omniture

CleverTap Namakan Julie Simon Naib Presiden Pemasaran untuk Rantau Asia-Pasifik

CleverTap
2020-02-26 10:36 471

Veteran Industri B2B Terajui Strategi Bawa-ke-Pasaran dan Pertumbuhan Serantau   

SINGAPURA, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform kitaran hayat pelanggan dan pengekalan pengguna berkuasa AI yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Julie Simon akan menyertai syarikat sebagai naib presiden pemasaran untuk Asia-Pasifik. Menerusi peranan yang baru diwujudkan ini, Simon akan menerajui semua aspek pemasaran untuk APAC, termasuk strategi bawa-ke-pasaran, pemasaran digital, pemasaran rakan kongsi serta program penjenamaan dan kesedaran.

Julie Simon, VP Marketing, APAC, CleverTap
Julie Simon, VP Marketing, APAC, CleverTap

"Tatkala CleverTap meneruskan strategi pengembangan globalnya yang agresif, membawa eksekutif pemasaran yang mempunyai pengalaman luas di rantau Asia-Pasifik adalah amat penting," kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap. "Julie memegang rekod pencapaian terbukti dalam menubuhkan pasukan pemasaran berprestasi tinggi, mengukuhkan kehadiran serantau yang mantap serta mewujudkan dan melaksanakan program-program yang mendorong aliran pendapatan yang boleh diukur dan boleh diulang. Saya menanti-nanti akan sumbangan beliau pada tahun 2020 dan selanjutnya."

Simon ialah seorang pemimpin pemasaran disegani yang mempunyai pengalaman selama lebih 16 tahun memimpin pasukan-pasukan untuk melepasi objektif-objektif jualan yang bercita-cita tinggi merentas wilayah yang tersebar secara geografi. Beliau menawarkan pengalaman luas dalam melepasi objektif-objektif organisasi dan jualan dengan tumpuan di rantau APAC serta membangunkan dan mendorong rancangan pemasaran boleh diskala yang menyokong pertumbuhan perniagaan. Baru-baru ini, Simon berkhidmat sebagai ketua pemasaran, APAC untuk Temenos dan dahulunya memegang jawatan pemasaran di Quadient dan Neopost. Simon berkelulusan ijazah sarjana dalam Pembangunan Perniagaan Antarabangsa, Pemasaran daripada EM Strasbourg Business School di Perancis. Pelantikan Simon merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan global yang agresif oleh CleverTap susulan penyempurnaan pusingan pendanaan Siri C $35J yang dipimpin oleh Tiger Global Management dan Sequoia India. Syarikat menggunakan sebahagian daripada dana ini untuk mendorong pertumbuhan pasukan di seluruh Asia, AS, Amerika Latin dan Eropah.

"CleverTap ialah sebuah syarikat berpandangan jauh yang memasuki peringkat pertumbuhan yang mengujakan," kata Julie Simon, naib presiden pemasaran, APAC, CleverTap. "Saya tidak sabar-sabar untuk membina strategi bawa-ke-pasaran yang mantap dan mendorong program-program yang membantu organisasi-organisasi yang mengutamakan digital dengan inisiatif-inisiatif penglibatan dan pengekalan mereka."

CleverTap membantu jenama-jenama yang mengutamakan digital memaksimumkan nilai aplikasi mudah alih mereka dengan memperibadikan pengalaman pelanggan menggunakan data tingkah laku waktu sebenar dan pemodelan prediktif. CleverTap digunakan setiap hari oleh banyak pemasar yang terkemuka di dunia, merentas pelbagai industri termasuk teknologi makanan, kewangan, e-dagang, media/hiburan, pelancongan, tiket dan pengangkutan. Lebih 8,000 aplikasi mudah alih daripada syarikat-syarikat termasuk Vodafone, Star, Sony, Discovery Kids, ESPN, Fandango, Cleartrip dan Disney Hotstar kini dioptimumkan menggunakan CleverTap, memacu pendapatan tambahan sebanyak lebih $2 bilion. Platform ini mencapai lebih daripada satu bilion peranti mudah alih.

Latar Belakang CleverTap
CleverTap ialah platform penglibatan dan pengekalan pelanggan terkemuka yang membantu jenama-jenama memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Jenama-jenama pengguna di seluruh dunia yang mewakili lebih 8,000 aplikasi—termasuk Vodafone, Star, Sony, Discovery, Fandango LATAM, Carousell dan Gojek—mempercayai CleverTap untuk membantu mereka meningkatkan penglibatan dan pengekalan pengguna, lantas meningkatkan pendapatan jangka panjang. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beribu pejabat di Mountain View, California yang mempunyai pejabat-pejabat di Amsterdam, Singapura, Dubai dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter. 

Hubungi




Charles Orlando

Phyllicia Gan 

CleverTap

Mutant Communications 

424-425-4384

+65 9720 0841

press@clevertap.com

phyllicia@mutant.com.sg

    

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1093544/Julie_Simon__VP_Marketing__APAC__CleverTap.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1064423/CleverTap_Logo.jpg

 

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Personnel announcements