omniture

Pam Vakum Elmo Rietschle -- Beri Kuasa Sistem Tekanan Negatif Pusat Perubatan Penting

Ingersoll Rand
2020-03-24 19:30 373

SINGAPURA, 24 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Kepentingan rawatan yang selamat dan berkesan untuk pesakit dan dalam masa yang sama memastikan perlindungan maksimum terhadap kakitangan hospital, adalah amat penting. Sistem vakum perubatan pusat memberi ketersediaan tekanan negatif yang berterusan di lokas-lokasi mudah di dewan bedah hospital, bilik rawatan dan di sebelah katil di wad penjagaan kritikal Penggunaan sedutan perubatan memainkan peranan penting bukan sahaja bagi menyokong pesakit; tetapi juga mengurangkan risiko virus tersebar dengan membantu untuk memastikan agar bahan-bahan tercemar dilupuskan dengan selamat, cekap dan berkesan.

Menerusi pengalaman dan kepakaran yang luas dalam menyediakan penyelesaian gred perubatan, Elmo Rietschle Ingersoll Rand berkedudukan ideal untuk menyediakan peralatan berprestasi tinggi yang dapat menyokong hospital serta institusi perubatan. Digunakan di hospital seluruh dunia, termasuk Wuhan Concord, Wuhan Tongji dan Wuhan Dongxihu; pam vakum kami memberi kuasa kepada Sistem Vakum Perubatan yang dapat menyokong pesakit.

Penyelesaian Lengkap 

Elmo Rietschle menawarkan pelbagai sistem pam lengkap yang dibina sekitar pam ram berputar dilincirkan minyak atau vakum cakar kering dingin udara utama kami. Penyelesaian kami terdiri daripada minimum 2 atau 3 pam vakum mengikut peraturan tempatan, menyediakan pengendali dengan kebolehan untuk menyesuaikan kadar aliran bagi memenuhi kenaikan permintaan, sambil memastikan operasi yang stabil sekiranya berlaku penyelenggaraan atau masa henti yang tidak dirancang. Dibekalkan sebagai pakej lengkap, sistem pam Elmo Rietschle disediakan terpasang dengan semua aksesori yang diperlukan termasuk penapis bakteria, takungan vakum, unit kawalan dan semua perpaipan yang diperlukan.

Sistem Pam Vakum Elmo Rietschle
Sistem Pam Vakum Elmo Rietschle

Selamat & Steril 

Penapis bakteria merupakan bahagian yang mustahak daripada sistem vakum perubatan hospital dan merupakan kunci bagi mencegah penularan bahan biobahaya yang berkemungkinan berbahaya ke pam vakum dan keluar ke atmosfera. Sistem vakum perubatan Elmo Rietschle dipasang dengan penapis bakteria dupleks sebelum saluran masuk pam. Penggunaan penapis Dupleks membolehkan perubahan mudah dan penggantian penapis dibuat, tanpa kehilangan perkhidmatan, apabila satu penapis tersumbat. Memanfaatkan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam menyediakan sistem vakum hospital yang berkualiti tinggi, jurutera kami akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan jenis dan kombinasi yang betul untuk pam vakum, takungan, penapis bakteria dan sistem kawalan bagi memenuhi keperluan hospital anda.

Pematuhan Maksimum 

Sistem pam vakum Elmo Rietschle mematuhi kedua-dua piawaian EN ISO 7396-1 dan AS 2896-2011 untuk sistem saluran paip gas perubatan; memenuhi keperluan lebihan n+2 mahupun n+1 yang digariskan oleh setiap piawaian. Untuk EN ISO 7396-1 setiap sistem menyediakan sekurang-kurangnya 3 sumber vakum: pam tugas (atau pam = n), pam tunggu-sedia dan pam tambahan; lantas memastikan terdapatnya pam tunggu-sedia yang boleh didapati walaupun apabila satu pam dihentikan bagi tujuan penyelenggaraan. AS 2896 hanya memerlukan n+1

Kawalan Penuh 

Dipasang dengan Pengawal Logik Boleh Atur Cara (PLC) berkuasa, sistem vakum Elmo Rietschle menyediakan tahap kecekapan dan kawalan tertinggi. Mempunyai putaran pam pendulu automatik, pengawalaturan vakum tetap dan keupayaan pengawasan jarak jauh (melalui Modbus dan hubungan geganti tanpa voltan); panel kawalan canggih daripada Elmo Rietschle mampu untuk memantau dan mengawal sehingga 3 rangka (sejumlah 9 pam) pada satu sistem.

Disesuaikan Mengikut Keperluan Anda 

Elmo Rietschle menawarkan pelbagai pam vakum bagi memenuhi pelbagai tuntutan daripada hospital di seluruh dunia. Portfolio komprehensif kami termasuk pam ram berputar dilincirkan minyak dengan saiz motor bermula daripada 0.37kW hingga 30 kW, serta pam vakum cakar tanpa minyak dengan dengan saiz motor bermula daripada 1.1kW hingga 18.5kW. Serasi dengan rangkaian aksesori pilihan kami termasuk penerima vakum, penyelesaian penapisan salur masuk dan injap vakum tetap; Elmo Rietschle boleh menyesuaikan sistem vakum bagi memenuhi keperluan unik hospital anda.

Pilihan Tepat 

Menggabungkan teknologi yang terkini dengan kejuruteraan Eropah termaju, pam dan sistem vakum Elmo Rietschle menyediakan operasi yang selamat, andal dan cekap. Disokong oleh kehadiran global kami dan perkhidmatan komprehensif & penawaran sokongan, produk kami direkayasa untuk memberi ketenangan minda sepenuhnya, bagi membolehkan kakitangan perubatan memberi tumpuan untuk menyediakan pesakit dengan tahap penjagaan tertinggi.

Latar Belakang Ingersoll Rand 

Ingersoll Rand Inc. (NYSE:IR), didorong oleh semangat keusahawanan dan penetapan minda pemilikan, komited untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik. Kami menyediakan produk dan perkhidmatan perindustrian, tenaga, perubatan dan kenderaan khusus yang inovatif dan bermisi kritikal yang diwujudkan agar cemerlang walaupun dalam keadaan yang paling rumit dan penuh kepayahan yang mana masa henti menelan belanja yang banyak. Merentas lebih 40 jenama yang disegani, portfolio produk kami terdiri daripada sistem penciptaan aliran, termasuk pemampat udara, pam, peniup, alatan kuasa dan sistem untuk pengurusan cecair, pemuatan dan pengendalian bahan; selain jenama Club Car yang terkenal untuk kenderaan khusus. Menerusi lebih 16,000 pekerja di seluruh dunia, pasukan kami berhubung dengan pelanggan sepanjang hayat dengan menyampaikan kepakaran terbukti, produktiviti dan peningkatan kecekapan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.IRCO.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200320/2756903-1?lang=0

Source: Ingersoll Rand
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment