omniture

Syarikat baharu logistik Asia Tenggara Inteluck peroleh lebih US$5J daripada MindWorks dan Lalamove

Inteluck
2020-03-31 11:28 483

SINGAPURA, 31 Mac 2020 /PRNewswire/ -- Inteluck, platform logistik pihak ketiga dipacu data yang berpangkalan di Asia Tenggara, mengumumkan bahawa ia telah mengumpul sebanyak lebih US$5 juta dalam pusingan pendanaan Siri Pra-B yang dipimpin oleh MindWorks Capital dengan penyertaan daripada Infinity Venture Partners dan platform teknologi logistik atas permintaan Lalamove yang terkemuka.

Inteluck: Platform logistik dipacu data di Asia Tenggara
Inteluck: Platform logistik dipacu data di Asia Tenggara

Ini merupakan pelaburan strategik yang pertama oleh Lalamove manakala MindWorks Capital ialah pelabur awal, ahli lembaga dan pemegang saham utama dalam Lalamove.

Ditubuhkan pada tahun 2014, Inteluck bermula sebagai platform SaaS IoT untuk syarikat-syarikat trak di Filipina bagi memantau dan mengurus penghantaran serta pemandu mereka pada waktu sebenar. Walau bagaimanapun, Inteluck kemudiannya bertukar menjadi platform perkhidmatan logistik B2B setelah menyedari bahawa penyedia logistik sedia ada tidak dapat memenuhi piawaian yang diperlukan oleh pelanggan mereka.

Sejak awal tahun 2018, Inteluck telah mengumpul lebih daripada 17,000 trak yang diperakui untuk menjadi kumpulan trak yang terbesar di Filipina. Di bawah model pasaran yang baharu ini, Inteluck berupaya untuk mengumpulkan bekalan yang sangat berpecah-pecah daripada syarikat-syarikat trak untuk perusahaan bersaiz sederhana hingga besar dan meningkatkan piawaian dan kecekapan logistik trak penuh (FTL) dengan drastik.

"Masalah utama yang terbesar dalam penghantaran trak penuh untuk pelanggan perusahaan adalah ia amat mencabar untuk mengoptimumkan penghantaran dengan banyak pembolehubah yang dinamik. Teknologi kami membolehkan kami untuk mengoptimumkan proses penghantaran dengan menggabungkan data daripada sumber luar seperti keadaan jalan raya dan cuaca dengan data waktu sebenar yang dikumpul oleh peranti IoT daripada kumpulan logistik kami. Dengan mengumpulkan semula tempahan yang bertaburan, kami berupaya untuk menghasilkan penggunaan yang lebih tinggi dalam muatan perjalanan pergi balik dan mengurangkan pembaziran untuk pelanggan kami," kata Kevin Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Inteluck.

Syarikat kini mempunyai lebih daripada 100 pelanggan perusahaan yang mencakupi pelbagai industri termasuk Coca-Cola, OPPO, Asia Brewery selain pengeluar global, penyedia dan pengedar telekomunikasi.

Inteluck akan menggunakan hasil kutipan daripada pusingan pendanaan ini untuk melancarkan sistem penghantaran pintar dan memperluaskan lagi kumpulan pelanggannya di Filipina. Melihat masalah utama yang serupa di seluruh rantau, syarikat akan turut merancang untuk meluaskan penyelesaian FTL ke pasaran-pasaran lain dalam Asia Tenggara.

"Kami kagum dengan ketajaman Kevin dalam memahami kerumitan pasaran trak tempatan. Dengan membawa Lalamove untuk bersama-sama melabur dalam pusingan ini, kami akan memanfaatkan kepakaran kolektif kami dalam bidang logistik untuk membantu Inteluck berkembang menjadi peneraju industri yang dominan," kata David Chang, Rakan Pengurusan MindWorks Capital.

"Kami dapat melihat banyak sinergi antara Inteluck dan Lalamove - kedua-duanya merupakan syarikat yang menggunakan teknologi dan data untuk merevolusikan logistik. Menggabungkan kepakaran Lalamove dalam penghantaran langkah terakhir dengan pengalaman Inteluck dalam penghantaran perjalanan jarak jauh, kami yakin bahawa kami dapat mengoptimumkan tawaran penghantaran untuk perniagaan di seluruh Asia Tenggara. Kami turut mengagumi naluri tajam Kevin dalam mengenal pasti masalah utama dalam logistik perjalanan jarak jauh yang pastinya akan dapat membantu Inteluck memenuhi keperluan pelanggan mereka secukupnya," kata Shing Chow, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Lalamove.

Latar Belakang Inteluck 

Ditubuhkan pada tahun 2014, Inteluck ialah penyedia logistik pihak ketiga dipacu data yang memberi tumpuan pada penghantaran langkah pertama dan pertengahan untuk perusahaan bersaiz sederhana hingga besar di Asia Tenggara. Ibu pejabat Inteluck terletak di Singapura dan beroperasi di negara-negara Asia Tenggara yang lain termasuk Filipina dan Thailand. Misi Inteluck adalah untuk menawarkan perkhidmatan logistik B2B yang amat cekap melalui teknologi canggihnya dalam pasaran-pasaran baru muncul.

Latar Belakang MindWorks 

MindWorks Capital ditubuhkan pada tahun 2014 dan merupakan sebuah firma modal usaha niaga dengan ibu pejabatnya terletak di Hong Kong dan mempunyai pejabat-pejabat di Beijing dan Jakarta. MindWorks memanfaatkan strategi Pan-Asia untuk memperoleh pelaburan langsung dalam syarikat-syarikat teknologi merentas Rantau Besar China mahupun Asia Tenggara.

MindWorks kini mengurus nilai aset bersih keseluruhan bernilai US$500 juta daripada tiga dananya dan merupakan rakan kongsi pelaburan bersama Dana Usaha Niaga Teknologi Inovasi yang dimulakan oleh kerajaan Hong Kong.

Latar Belakang Lalamove 

Sejak tahun 2013, Lalamove (turut dikenali sebagai Huolala di Tanah Besar China) telah mengurus industri logistik secara langsung bagi mencari penyelesaian yang paling inovatif demi keperluan penghantaran dunia. Berjuta-juta pemandu dan perniagaan menggunakan teknologi kami setiap hari untuk berhubung dengan satu sama lain dan menggerakkan perkara yang penting. Setiap bulan, Lalamove memadankan secara terus menerus kira-kira 6,000,000 pelanggan aktif dengan kumpulan yang terdiri daripada lebih 440,000 pemandu aktif van, trak, lori dan motosikal bagi menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama. Misi Lalamove untuk menjadikan penghantaran tempatan lebih pantas dan lebih mudah dapat dicapai dengan inovasi seperti pemadanan pesanan segera, pengesanan kenderaan GPS waktu sebenar, perkhidmatan 24/7, pengoptimuman laluan dan sistem penilaian pemandu. Lalamove kini beroperasi di lebih 300 bandar merentas Rantau Besar China, Asia Tenggara, India dan Amerika Latin.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200327/2762432-1?lang=0

Source: Inteluck
Keywords: Banking/Financial Service Outsourcing Businesses Transportation Trucking and Road Transportation Venture Capital