omniture

Pusat Beli Belah Sunway Pyramid Malaysia jimat RM3 juta kos tenaga tahunan selama tujuh tahun berturut-turut dengan teknologi Johnson Controls

Projek naik taraf loji pendingin dipacu oleh kebimbangan kecekapan dan kemampanan
Johnson Controls
2020-03-17 13:00 902

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Johnson Controls, peneraju global bagi teknologi dan penyelesaian bangunan, telah membolehkan pusat membeli belah Sunway Pyramid, salah sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia untuk menjimatkan lebih daripada RM3 juta kos tenaga tahunan secara kekal sejak dinaik taraf pada tahun 2012. Hasil daripada naik taraf loji pendingin komprehensif. Pencapaian ini melangkaui sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Sunway dalam usahanya untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan kemampanan pusat membeli belah mega yang telahpun dibuka pada tahun 1997.

Penyelesaian bersepadu Johnson Controls memaksimakan prestasi kilang penyejuk untuk melebihi sasaran kecekapan tenaga pusat membeli-belah dalam tempoh satu tahun penyiapan projek.
Penyelesaian bersepadu Johnson Controls memaksimakan prestasi kilang penyejuk untuk melebihi sasaran kecekapan tenaga pusat membeli-belah dalam tempoh satu tahun penyiapan projek.

 

Johnson Controls dianugerahkan kontrak naik taraf melalui pelaksanaan tender enam cara. Skop projek ini adalah untuk menggantikan pemasangan asal yang telah lama bagi menyingkirkan penggunaan gas bahan penyejuk HCFC[1] dan untuk meningkatkan kecekapan bilik loji pendingin keseluruhan. Selain itu, projek ini akan dijalankan tanpa masa henti kepada penjual runcit dan pembeli belah di pusat membeli belah berkenaan.

Dengan jumlah kawasan lantai runcit seluas hampir 4 juta kaki persegi, projek naik taraf ini ialah salah satu yang terbesar untuk pusat membeli belah dan perintis bangunan hijau dalam kategori ini di Malaysia. Dianggarkan bahawa amalan bangunan hijau ini dapat mengurangkan kos pengendalian bangunan sebanyak sembilan peratus, di samping meningkatkan nilai bangunan sebanyak 7.5 peratus dan memberi peningkatan 6.6 peratus dalam pulangan pelaburan.[2]

"Pusat membeli belah Sunway Pyramid ialah salah sebuah pusat membeli belah yang terbesar di Malaysia. Melihatkan saiz projek naik taraf tersebut, penting agar kami memilih rakan kongsi yang mempunyai teknologi terbukti, rekod prestasi yang mantap dan perkhidmatan selepas jualan yang baik untuk menyokong kami. Johnson Controls, sebagai salah satu penyedia utama pendingin cekap tenaga dalam pasaran, sesuai untuk tujuan tersebut. Pendingin YORK® telah melangkaui jangkaan kami dari segi prestasi dan penjimatan tenaga," kata En. Jason Chin, pengurus besar operasi, Sunway Malls.

Johnson Controls mereka bentuk dan memasang perisian bersepadu untuk mengoptimumkan prestasi siri pendingin air empar (mengandungi tujuh unit berkapasiti 1,200 TR[3] dan satu unit berkapasiti 550 TR). Penyelesaian ini melangkaui sasaran kecekapan tenaga pusat membeli belah berkenaan dengan penyiapan projek dalam setahun. Ia memberikan kecekapan bilik loji sebanyak 0.75 kW/TR atau kurang dan melangkaui sasaran 30 peratus pengurangan penggunaan tenaga. Pengurangan gas karbon dioksida dianggarkan mencecah 6,400 tan metrik setahun.

Penyelesaian baharu ini turut menawarkan kefleksibelan dan meningkatkan produktiviti. Ia mempunyai lebihan yang mencukupi bagi memastikan penyejukan tanpa gangguan dan berupaya menyediakan kapasiti penyejukan tambahan semasa tempoh puncak apabila terdapatnya bilangan pengunjung yang lebih tinggi di pusat membeli belah tersebut. Kakitangan penyelenggaraan boleh mengurus dan memantau dengan lebih baik prestasi bilik loji melalui ciri-ciri dan analitik pengautomatan sistem, serta meningkatkan kecekapan keseluruhan seperti masa respons yang lebih pantas bagi mengurus sebarang gangguan.

"Menjadi misi kami di Johnson Controls untuk membantu pemilik kemudahan mengoptimumkan bangunan mereka demi keselesaan lebih baik, penjimatan kos dan kelestarian. Kami berbesar hati untuk memainkan peranan penting dalam perjalanan transformatif Sunway Pyramid, salah satu mercu tanda yang paling terkenal di Selangor," kata Fam Wee Chean, pengurus besar negara, Malaysia.

Johnson Controls telah dipilih untuk mengusahakan hartanah-hartanah lain di bawah Sunway Group. Projek-projek baharu akan melibatkan penyediaan penyelesaian penyejukan cekap tenaga kepada hartanah-hartanah seperti Sunway University, Sunway Velocity Hotel dan Sunway Medical Center.

[1] Hidrofluorokarbon ialah bahan kimia yang digunakan terutamanya sebagai bahan penyejuk dan apabila dilepaskan ke atmosfera, menipiskan lapisan ozon pelindung Bumi dan menyumbang kepada perubahan iklim.

[2] Clean Malaysia https://cleanmalaysia.com/2015/08/28/the-rise-of-green-building-in-malaysia/

[3] Tan Penyejukan ialah unit kuasa untuk menggambarkan kapasiti pengekstrakan-haba daripada peralatan penyejukan dan penyamanan udara.

Latar Belakang Johnson Controls:

Di Johnson Controls, kami mengubah persekitaran tempat orang ramai tinggal, bekerja, belajar dan bermain. Bermula dengan pengoptimuman prestasi bangunan kepada peningkatan keselamatan dan juga peningkatan keselesaan, kami memacu hasil yang paling penting. Kami menunaikan janji kami dalam industri-industri seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, pusat data dan pembuatan. Dengan pasukan global melibatkan 105,000 pakar di lebih 150 buah negara dan lebih 130 tahun inovasi, kami merupakan kuasa di sebalik misi pelanggan kami. Portfolio utama kami dengan teknologi dan penyelesaian bangunan melibatkan beberapa nama yang paling dipercayai dalam industri ini seperti Tyco®, YORK®Metasys®, Ruskin®, Titus®, Frick®, PENN®, Sabroe®, Simplex®, Ansul® dan Grinnell®. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.johnsoncontrols.com atau ikuti kami di halaman Johnson Controls Asia Pacific LinkedIn.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200313/2729888-1?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150623/8521504142LOGO?lang=0

Source: Johnson Controls
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics HVAC Real Estate Awards Contracts