Conrad dengan menempah di www.conradhotels.com atau melalui aplikasi mudah alih Hilton Honors. Ketahui lebih lanjut mengenai jenama ini dengan mengunjungi newsroom.hilton.com/conradhotels, dan ikuti kami di Facebook, Instagram dan Twitter.

Latar Belakang Hilton Hotels & Resorts
Hilton Hotels & Resorts telah menetapkan penanda aras untuk bidang hospitaliti di seluruh dunia, menyediakan inovasi produk baharu dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan tetamu yang berubah-ubah. Dengan 584 hotel merentas enam benua, hartanah Hilton Hotels & Resorts terletak di destinasi yang paling dicari-cari di dunia untuk tetamu-tetamu yang mengetahui betapa pentingnya tempat penginapan mereka. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton mendapat akses kepada faedah-faedah segera. Mulakan perjalanan anda di www.hiltonhotels.com dan ketahui lebih lanjut dengan mengunjungi newsroom.hilton.com/hhr dan ikuti Hilton Hotels & Resorts di Facebook, Twitter serta Instagram.

Hubungan Media:

Emily Roberts
R&R Partners (untuk Resorts World Las Vegas)
(480) 317-6069
emily.roberts@rrpartners.com

Karla Crockett
LXR Hotels & Resorts dan Conrad Hotels & Resorts
+1 703 883 6857
Karla.Crockett@hilton.com 
Newsroom.hilton.com/lxr
Newsroom.hilton.com/conrad

Colleen Hart
Hilton Hotels & Resorts
+1 703 883 6616
Colleen.Hart@hilton.com
Newsroom.hilton.com/hhr

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1033823/Resorts_World_Las_Vegas_Logo.jpg

 

Source: Resorts World Las Vegas
Related Stocks:
CNSX:GENM Malaysia:2291 Malaysia:3182 Malaysia:4715 NYSE:HLT OTC:GEBHY OTC:GMALY Singapore:G13
Keywords: Gambling/Casinos Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion Licensing/marketing agreements