omniture

Shanghai Electric Sambung Semula Projek Antarabangsa Utama, Diperkasa oleh "Mawar Padang Pasir"

Shanghai Electric
2020-03-16 07:56 535

SHANGHAI, 16 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group ("Shanghai Electric" atau "Syarikat"), pengeluar dan pembekal yang terkemuka di dunia bagi penjanaan kuasa dan peralatan perindustrian, penyedia penyelesaian tenaga sehenti, telah menyambung semula kerja-kerja pembinaan di kebanyakan projek antarabangsanya termasuk Projek Hibrid 700 MW CSP + 250MW PV di Dubai, Loji Kuasa Kitar Gabungan Turbin Gas Pancevo di Tenggara Eropah dan Projek Loji Kuasa Turbin Gas Kitar Gabungan 225MW Sylhet di Bangladesh.

Sebagai projek CSP tapak-tunggal yang paling komprehensif di dunia, menara pengumpul solar bangunan teras yang baru sahaja menyiapkan paras tertingginya pada Januari 2020, loji kuasa solar tertumpu projek Hibrid 700 MW CSP + 250MW PV Dubai telah mempercepatkan kerja-kerja pembinaannya bagi memenuhi tarikh akhir operasi komersial pada Ogos 2021.

Bagi menangani cabaran wabak Coronavirus ini, Shanghai Electric telah melancarkan penyelesaian persidangan video dan telekomunikasi bagi menyelaraskan komunikasi antara cawangan tempatan dan juga Design Institute.

Sejak Januari tahun ini, Shanghai Electric telah bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi tempatan bagi menubuhkan sebuah pasukan pencegahan dan kawalan virus berkepakaran untuk melindungi kakitangan semasa bekerja di lapangan. Kakitangan tempatan yang diupah menerima helaian fakta dan buku panduan penasihat dengan latihan keselamatan di lapangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

En. Abunayyan, Pengerusi ACWA Power, telah memuji pencapaian oleh kerajaan China dalam mengawal dan mengurus penularan Coronavirus dengan berkesan. Beliau turut menekankan pencapaian oleh Shanghai Electric dalam mengawal tapak projek dan mengusahakan tindakan pengurangan bagi kerugian yang mungkin berlaku dan untuk mengejar jadual kerja.

"Kesediaan merupakan hasil daripada persiapan, maka penting untuk Shanghai Electric memperuntukkan sumber, menyediakan latihan yang tepat pada masanya dan membina sistem untuk meningkatkan kapasiti operasi berdasarkan penilaian risiko," kata Zhao Hui, pengurus projek Dubai. Sebagai sebahagian daripada sistem tersebut, Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) UNESCO dilaksanakan merentas semua projek yang dijalankan oleh Shanghai Electric, dengan Shanghai Electric Dubai mengadakan latihan keselamatan HSE tetap untuk peristiwa yang tidak diduga.

Shanghai Electric Dubai menggelar pelatihan HSE rutin
Shanghai Electric Dubai menggelar pelatihan HSE rutin

Projek ini juga merekrut tambahan 903 pekerja tempatan bagi jawatan pembinaan dan pengurusan sebagai respons kepada pengurangan kakitangan di lapangan lantaran sekatan perjalanan global.

"Kami berkemungkinan akan meneruskan jadual dalam meluaskan himpunan bakat tempatan sebagai hasil daripada wabak tersebut," kata Zhao Hui.

"Kakitangan merupakan kekuatan utama untuk menyambung semula kerja-kerja biasa. Terdapat 70 orang pekerja Cina yang tetap bekerja di lapangan meskipun berlakunya wabak virus ini dan 10 daripadanya merupakan wanita. Saya berterima kasih terutamanya kepada pekerja wanita memandangkan mereka merupakan "mawar padang pasir" yang benar-benar berkelayakan yang mengamalkan sepenuhnya semangat #Each for Equal" kata Zhao Hui.

Seorang pekerja Wanita Shanghai Electric di tapak pembinaan projek Dubai
Seorang pekerja Wanita Shanghai Electric di tapak pembinaan projek Dubai

Terdapat 24 orang pekerja wanita dalam projek Dubai dan hampir separuh daripada mereka tetap bekerja di lapangan semasa berlakunya wabak ini.

"Saya memilih untuk kekal bekerja meskipun bimbang," kata Guo Liming, jurutera projek Dubai, juga salah seorang pekerja wanita yang kekal berada di lapangan dalam projek Dubai. "Pasukan kami telah berusaha untuk menukar padang pasir menjadi oasis dan saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripadanya."

Di Shanghai Electric, 19.9 peratus jawatan dipegang oleh wanita, yang melebihi kadar penyertaan wanita global dalam industri iaitu 12% sebagaimana yang ditunjukkan dalam laporan "The Future of Women at Work" ("Masa Depan Wanita di Tempat Kerja") oleh firma perunding McKinsey.

"Baru-baru ini Shanghai Electric melancarkan kempen sumbangan yang layak dipuji untuk membantu mereka yang memerlukan di China. Kami selaku pasukan projek telah menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini, menangani perubahan keadaan yang tidak bernasib baik dengan semua langkah kawalan yang diperlukan siap diatur. Apabila bersendirian, kami hanya dapat melakukan sedikit sahaja, tetapi apabila bersama-sama, kami dapat melakukan banyak perkara," kata Amreena, jurutera HSE di Dubai.

Pautan berkaitan: https://www.multivu.com/players/English/8676751-shanghai-electric-dewa-dubai-solar-power-project/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2748446-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2748446-1-b?lang=0
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1097093/Shanghai_Electric_Logo.jpg

Source: Shanghai Electric
Keywords: Electrical Utilities Health Care/Hospital Infectious Disease Control Oil/Energy Utilities