omniture

Easyfairs Northeral Peroleh Acara Hotel & Restoran

EASYFAIRS NORTHERAL
2020-02-28 12:31 543

Pengembangan selanjutnya di Algeria tatkala sektor pelancongan meningkat naik  

BRUSSELS, 28 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Easyfairs Northeral, cawangan Afrika Utara Easyfairs, telahpun mengumumkan pemerolehan SIEL - The International Exhibition for Hotel & Restaurant Equipment and Services.  Acara yang berusia 14 tahun ini menarik lebih 7000 pengunjung setiap tahun daripada sektor HoReCa dan kini akan mendapat manfaat daripada semua kepakaran kumpulan berkenaan dalam bidang tersebut memandangkan Easyfairs telahpun menganjurkan tujuh acara dalam topik yang sama di Scandinavia, Belanda dan Belgium.

 

Edisi seterusnya, yang dijenamakan semula sebagai SIEL HORECA Expo, akan berlangsung mulai 8-10 Disember 2020 di Centre International de conferences d'Alger.

2,393 projek pelancongan diluluskan

Pengarah Urusan Easyfairs Northeral, Olivier-Hicham Allard, menjelaskan: "Kami mengikuti dengan rapat inisiatif-inisiatif kerajaan Algeria untuk membangunkan industri pelancongan dan hotel yang bertaraf dunia. Kementerian Pelancongan Algeria mengumumkan pada Disember 2019 berhubung pewujudan sekurang-kurangnya 310,274 katil baharu melalui lebih 2,393 projek pelancong baharu. Ini menunjukkan dinamik mengagumkan yang baru sahaja bermula memandangkan pesisir pantai sepanjang 1200 km negara berkenaan di Laut Mediterranean hampir tidak mempunyai sebarang infrastruktur pelancong.

"Di samping itu, dasar buka pintu negara berkenaan kepada pelaburan asing mengumumkan ketibaan besar-besaran francais dan jenama antarabangsa termasuk kafe, bilik minum teh dan rangkaian restoran. Sebagai perbandingan, Horeca Expo kami di Belgium menghimpunkan lebih daripada 650 pempamer di tapak berkeluasan 50,000 m² dan kesemua ini untuk sebuah negara yang mempunyai seramai 11 juta penduduk. Maka, anda boleh membayangkan potensi untuk sebuah negara dengan 44 juta penduduk dan telah memutuskan untuk menjadi destinasi pelancong global, dua jam perjalanan dari kebanyakan ibu kota Eropah."

Latar Belakang Easyfairs 

Easyfairs menganjurkan dan menjadi tuan rumah acara langsung, menghimpunkan komuniti bersama-sama untuk melawat masa depan.

Kini, syarikat berkenaan menganjurkan 200 acara di 14 buah negara dan mengurus 10 tempat acara di Belgium, Belanda dan juga Sweden.

Easyfairs menggaji lebih daripada 750 orang kakitangan dan menjana pendapatan melebihi €166 juta untuk tahun kewangan 2018-2019.

Easyfairs berusaha untuk menjadi pengusaha yang paling mudah disesuaikan, tangkas dan berkesan dalam industri acara dengan menggaji individu yang komited, menggunakan alatan pemasaran dan teknologi yang terbaik dan membangunkan jenama yang mantap.

Pada tahun 2018 Easyfairs dinamakan sebagai "Entrepreneur of the Year®" Belgium dan mendapat pengiktirafan sebagai "Syarikat Terurus Terbaik" Deloitte dan "Tempat Hebat untuk Bekerja"

Lawati masa depan dengan Easyfairs dan ketahui lebih lanjut di www.easyfairsgroup.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Olivier-Hicham Allard 
Pengarah Urusan Easyfairs Northeral 
info.algeria@easyfairs.com 
Tel: +213-21-94-60-58 

 

 

Source: EASYFAIRS NORTHERAL
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Publishing/Information Service Restaurants Retail Travel Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Trade show news