omniture

Moonbug Peroleh Siri Animasi Kesukaan Ramai Korea "ARPO"

Moonbug
2020-02-26 10:22 918

Menerbitkan Episod Premium, Baharu bakal Dilancarkan melalui Platform OTT Utama pada tahun 2020

LONDON, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Moonbug, sebuah syarikat hiburan bertaraf global yang membangunkan dan mengedarkan kandungan yang menyeronokkan dan selamat buat kanak-kanak, hari ini mengumumkan ia telah memperoleh siri animasi Korea yang disukai ramai ARPO, yang mempunyai lebih 2 juta pelanggan dan 100 juta tontonan bulanan di YouTube. Sepanjang tahun 2020, Moonbug akan menerbitkan dan memperkenalkan 26 episod premium selama 3.5-minit komedi animasi slapstick pada platform OTT global di A.S., EMEA dan APAC. 12 episod baharu yang pertama telahpun dilancarkan.

ARPO ialah rancangan slapstick dengan dialog ringan yang mengikuti kisah tentang hubungan antara Arpo, robot komando yang bertukar menjadi pengasuh dan Baby Daniel, seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai sifat ingin tahu yang dijaga oleh Arpo. Dalam episod-episod terkini yang telah dihasilkan, Moonbug akan memperkenalkan penonton global rancangan tersebut dengan watak-watak baharu dan dunia yang diperluas.

ARPO membantu kanak-kanak berumur 3-6 tahun membina pemahaman komunikasi bukan lisan seperti bahasa gerak geri dan ekspresi wajah serta turut menggalakkan kemahiran hidup seperti persahabatan, bertimbang rasa terhadap orang lain dan juga kerjasama.

"Tatkala Moonbug terus berkembang secara global, ARPO menjadi program yang serta merta menarik perhatian kami. Ia merupakan rancangan yang begitu unik dan menyeronokkan dan kami menyedari betapa ia seiring dengan audiens progresif kami di Korea, serta audiens lain di seluruh dunia," kata John Robson, Ketua Pegawai Operasi Moonbug. "Kami dapat melihat permintaan yang tinggi terhadap kandungan baharu daripada watak-watak kesayangan ini dan berharap agar dapat meluaskan jangkauan ARPO ke pasaran baharu pada tahun akan datang."

ARPO kini boleh didapati pada perkhidmatan penstriman popular termasuk Amazon Prime Video, Apple TV, Kidoodle.TV, Roku, YouTube dan banyak lagi.

Latar Belakang Moonbug

Moonbug ialah sebuah syarikat hiburan bertaraf global memenangi anugerah yang menyediakan kandungan yang menyeronokkan dan selamat buat kanak-kanak. Moonbug memperoleh, mencipta dan mengedarkan kandungan untuk kanak-kanak prasekolah. Syarikat ini, yang merupakan antara pemilik IP kanak-kanak digital yang terbesar di dunia, ditubuhkan bersama-sama golongan veteran media René Rechtman, Ketua Pegawai Eksekutif dan John Robson, Ketua Pegawai Operasi, dengan pejabat-pejabat utama terletak di London dan Los Angeles.

IP Moonbug termasuk sensasi global Little Baby Bum, My Magic Pet Morphle, Supa Strikas, Go Buster, Playtime with Twinkle, Gecko's Garage dan banyak lagi. Rancangan Moonbug boleh didapati pada platform-platform global seperti YouTube, Netflix, Hulu, Roku, Sky, Amazon Prime Video dan banyak lagi.

Source: Moonbug
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Television Acquisitions, mergers, takeovers Children-related news