omniture

HUAWEI Sound X Diperkenal dengan P40, Bawakan Audio Canggih ke Paras Tertinggi

HUAWEI
2020-03-26 20:30 1018

PARIS, 26 Mac 2020 /PRNewswire/ -- P40 meraikan penampilan sulung globalnya di sebuah acara pelancaran produk dalam talian untuk Huawei's Consumer Business Group pada 26 Mac 2020 di samping pembesar suara tanpa wayar bersama Huawei-Devialet serba baharu HUAWEI Sound X, produk yang pastinya dapat merevolusikan teknologi akustik canggih dengan audio yang dalam dan bergema yang meninggalkan kesan yang mengubah kehidupan dan lama bertahan kepada pendengar.

Sebagai produk pembesar suara tanpa wayar berkualiti tinggi yang pertama daripada syarikat gergasi telekomunikasi Cina, HUAWEI Sound X menggabungkan nilai estetika yang sangat baik dengan ketukangan yang hebat, serta telah diiktiraf oleh jawatankuasa German iF Design Award 2020 untuk penampilannya yang mengagumkan. Sound X juga telah direka untuk memudahkan interaksi yang lancar dengan peranti pintar di kawasan sekitar pendengar. Mengetik telefon anda dengan lembut terhadap Sound X menghantar audio kepada pembesar suara, menyediakan lapisan baharu keasyikan emosi untuk muzik yang anda gemari. Audio tak hilang, dengan kependaman rendah boleh dipertingkatkan lagi oleh panel kawalan berbilang peranti EMUI 10.1 proprietari, ciri daripada Huawei yang setanding dengan AirPlay Apple, apabila ia dihantar daripada P40.

Ketibaan HUAWEI Sound X mewakili era baharu untuk audio premium dan reka bentuk pembesar suara, dicirikan oleh bunyi yang membangkitkan perasaan mendalam yang membekas semasa anda mendengarnya.

HUAWEI Sound X
HUAWEI Sound X

Usaha Sama Huawei-Devialet, Disruptif dengan Cara Menyenangkan

Bermula daripada fonograf kepada perakam digital, rekod vinil kepada penstriman muzik dalam talian atau main balik tradisional kepada penghantaran Bluetooth, teknologi audio telah menjadi sumber inovasi yang berterusan. Walau bagaimanapun, lantaran permintaan yang melonjak terhadap kualiti bunyi premium merentas julat frekuensi lebih luas yang benar-benar dapat menghasilkan semula semangat rakaman asal, paradigma seterusnya untuk audio masih sukar dicapai di luar ruang lingkup julat mendengar. Yakni, sehinggalah pelancaran HUAWEI Sound X, hasil kolaborasi antara Huawei dan Devialet, yang memanfaatkan kekuatan kedua-dua pengaruh teknologi.

Devialet ialah jenama audio global tiga teratas yang menikmati reputasi unik untuk produk Fideliti-Tinggi premiumnya. Syarikat ini telah merangkul 76 anugerah dan 160 paten teknologi serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam akustik dengan produk-produk berdaya cipta yang mempunyai kuasa bergemuruh dan prestasi yang tiada tandingan dalam badan bersaiz terhad, sambil menindas hingar latar belakang ke tahap luar biasa, memberikan bunyi tanpa herotan walaupun pada tahap volum maksimum dan getaran bernada rendah yang benar-benar dapat dirasai dalam tulang pendengar.

HUAWEI Sound X didatangkan lengkap dengan teknologi SAM® (Speaker Active Matching) pemprosesan isyarat berpaten daripada Devialet dan struktur simetri Push-Push ikonik, yang benar-benar mempersembahkan muzik dengan perhatian terhadap perincian 'audiophile' (peminat hi-fi) dalam bentuk tahan impak.

SAM® memperkenalkan algoritma kompensasi cekap yang mampu menyesuaikan output isyarat agar sepadan dengan ciri-ciri khusus pembesar suara dan meminimumkan herotan bunyi. Hasilnya, mendengar melalui Sound X memberi keasyikan menyeluruh, membawa anda ke dalam suasana yang dibangkitkan oleh muzik dalam imaginasinya. Struktur Push-Push meletakkan dua pembesar suara berkuasa tinggi secara simetrik, agar getaran gelombang belakangnya dapat saling membatalkan. Ini bermakna, walaupun ketika dinding bergetar akibat nada bass yang bergemuruh, badan Sound X kekal tenang.

Sound X memenangi iF Design: Jadi Tumpuan

Sebagai penerima terkini anugerah iF Design, HUAWEI Sound X mempesonakan dalam mana-mana bilik, selain sebarang medan bunyi. Rekaan bagi bentuk HUAWEI Sound X menampilkan rangka badan hitam yang licin berkilat, untuk bunyi mantap yang seolah-olah berpunca daripada telaga yang sangat dalam. Bahagian berkilau yang utama pada badannya direka melalui penggunaan proses penyaduran elektrik vakum bukan pengkonduk yang canggih bagi menjamin penghantaran dan penerimaan isyarat yang berkualiti. Bahagian bawah pula menggunakan penutup selanjar yang memudahkan lagi penghantaran tak hilang yang bebas. Lampu penunjuk tiga warna RGB pada permukaan atas seolah-olah menggabungkan cahaya yang terpancar dengan kawasan sekitarnya, untuk paparan silih berganti yang mengingatkan kepada dewan muzik yang glamor.

Jenama-jenama pembesar suara rumah tanpa wayar sering mencuba untuk mengekalkan prestasi bass dengan menjadikan produk mereka besar dan tidak dapat dikawal. HUAWEI Sound X mewakili penyelesaian yang bagus kepada dilema ini, menggabungkan dua subwufer yang memberikan 60W bass berdentum, sambil kekal kompak dan mudah dibawa untuk kegunaan semua tujuan, setiap hari. Unit bass yang inovatif dan boleh dilihat ini mencetuskan kesan visual yang berkekalan untuk dipadankan dengan resonans audio.

Panel Kawalan Berbilang Peranti: Penghantaran Audio Tanpa Wayar, Tak Hilang

HUAWEI Sound X memainkan audio melalui Wi-Fi, proses yang membawa kepada pemampatan data yang berkurangan dan sedikit isu bebatan atau kependaman berbanding penghantaran Bluetooth. Ia dibina melalui teknologi bangun sendiri oleh HUAWEI - Panel Kawalan Berbilang Peranti EMUI 10.1 yang menyerupai Airplay Apple, memandangkan ia boleh menghantar audio berkualiti tinggi sama ada secara dalam talian atau setempat daripada pembesar suara Sound X kepada Telefon Pintar. HUAWEI. Tarik naik menu utama pada telefon pintar, pilih Sound X untuk memainkan semula sebarang audio tak hilang daripada peranti dan tingkatkan pengalaman mendengarnya. (Nota: Ia dirancang untuk dilancarkan pada musim panas 2020 ini)

Pembesar suara ini turut menyediakan fungsi "Huawei Share" yang dapat mengelakkan pengguna daripada kerumitan menunggu sambungan tanpa wayar atau Bluetooth terhasil. Sebaliknya, anda hanya perlu mengetik ruang NFC pada telefon anda bertentangan dengan Sound X, serta bunyi keliling yang lembut akan dimainkan tanpa bertangguh. Atau untuk menjawab panggilan pada Sound X anda, anda hanya perlu menghidupkan mod panggilan, dengan ketikan tangan anda.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200320/2756944-1?lang=0 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services