omniture

Cambium Networks Perluas Kolaborasi dengan Facebook Connectivity untuk Berbilang Inisiatif Akses Tanpa Wayar

Cambium Networks
2020-02-29 10:22 417

Penyelesaian Terragraph Facebook Connectivity membolehkan Cambium Networks menyediakan akses langkah terakhir kepada kediaman pelanggan, perusahaan dan bangunan pelbagai tempat tinggal

ROLLING MEADOWS, Illinois, 29 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Facebook Connectivity untuk pelbagai inisiatif termasuk menggabungkan perangkaian jejaring Terragraph ke dalam radio tanpa wayar Gigabit gelombang 60GHz milimeter (Jalur-V); meningkatkan penyelesaian Express Wi-Fi dengan teknologi jejaring Wi-Fi generasi seterusnya, digabungkan dengan Akses Jejaring Swaurus (SOMA); dan mengusahakan inisiatif projek Telecom Infra (TIP) bersama serta prototaip infrastruktur Bandar Pintar bagi menyeragamkan dan mengoptimumkan penggunaan angkut balik tanpa wayar demi penggunaan Wi-Fi yang pantas dan cekap.

Penglibatan Cambium Networks dengan Facebook Connectivity menandakan ketersambungan Gigabit kini disediakan kepada populasi penduduk yang besar yang tinggal dan bekerja di kawasan yang mana gentian tidak berdaya maju dari segi ekonomi. Peluasan akses internet berkelajuan tinggi ini bermakna peningkatan peluang untuk persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan produktif, teleperubatan yang amat berkesan dan lebih luas lagi, pertumbuhan ekonomi yang telah dikaitkan dengan ketersambungan berprestasi tinggi sejak 20 tahun yang lalu.

  • Akses tanpa wayar Gigabit gelombang 60GHz milimeter – Platform gelombang 60GHz milimeter Cambium Networks menggabungkan teknologi jejaring Terragraph. Sistem standard 802.11ay berbilang mod boleh dikonfigurasikan untuk mod Titik-ke-Titik (PTP), Titik-ke-Berbilang-Titik (PMP) atau mod jejaring cekap dan reka bentuk perindustriannya memperlihatkan penggunaan yang dijangkakan dalam persekitaran pinggir bandar dan bandar. Penyelesaian ini menyediakan akses langkah terakhir kepada kediaman pelanggan, perusahaan dan bangunan pelbagai tempat tinggal serta pengangkutan untuk pengawasan video dan rangkaian Wi-Fi awam. Penyelesaian ini juga dapat menyediakan angkut balik Gigabit berkependaman rendah untuk trafik rangkaian 4G atau 5G.
  • Pelancaran Wi-Fi lebih pantas – Pasukan penyelidikan dan pembangunan Cambium Networks serta Facebook Connectivity berkolaborasi untuk menjadikannya lebih mudah kepada penyedia perkhidmatan untuk menggunakan Wi-Fi andal yang diangkut balik oleh titik akses (AP) Wi-Fi berkuasa SOMA. Sekiranya berlaku kegagalan AP, teknologi jejaring Wi-Fi SOMA menggunakan fungsi pulih sendirinya untuk mengkonfigurasikan semula secara automatik jejaring agar berfungsi sekitar situasi dan mengkonfigurasikan semula jejaring untuk beroperasi melalui AP berjejaring yang tinggal atau AP get laluan.
  • Mengoptimumkan angkut balik Tanpa Wayar - Angkut balik tanpa wayar melalui frekuensi tidak berlesen semakin pantas mendapat populariti untuk perkhidmatan Wi-Fi di rumah dan luar. Tanpa masa dan kos yang berkaitan dengan penggunaan gentian, angkut balik tanpa wayar menyediakan sambungan yang cekap dan menjimatkan kepada AP Wi-Fi. Cambium Networks bekerjasama dengan Facebook Connectivity dan peneraju-peneraju industri yang lain bagi menyelaraskan penggunaan spektrum tanpa wayar tidak berlesen antara angkut balik tanpa wayar dan radio WI-Fi, mendayakan penggunaan cekap spektrum tidak berlesen dan meningkatkan daya pemprosesan.
  • Bandar Pintar - Cambium Networks bekerjasama dengan Facebook Connectivity dan ahli-ahli TIP yang lain bagi menangani cabaran melancarkan komunikasi dan infrastruktur lain yang membentuk tulang belakang untuk penggunaan bandar pintar.

"Facebook komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi industri di seluruh dunia bagi membantu membawa lebih ramai orang ke dalam talian menuju internet yang lebih pantas," kata Dan Rabinovitsj, Naib Presiden untuk Facebook Connectivity. "Cambium ialah rakan kongsi kritikal dengan sumbangannya kepada Express Wi-Fi, teknologi SOMA, penyelesaian jejaring Terragraph dan program TIP. Cambium Networks dan Facebook bersama-sama mendemokrasikan lagi kuasa internet."

Menurut laporan "Market Guide for 5G New Radio Infrastructure" Gartner yang disiarkan pada 16 Disember 2019 dan ditulis oleh Peter LiuSylvain Fabre, et al., "Menjelang tahun 2021, pelaburan dalam infrastruktur rangkaian 5G NR akan menyumbang sebanyak 19% daripada jumlah pendapatan infrastruktur tanpa wayar penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP), meningkat daripada 6% pada tahun 2019."

"Kolaborasi yang aktif dengan peneraju pasaran membolehkan kami untuk membawa teknologi tanpa wayar ke dalam perbincangan yang dapat menyelesaikan masalah kontemporari. Portfolio Cambium Networks dengan penyelesaian tanpa wayar Gigabit menyediakan ketersambungan dari awan kepada pelanggan," kata Atul Bhatnagar, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cambium Networks. "Pengalaman kami dengan teknologi, keadaan penggunaan dan frekuensi berbeza memberi kami kelebihan untuk membangunkan dengan pesat penyelesaian dengan kos pemilikan keseluruhan yang utama dalam industri. Penyelesaian jejaring tanpa wayar didayakan Terragraph 60 GHz berbilang mod baharu kami menyediakan kelajuan Gigabit dengan hanya sebahagian kecil daripada kos dan masa menggunakan gentian. Sistem-sistem ini boleh juga diperuntukkan dan diurus daripada konsol berasaskan awan cnMaestro™ tunggal yang memberi tinjauan umum merentas pelbagai teknologi tanpa wayar dalam rangkaian, membolehkan pengendali untuk memaksimumkan daya pemprosesan dan kepuasan pengguna. Penyelesaian tanpa wayar kami memberi hasil hebat yang dapat menyelesaikan cabaran ketersambungan misi kritikal."

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan, pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual melalui rangkaian pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com

Pertanyaan Media:
Sara Black
Naib Presiden
Bospar
+1 (213) 618-1501
sara@bospar.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

 

Source: Cambium Networks
Related Stocks:
NASDAQ:CMBM
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services