omniture

Lynn Shotwell Sertai Worldwide ERC® sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif

Worldwide ERC
2020-03-27 23:09 686

Eksekutif Sumber Manusia Antarabangsa Terkemuka Dipilih untuk Pimpin Persatuan Perdagangan Mobiliti Global Ke Arah Membentuk Masa Depan Kerja

ARLINGTON, Virginia, 27 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Worldwide ERC®, persatuan perdagangan ulung untuk pengurusan bakat serta pengetahuan dan inovasi mobiliti global, hari ini mengumumkan bahawa Lynn Shotwell, GMS, SHRM-SCP, akan menyertai organisasi ini sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif baharunya pada 30 Mac ini. Sebagai seorang eksekutif persatuan yang ulung, Shotwell memegang rekod prestasi terbukti dalam memimpin organisasi tenaga kerja global dan mobiliti bakat dengan jayanya untuk peranan baharu beliau. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun di persimpangan antara migrasi, ekonomi dan modal insan, Shotwell akan mendorong inovasi untuk Worldwide ERC® memandangkan organisasi berkenaan menyokong golongan profesional mobiliti yang menghadapi cabaran dan peluang dalam ekonomi global hari ini.

Lynn Shotwell Joins Worldwide ERC® as President & Chief Executive Officer
Lynn Shotwell Joins Worldwide ERC® as President & Chief Executive Officer

"Pasukan kepimpinan, lembaga pengarah dan saya sendiri berasa teruja untuk bekerjasama dengan seorang eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif terbukti yang berkaliber seperti Lynn dan mempunyai keyakinan penuh terhadap kebolehan beliau untuk memacu organisasi kami ke hadapan dalam persekitaran yang berubah dengan pesat," kata Ed Hannibal, GMS, pengerusi lembaga di Worldwide ERC®. "Bakat, mobiliti dan strategi kewajipan berjaga-jaga adalah lebih penting pada masa kini daripada sebelum ini. Kami berharap dapat bekerjasama erat dengan Lynn untuk terus menyokong ahli-ahli dan rakan-rakan kongsi kami dengan instrumen serta pengetahuan yang diperlukan bagi mencapai kejayaan."

Shotwell menyandang jawatan tersebut tiga bulan selepas pengunduran bekas Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif. Shotwell menerima jawatan baharu beliau susulan usaha yang komprehensif untuk mengenal pasti calon ideal, yang telah diterajui oleh firma carian eksekutif berprestij James & Co.

"Saya menggalas peranan ini dengan satu fokus: bagi memastikan ahli-ahli kami mempunyai sumber yang diperlukan untuk menyokong komuniti yang mendapat khidmat mereka," kata Shotwell. "Inilah masanya untuk kita semua bekerjasama dan menghadapi cabaran global ini. Industri kita ialah sebuah industri yang mempunyai sejarah panjang dalam menyokong orang ramai di tempat kerja — tanpa mengira di mana mereka berada atau di mana mereka bekerja. Anda boleh berasa yakin bahawa Worldwide ERC® dan ahli-ahlinya akan memainkan peranan kami untuk membantu memberi respons global terhadap COVID-19."

Sebelum menyertai Worldwide ERC®, Shotwell berkhidmat sebagai naib presiden kanan dan ketua, Bantuan dan Operasi Global untuk Society for Human Resource Management (SHRM), persatuan profesional HR yang terbesar di dunia. Menerusi peranan tersebut, Shotwell berkhidmat sebagai kursi bersama Mekanisme Perniagaan untuk Global Forum on Migration and Development dan Lembaga Pemegang Amanah World Education Services, memanfaatkan pengalaman beliau selama lebih dua dekad bagi membantu organisasi-organisasi terkemuka mewujudkan tenaga kerja global.

Pada peringkat awal kerjaya beliau, Shotwell berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif di Council for Global Immigration (CFGI)/American Council on International Personnel (ACIP), yang mana beliau mendorong pertumbuhan penting dan memimpin penggabungan organisasi ini bersama SHRM pada tahun 2018. Shotwell turut memberi kepakaran dasar mobiliti sebagai seorang pensyarah dan jurucakap media serta pernah memberi keterangan di hadapan Kongres A.S., Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Ketahui bagaimana Worldwide ERC® membentuk masa depan komuniti mobiliti yang dinamik, inovatif dan semakin berkembang di www.worldwideerc.org.

Latar Belakang Worldwide ERC®
Worldwide ERC® ialah sebuah organisasi global yang komited untuk menghubungkan dan mendidik golongan profesional mobiliti tenaga kerja di seluruh dunia sejak tahun 1964. Beribu pejabat di Washington, D.C., dengan pejabat-pejabat di London dan Shanghai, Worldwide ERC® ialah sumber pengetahuan dan inovasi mobiliti global dalam pengurusan bakat dari Eropah, Timur Tengah dan Afrika, ke Asia dan merentas benua Amerika. Untuk maklumat tambahan, kunjungi www.worldwideerc.org.

HUBUNGI PERHUBUNGAN AWAM:
Pam Anderson
ERC@sspr.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1137364/Lynn_Shotwell_Joins_Worldwide_ERC.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/877035/Worldwide_ERC_Logo.jpg 

Source: Worldwide ERC
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Personnel announcements