omniture

Perkenalkan Cytiva - Peneraju Sains Hayat Global

Cytiva
2020-04-01 12:01 382

- Syarikat operasi Danaher baharu ditubuhkan susulan penyempurnaan pemerolehan bernilai $21.4B oleh Danaher Corporation

- Dahulunya GE Healthcare Life Sciences, Cytiva akan membantu mempercepatkan pertumbuhan dan inovasi dalam terapi biologi

- Jenama-jenama sains hayat terkemuka seperti ÄKTA, Amersham, HyClone, MabSelect dan Whatman merupakan sebahagian daripada Cytiva

AMERSHAM, United Kingdom, 1 April 2020 /PRNewswire/ -- Cytiva, penyedia global bagi teknologi dan perkhidmatan yang membantu memajukan dan mempercepatkan pembangunan serta pembuatan terapeutik, dilancarkan hari ini. Dahulunya dikenali sebagai GE Healthcare Life Sciences, Cytiva mempunyai hampir 7,000 pekerja dan operasi dalam 40 negara dan merupakan sebahagian daripada platform Danaher Corporation Life Sciences.

Emmanuel Ligner, Presiden Cytiva, berkata: "Asas kami dengan kepakaran saintifik, pasukan kami dan kumpulan pelanggan kami yang mantap meletakkan Cytiva di kedudukan yang tepat untuk melabur, membangunkan dan mempercepatkan pertumbuhan dalam industri ini. Minat kami untuk membantu membawa terapi yang mengubah kehidupan kepada pesakit adalah teguh dan kami akan terus memperkenalkan teknologi yang inovatif kepada pasaran yang dapat meningkatkan produktiviti untuk pelanggan kami."

Pakar dan teknologi Cytiva mendayakan kejayaan cemerlang dalam sains dan perubatan yang telah membentuk industri bioteknologi hari ini. Pada tahun 2019, lebih 75 peratus terapi biologi yang diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat bergantung pada teknologi Cytiva untuk pembuatan. Selain itu, teknologi Cytiva telah menyumbang dalam bidang terapi sel dan gen baru muncul dan telah berbuat demikian sejak percubaan pediatrik pertama yang membuahkan hasil bagi terapi CAR-T pada tahun 2012. Bidang ini terus mempunyai potensi yang besar dan kini, terdapat lebih 1,000 percubaan klinikal perubatan regeneratif yang sedang dijalankan di seluruh dunia1.

Mempercepatkan pertumbuhan, produktiviti dan inovasi dalam sektor berkenaan merupakan bidang tumpuan strategik yang utama untuk syarikat, memandangkan permintaan global terhadap terapi biologi diperibadikan dan termaju semakin meningkat. Cytiva mendorong inovasi bertumpu pelanggan, bermula dengan idea kepada peringkat pembangunan komersial, dengan kemudahan-kemudahan di seluruh Asia, Eropah dan benua Amerika. Ia juga mempunyai pusat-pusat untuk kolaborasi dan latihan pelanggan bagi membolehkan pembangunan terapi baharu, seperti Testa Center di Uppsala, Sweden dan dengan University of Technology di Sydney.

Cytiva juga akan meneruskan kerjasama untuk penyelidikan, seperti pusat untuk inovasi dan pembuatan biologi termaju di Boston bersama Harvard, MIT, hospital pendidikan dan rakan industri Fujifilm Diosynth Biotechnologies serta Alexandria Real Estate Equities, Inc.

Portfolio Cytiva yang pelbagai termasuk jenama-jenama yang begitu diiktiraf seperti ÄKTA, Amersham, Biacore, FlexFactory, HyClone, MabSelect, Sefia, Whatman, Xcellerex dan Xuri. Portfolio ini mencakupi rangkaian penuh instrumen, barang guna habis, penyelesaian dan perkhidmatan digital dan perusahaan bagi tujuan penyelidikan, pembangunan proses dan aliran kerja pembuatan lengkap yang diskalakan mengikut keperluan pelanggan.

Latar Belakang Cytiva 

Cytiva ialah peneraju sains hayat global bernilai 3.3 bilion USD yang mempunyai hampir 7000 rakan sekutu yang beroperasi dalam 40 negara yang dikhususkan untuk memajukan dan mempercepatkan terapeutik. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk pelanggan yang pelbagai skala dan skopnya, Cytiva membawa kepantasan, kecekapan dan kapasiti kepada aliran kerja penyelidikan dan pembuatan, membolehkan pembangunan, pembuatan dan penghantaran ubat-ubatan yang berciri transformatif kepada pesakit. Kunjungi www.cytiva.com untuk maklumat lanjut.

Laporan Suku Tahunan Perikatan untuk Perubatan Regeneratif Suku Ketiga 2019

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1138636/cytiva_Logo.jpg

 

Source: Cytiva
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion