omniture

Shanghai Gas Berkolaborasi dengan VeChain Perkenal Platform Tenaga-sebagai-satu-Perkhidmatan Dikuasakan Rantaian Blok Selepas Kejayaan Fasa Ujian

VeChain
2020-04-02 01:34 762

SHANGHAI, 1 April 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Gas (Group) Co., Ltd, subsidiari milik penuh Shenergy Group Company Limited yang menyediakan liputan tenaga untuk kawasan Metropolitan Shanghai yang lebih besar, berkolaborasi selanjutnya dengan VeChain untuk membangunkan dan memperkenalkan projek tenaga didayakan rantaian blok. Perkongsian ini bertujuan untuk mengoptimumkan proses perniagaan, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kecekapan rantaian bekalan dan membina ekosistem 'Perniagaan-sebagai-satu-Perkhidmatan' bebas kepercayaan.

All Product Data is Transparent and Traceable On the VeChainThor Public Blockchain
All Product Data is Transparent and Traceable On the VeChainThor Public Blockchain

Sebagai salah satu pendorong utama bagi permintaan global untuk gas asli, China menghadapi cabaran pengurusan yang berkesan daripada pasaran domestiknya. Pada tahun 2017, Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Kebangsaan (NDRC) China memperkenalkan Rancangan Lima Tahun ke-13 berhubung pembangunan tenaga bagi memudahkan pembinaan rangkaian kebangsaan tenaga yang dipercayai, namun begitu, kekurangan perkongsian maklumat antara pemegang kepentingan telah mencetuskan kesukaran yang besar. Oleh itu, satu penyelesaian yang lebih telus telah menjadi satu kemestian dalam industri ini, yang mana teknologi rantaian blok telah muncul sebagai penyelesaian yang berdaya maju.

Sebagai pengusaha yang dominan dalam industri tenaga domestik, Shanghai Gas berganding bahu dengan ENN dan VeChain untuk menggunakan Penyelesaian LNG (Gas Asli Cecair) Didayakan Rantaian Blok Perintis. Berdasarkan kejayaan daripada projek perintis ini, Shanghai Gas memutuskan untuk meningkatkan kolaborasi bagi meraih lebih banyak manfaat, yang membawa kepada keputusan untuk melancarkan projek tenaga berasaskan rantaian blok yang selanjutnya.

Dalam fasa pertama projek ini, maklumat penghantaran LNG dan maklumat komponen tangki simpanan, yang menunjukkan kualiti LNG akan dikumpul dan dimuat naik ke rantaian blok VeChainThor dengan memanfaatkan Platform Data BaaS sehenti - VeChain ToolChainTM. Hasilnya, penyelesaian ini mengurangkan dengan ketara halangan maklumat dalam rantaian bekalan, menyumbang kepada proses produk yang telus dan menyediakan pangkalan data yang andal untuk pengurusan risiko LNG. Projek ini akan melibatkan semua pemegang kepentingan, secara huluan dan hiliran dalam seluruh rantaian bekalan bagi menyumbang kepada pewujudan ekosistem tenaga berasaskan rantaian blok pada masa depan.

Wabak global melibatkan pandemik COVID-19 telah mendorong permintaan yang dramatik untuk transformasi digital. Kejayaan fasa pertama membolehkan Shanghai Gas untuk mengekalkan operasi perniagaannya agar terus berjalan semasa tempoh khusus ini dan akan bertindak sebagai asas utama untuk hala tuju transformasi digital yang sepenuhnya pada masa akan datang.

Kolaborasi ini telah merangka satu rancangan strategik jangka panjang untuk menggabungkan ekosistem perniagaan 'Perniagaan-sebagai-satu-Perkhidmatan' didayakan rantaian blok yang komprehensif termasuk pengurusan logistik, perdagangan tenaga, produk kewangan inovatif dan melibatkan pemegang kepentingan yang utama daripada industri tenaga.

Menerusi pembangunan berterusan dan pembaharuan dalam pasaran LNG di China, pasaran gas asli yang besar dan rancak yang berpotensi dibawa oleh negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan" dijangkakan. Menurut Kajian Statistik BP terhadap Tenaga Dunia 2019, menjelang akhir tahun 2018, simpanan gas asli terbukti di negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan" menyumbang sebanyak 156.3 trilion meter padu, menempati 79.4% daripada simpanan gas asli terbukti di seluruh dunia. Negara-negara sepanjang "Jalur dan Jalan" menggunakan kira-kira sejumlah 1,685 juta tan kesamaan minyak, iaitu 51% daripada penggunaan gas asli seluruh dunia, yang mana Rusia dan China tersenarai di tempat kedua dan ketiga antara semua negara tersebut.

Tatkala inisitif "Jalur dan Jalan" berkembang maju, syarikat-syarikat yang menjadi peneraju dari segi memiliki infrastruktur dan teknologi digital yang canggih akan memainkan peranan yang penting. Sebagai pengasas bersama Persekutuan Rantaian Blok Inisiatif Jalur dan Jalan (BRIBA), VeChain yakin untuk mendayakan perniagaan dan memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan sepanjang "Jalur dan Jalan" dengan teknologi serta infrastruktur rantaian blok yang andal dan terbukti.

Latar Belakang Shanghai Gas (Group) Co., Ltd. 

Shanghai Gas (Group) Co., Ltd. ialah subsidiari milik penuh Shenergy Group Company Limited yang menyediakan liputan tenaga untuk Kawasan Metro Shanghai yang lebih besar. Skop perniagaan Syarikat ini meliputi pelaburan, pembinaan, operasi dan jualan jaringan saluran paip gas asli, pengeluaran dan pemasaran gas yang dikilangkan secara operasi gas cecair. Syarikat ini menguasai lebih 90% pasaran gas Shanghai dengan saiz pelanggannya serta kapasiti penyimpanan & pengangkutan tersenarai di kedudukan #1 di China.

Latar Belakang VeChain 

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain berhasrat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang teguh dan penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama rakan strategik kami PwC dan DNV GL, kami telah menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri yang berbeza, termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, H&M, LVMH, D.I.G, ENN, AWS, PICC, ASI dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut mengenai VeChain, sila ikuti twitter kami @vechainofficial atau kunjungi laman sesawang kami www.vechain.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1139542/VeChain.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738221/VeChain_Logo.jpg

Source: VeChain
Keywords: Computer/Electronics Gas Oil/Energy Utilities New products/services Blockchain