omniture

St Kitts and Nevis Terima Permohonan Dalam Talian untuk Kerakyatan melalui Pelaburan

CS Global Partners
2020-03-31 08:00 311

LONDON, 31 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mac, ekoran pandemik COVID-19, Federation of St Kitts and Nevis mengeluarkan Notis kepada Orang yang Dibenarkan, Pemaju, Ejen Pemasaran Antarabangsa dan pemegang kepentingan industri imigresen pelabur yang lain, bagi mengumumkan pelaksanaan proses baharu untuk penghantaran permohonan kepada Unit Kerakyatan melalui Pelaburan (CIU). Berkuat kuasa serta merta, CIU St Kitts and Nevis akan menerima penghantaran dokumen-dokumen tertentu yang dimuat naik secara elektronik ke sistem dalam taliannya, Sistem Pengurusan Permohonan Kerakyatan (CAMS).

Pengumuman ini dibuat ketika kesan virus COVID-19 yang mengancam nyawa terus dirasai di seluruh dunia, dengan unit-unit kerakyatan melalui pelaburan (CBI) Caribbean lain mengambil langkah-langkah yang serupa untuk menutup pejabat-pejabat fizikal mereka dalam usaha untuk membendung penularan virus tersebut. Proses penghantaran permohonan sementara yang dilaksanakan di St Kitts and Nevis bertujuan untuk memastikan agar permohonan terus diterima dan diproses dengan cekap, walaupun dalam keadaan iklim semasa.

En. Les Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CIU, mengulas: "penting untuk menekankan bahawa langkah-langkah sementara ini tidak akan menjejaskan prosedur-prosedur ketekunan wajar ketat yang perlu dilalui oleh pemohon-pemohon Program Kerakyatan melalui Pelaburan St Kitts and Nevis. Dalam edisi tahun 2019 bagi CBI Index yang berprestij, diterbitkan oleh majalah PWM Financial Times, St Kitts and Nevis menerima skor maksimum untuk prestasi ketekunan wajarnya. Komitmen St Kitts and Nevis terhadap penapisan bertaraf tinggi pemohon kekal kukuh sehingga kini sebagaimana keadaannya pada tahun 2019 dan oleh itu, dokumen elektronik yang dihantar melalui CAMS akan disediakan kepada syarikat-syarikat ketekunan wajar luar CIU seperti mana prosedur-prosedur biasa.

St Kitts and Nevis ialah negara kerakyatan melalui pelaburan yang pertama menggunakan sistem digital yang memuat naik dokumen sebagai sebahagian daripada permohonan untuk kerakyatan melalui pelaburan, setelah melaksanakan CAMS pada tahun 2015. Ini merupakan salah satu cara yang mana St Kitts and Nevis telah mengukuhkan statusnya sebagai pemimpin pemikiran dalam industri kerakyatan melalui pelaburan, memegang reputasi dengan bangganya sebagai 'Standard Platinum' CBI.

Ditubuhkan pada tahun 1984, Program Kerakyatan melalui Pelaburan St Kitts and Nevis merupakan yang tertua di dunia dan merupakan salah satu yang paling berjaya dalam industri ini. Menawarkan penyelesaian yang sangat baik untuk keluarga besar dengan ciri Proses Permohonan Dipercepatkan (AAP) pilihan, St Kitts and Nevis menawarkan penyelesaian kerakyatan kedua kepada individu-individu bereputasi baik yang diperiksa dengan amat teliti.

Butiran Maklumat Perhubungan:
pr@csglobalpartners.com
www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Publishing/Information Service Accounting news, issues