omniture

'ClickShare Conference' Baharu Membawakan Persidangan Tanpa Wayar ke Tempat Kerja

Barco
2020-02-26 17:15 1868

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Barco, sebagai peneraju global bilik mesyuarat berteknologi akan meluaskan rangkaian produk ClickShare yang baru. ClickShare Conference berintegrasi secara lancar dengan peranti persidangan video, pelbagai jenama kamera, komputer riba, dan yang paling penting, anda boleh menjalankan mesyuarat jarak jauh seperti anda berada di sana.

Kebolehan menghubungkan secara tanpa wayar ke unit Audio Visual bilik mesyuarat, ClickShare Conference membolehkan pengguna menghubungkan alatan komunikasi secara serentak. Dengan ini anda boleh memulakan mesyuarat jarak jauh dengan lebih pantas dengan hanya melalui peranti anda sendiri. Conferencing Button baharu serta merta menjadikan peranti persisian USB bilik mesyuarat disediakan kepada komputer riba pengguna. Pengguna boleh strim secara langsung video dan audio dengan peranti persisian bilik mesyuarat hanya melalui memasang Butang (Button). Dengan ciri-ciri kolaboratif dan interaktif yang di tambah dalam "ClickShare Collaboration App", ianya boleh di akses melalui Butang Pantas (Quick Button). Aplikasi desktop mampu mengesan dan membantu menghubungkan ke bilik mesyuarat daripada komputer riba anda dengan serta merta. 

Mengulas mengenai pelancaran, Marc Remond, Naib Presiden Jualan, Mesyuarat dan Penyelesaian Pengalaman Pembelajaran, Barco APAC, berkata, "Memandangkan semakin banyak organisasi di Asia-Pacific mengunakan cara baru dalam bekerja, permintaan sistem kolaborasi jarak jauh juga semakin meningkat. Barco bermatlamat untuk memudahkan pengalaman pengguna dan meningkatkan penerimaan isyarat video di antara bilik mesyuarat dengan melancarkan satu penyelesaian baru yang berbeza dari sebelum ini dan lebih bersifat agnostik dalam reka bentuknya.

Kelebihan ClickShare Conference baru terletak pada kebebasan untuk memilih: penyelesaian ini adalah agnostik tiga kali ganda. Pengguna dapat memilih cara untuk berkolaborasi dengan selamat melalui apa jua peranti pilihan mereka, di mana jua tempat mesyuarat sambil menikmati semua kelebihan asal UC atau alatan persidangan video pilihan mereka, melalui semua peranti persisian USB Audio Visual yang terdapat di dalam bilik mesyuarat.

Mengulas lebih lanjut, Ta Loong Gan, Pengarah Urusan, Barco Asia Tenggara, berkata, "Penyelesaian ClickShare Conference baharu daripada Barco akan merevolusikan mesyuarat dan persidangan tanpa wayar. Ia segala-galanya berkenaan dengan persidangan tanpa wayar dan BYOM (Bring Your Own Meeting), tatkala ia menyingkirkan perspektif buruk terhadap pengehosan mesyuarat video dan persidangan web. Ia menawarkan penyelesaian kepada masalah beban kerja dari jabatan IT bagi menyokong alatan persidangan berbeza dan membawa pengalaman bertumpu individu dan ruang kolaborasi pelbagai guna ke persekitaran kerja."

Rangkaian ClickShare Conference baru ini terdiri daripada 3 model berbeza: Dari CX-20 untuk peringkat permulaan, sehingga ke lebih canggih iaitu CX-30 dan CX-50. CX-20 bersesuaian untuk bilik 'huddle' dan bilik mesyuarat kecil. Ianya menawarkan fungsi-fungsi utama seperti kolaborasi dan persidangan tanpa wayar. CX-30 pula sesuai digunakan dalam bilik mesyuarat biasa. Ianya ditambahkan lagi dengan ciri-ciri interaktif seperti panel sentuh, kesederhanaan, papan hitam digital dan juga anotasi untuk memberikan pengalaman sebenar connect and click kepada pengguna di dalam mesyuarat. Manakala, CX-50 sesuai untuk bilik mesyuarat bersaiz besar. Ianya memberikan pengalaman premium untuk kolaborasi Audio dan Visual. Dengan kualiti audio dan visual yang premium, ia menawarkan integrasi yang canggih dan terbaik di dalam satu persekitaran IT ataupun Audio Visual.

Latar Belakang Barco

Barco, merekacipta teknologi dan menyampaikan solusi secara bijak ke suluruh dunia. Melangkaui gambaran, kami telah merealisasikan kemauan dalam solusi kolaborasi bagi membantu anda bekerjasama, bertukar pendapat dan membuat pelanggan and kagum. Fokus kami merangkumi tiga teras : Perushaan (daripada bilik mesyuarat, bilik darjah dan juga bilik kawalan sehinggalah ke ruamg korporat), Kesihatan (rangkaian daripada teknologi radiologi ke bilik operasi) dan juga Hiburan ( rangkaian daripada panggung wayang sehinggalah ke acara langsung dan juga tarikan penggungjung). Pada tahun 2018, kami telah berjaya mencatat jaualan sebanyak 1.028 billion euro. Secara global, kami mempunyai sejumlah 3,600 pekerja, yang diamana mereka mempunyai minat di dalam teknologi, dan ini telah dibuktikan oleh 400 patent yang telah diluluskan.

Capaian media:
Aashna Khurana
+91-9999000309
aashna.khurana@barco.com

 

Source: Barco
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Utilities Wireless Communications New products/services