omniture

UnionPay International Lancar Dompet Mudah Alih di Pakistan, Sediakan Khidmat Bayaran Tanpa Sentuh dan Kod QR

UnionPay International
2020-03-16 07:50 309

KARACHI, Pakistan, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- UnionPay International hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperkenalkan produk bayaran mudah alih Huawei Pay di Pakistan dengan kerjasama Huawei dan National Bank of Pakistan (NBP), salah sebuah bank komersial yang terbesar di Pakistan. Perkhidmatan baharu ini membolehkan pengguna telefon Huawei/Honor tempatan membayar melalui kaedah bayaran tanpa sentuh serta kod QR dan merupakan perkhidmatan dompet mudah alih pertama daripada skim kad ini untuk membawakan pilihan dwibayaran di luar negara.

Fungsi dwibayaran daripada produk bayaran mudah alih UnionPay menambah bayaran berasaskan kod QR pada bayaran tanpa sentuh dan boleh diaplikasikan pada sebarang telefon pintar didayakan NFC. Dengan fungsi ini, pengguna hanya perlu menghubungkan kad mereka kepada telefon mudah alih mereka sekali sahaja dan kemudian mengakses pelbagai kaedah bayaran mudah alih.

Kini, buat pengguna di Pakistan, mereka boleh menghubungkan kad UnionPay yang dikeluarkan oleh NBP kepada aplikasi dompet mudah alih Huawei Pay dan kemudian memilih untuk membuat bayaran ketik&bayar (tap&go) atau imbas&bayar (scan&go) mengikut kesukaan mereka atau menurut syarat penerimaan pedagang tertentu. Di samping itu, pengguna boleh mengakses fungsi bayaran dengan mudah menerusi pengesahan cap jari, tanpa perlu membuka aplikasi.

Tatkala penerimaan perkhidmatan bayaran mudah alih membina momentumnya, UnionPay International meluaskan perkhidmatannya di luar tanah besar China. Untuk menarik minat pengguna di wilayah-wilayah berbeza, UPI telah membangunkan produk berdasarkan dua kaedah bayaran, kod QR dan tanpa sentuh - memberi pengalaman bayaran yang lancar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Pelancaran fungsi dwibayaran itu akan membolehkan institusi-institusi rakan kongsi UPI menyediakan pelanggan mereka dengan perkhidmatan bayaran mudah alih yang pelbagai dan lebih fleksibel dengan kecekapan yang lebih tinggi.

Terdapat berapa faktor menyumbang kepada pelancaran fungsi baharu di Pakistan. Di Pakistan, bayaran mudah alih mendapat rangsangan menerusi peningkatan bilangan orang muda yang bergantung pada telefon pintar dan dompet digital untuk membuat bayaran. Sementara itu, UnionPay diterima di seluruh negara dengan kira-kira 300 ribu pedagang menerima bayaran menerusi kod QR UnionPay. Selain itu, dengan 12.6 juta kad yang dikeluarkan di dalam negara, "UnionPay" ialah skim kad antarabangsa yang kedua terbesar dari segi pengeluaran kad di Pakistan, dengan lebih 2.75 juta dikeluarkan dengan kerjasama NBP.

Setakat ini, lebih 4.5 juta pedagang di luar tanah besar Cina menerima perkhidmatan mudah alih UnionPay di 57 buah negara dan wilayah. Sejumlah 53 produk dompet mudah alih dibangunkan atau dinaik taraf berasaskan piawaian teknikal UnionPay telah dilancarkan dalam 13 pasaran, menawarkan pelanggan tempatan dengan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh mudah alih atau kod QR.

Latar Belakang UnionPay International 

UnionPay International (UPI) ialah subsidiari China UnionPay yang memberi tumpuan pada pertumbuhan dan sokongan kepada perniagaan global UnionPay. Dengan kerjasama lebih 2000 buah institusi di seluruh dunia, UnionPay International telah mendayakan penerimaan kad di 178 buah negara dan wilayah dengan pengeluaran kad di 58 buah negara dan wilayah. UnionPay International menyediakan perkhidmatan bayaran rentas sempadan yang berkualiti tinggi, berkesan kos dan selamat kepada kumpulan pemegang kad yang paling luas di dunia. Ia menjamin perkhidmatan tempatan yang mudah untuk bilangan pemegang kad dan pedagang UnionPay global yang semakin meningkat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.unionpayintl.com/en

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Licensing/marketing agreements New products/services