omniture

Talent Plus, Inc. Pilih Presiden Baharu

Talent Plus
2020-02-26 05:48 456

LINCOLN, Nebraska, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah Talent Plus secara sebulat suara memilih Makenzie Rath sebagai presiden baharunya. Rath menyertai Talent Plus pada tahun 2011 dan pernah memegang jawatan dalam hampir setiap unit perniagaan. Baru-baru ini, Rath menerajui Perunding Kepimpinan Talent Plus yang menganalisis wawancara pemimpin-pemimpin kanan dan menyediakan penyelesaian kejurulatihan eksekutif dan perancangan penggantian. Selepas tamat pengajian di kolej, Rath berpindah ke Singapura untuk bekerja di Capella Singapore, lambang hospitaliti mewah di Asia Tenggara. Beliau kembali ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang pembangunan organisasi (OD) daripada Pepperdine University.

Makenzie Rath
Makenzie Rath

"Tumpuan Makenzie terhadap rakan-rakan kongsi pelanggan kami tidak pernah diketepikan," kata Kimberly Rath, pengerusi bersama dan pengasas bersama Talent Plus. "Pemahaman beliau terhadap sains kami dan latar belakang dalam OD adalah tiada tandingan dan membawa kepada kejayaan pelancaran pembinaan penilaian/wawancara, seperti Penilaian Dalam Talian Bakat Pengurus Operasi. Makenzie telah berkhidmat dalam peranan kejayaan pelanggan dan peranan kepimpinan, selain Lembaga Pengarah Talent Plus."

Beliau membesar melalui perjalanan pengurusan kekuatan, mengenali Talent Plus dan menjadi pesuluh di Nebraska Human Resources Institute (NHRI) (pengasas bersama Talent Plus William E. Hall menubuhkannya pada tahun 1950-an), dari umur 5 tahun, berterusan sehingga sekolah menengah. Sebagai seorang penuntut kolej, beliau merupakan mentor penuntut tahun pertama sebenar yang sulung dan terus mempunyai hubungan mentor hari ini.

"Saya berharap agar dapat menghidupkan impian Dr. Hall. Rakan-rakan sejawat kami bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi pelanggan dan bersuara secara global mengenai perbezaan yang boleh dilakukan oleh individu-individu dan organisasi-organisasi apabila dapat merealisasikan potensi penuh mereka," tawar Makenzie Rath. "Saya sedia maklum bahawa penyelesaian kami memberi pencerahan kepada individu-individu dari segi apa yang boleh dicapai oleh mereka dan pasukan mereka dengan penilaian, pemilihan, penggabungan, pembangunan, latihan, penglibatan dan pengekalan secara saintifik untuk individu yang tepat bersama bakat yang tepat untuk berkembang maju."

Talent Plus, Inc. ialah rakan kongsi perunding modal insan dan pengurusan bakat yang ulung. Penyelesaian kami membuka laluan kepada individu-individu dan organisasi-organisasi untuk melangkaui jangkaan pelanggan, pasaran dan komuniti mereka. Sebagai pakar di setiap infleksi kritikal dalam seluruh kitaran hayat bakat, penyelesaian kami menilai, memilih, menggabungkan, membangunkan, melatih, melibatkan dan mengekalkan secara saintifik individu yang tepat bersama bakat yang tepat untuk berkembang maju dan mendapat kelebihan kompetitif yang mendalam dan mampan berbanding rakan-rakan industri. Hasilnya termasuk penglibatan pelanggan yang lebih tinggi, peningkatan produktiviti, pengurangan pusing ganti, pengukuhan penglibatan kakitangan yang positif dan peningkatan keuntungan. Kami mengubah kehidupan dan organisasi menerusi peluang untuk mencapai potensi peribadi, profesional dan organisasi. www.talentplus.com atau +1.800.VARSITY.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1093884/Makenzie.jpg  
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1093883/talentplusl_Logo.jpg  

Source: Talent Plus
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements