omniture

Tinjauan Minggu Perlindungan Siber Dunia Dedahkan 42% Organisasi Alami Kehilangan Data Akibatkan Masa Henti Tahun Lalu

Pandemik COVID-19 terbukti menunjukkan: orang ramai paling mudah dieksploitasi apabila takut. Sebagai respons kepada aktiviti penjenayah siber yang semakin memuncak di seluruh dunia, tinjauan global Acronis tahunan mendedahkan kelemahan utama baik daripada organisasi mahupun individu
Acronis
2020-04-02 02:39 293

SINGAPURA, 2 April, 2020 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global bagi perlindungan siber, menyambut Minggu Perlindungan Siber Dunia sulungnya dengan mendedahkan bahawa 42% syarikat mengalami peristiwa kehilangan data yang mengakibatkan berlakunya masa henti pada tahun lalu. Bilangan yang tinggi itu berkemungkinan disebabkan oleh hakikat bahawa walaupun hampir 90% membuat sandaran untuk komponen IT yang menjadi tanggungjawab mereka untuk melindunginya, hanya 41% yang membuat sandaran setiap hari – membuatkan banyak perniagaan mempunyai lompong data berharga yang tersedia bagi tujuan pemulihan.

Angka-angka yang didedahkan dalam Tinjauan Minggu Perlindungan Siber Dunia 2020 Acronis menggambarkan realiti baharu bahawa strategi dan penyelesaian tradisi terhadap perlindungan data tidak lagi dapat menyaingi keperluan IT moden dalam kalangan individu dan organisasi. Atas sebab inilah Acronis telah memperluaskan Hari Sandaran Sedunia -- cuti tahunan yang disambut pada 31 Mac sebagai peringatan untuk membuat sandaran data -- kepada Minggu Perlindungan Siber Dunia.

Tinjauan tahunan ini, yang dilengkapkan oleh hampir 3,000 orang, mengukur tabiat perlindungan oleh pengguna di seluruh dunia:

  • 91% individu membuat sandaran data dan peranti, namun 68% masih kehilangan data lantaran berlaku pemadaman yang tidak disengajakan, kegagalan perkakasan atau perisian atau sandaran yang sudah lapuk.
  • 85% organisasi tidak membuat sandaran beberapa kali sehari, hanya 15% melaporkan mereka melakukannya
  • 26% membuat sandaran setiap hari, 28% membuat sandaran setiap minggu, 20% membuat sandaran setiap bulan dan 10% tidak membuat sandaran sedikit pun
  • Daripada kalangan mereka yang tidak membuat sandaran, hampir 50% percaya bahawa sandaran tidak diperlukan: manakala 42% organisasi melaporkan kehilangan data yang mengakibatkan berlakunya masa henti
  • Hanya 17% pengguna peribadi dan 20% profesional IT mengikuti amalan terbaik, menggunakan sandaran hibrid pada media setempat dan di awan.

Dapatan ini menekankan kepentingan pelaksanaan strategi perlindungan siber termasuk membuat sandaran untuk data anda beberapa kali sehari dan mengamalkan peraturan sandaran 3-2-1.

Perlindungan Siber Ubah Permainan – Dan Permainan Turut Berubah 

Sejumlah penipuan siber berkaitan COVID-19 yang memuncak telahpun dikesan di Asia sejak 2 minggu lalu -- in China, Vietnam, Korea Selatan dan banyak lagi. Singapura menjadi salah satu yang paling terdedah sebagai sebuah negara. Baik tajaan kerajaan mahupun pekerja bebas – tidak berlaku pengurangan dari segi mereka yang ingin mengeksploitasi ketakutan dan kekacauan yang disebabkan oleh pandemik global ini.

Dengan serangan siber yang semakin meningkat, sandaran tradisi disasarkan oleh penjenayah siber dan tidak lagi mencukupi untuk melindungi data, aplikasi dan sistem – tinjauan oleh kami menunjukkan bahawa pergantungan kepada sandaran sahaja untuk kelangsungan perniagaan sebenar adalah terlalu berbahaya:

  • 88% daripada profesional IT bimbang dengan perisian tebusan, 86% -- cryptojacking, 87% -- serangan kejuruteraan sosial seperti pemancingan data dan 91% -- ketirisan data. Pengguna peribadi: hampir sama tinggi, meningkat sebanyak 33% berbanding dengan tinjauan 2019 oleh Acronis
  • 30% pengguna peribadi dan 12% profesional IT tidak tahu sekiranya data mereka diubah suai tanpa disangka-sangka.
  • 30% pengguna peribadi dan 13% profesional IT tidak pasti jika penyelesaian anti-perisian hasad mereka dapat menghalang ancaman sifar-hari
  • 9% organisasi melaporkan mereka tidak tahu sekiranya mereka mengalami masa henti akibat daripada kehilangan data tahun ini.

Bagi menjamin perlindungan yang lengkap, sandaran yang selamat harus menjadi sebahagian daripada pendekatan perlindungan siber komprehensif sesebuah organisasi, termasuk perlindungan daripada perisian tebusan, pemulihan bencana, keselamatan siber dan alatan pengurusan. Pendekatan yang disepadukan secara mendalam ini turut menangani Lima Vektor Perlindungan Siber, memberikan keselamatan, kebolehcapaian, privasi, ketulenan dan keselamatan (SAPAS) untuk semua data, aplikasi dan juga sistem.

Cadangan Minggu Perlindungan Siber Dunia 

Sama ada anda bimbang akan fail peribadi atau kelangsungan perniagaan syarikat anda, Acronis mempunyai lima cadangan ringkas bagi menjamin perlindungan yang pantas, cekap dan selamat untuk beban kerja anda:

  • Sentiasa membuat sandaran bagi data yang penting. Simpan beberapa salinan sandaran secara setempat dan di awan - bagi menjamin agar anda mempunyai kesemuanya sekiranya kebakaran, banjir atau bencana melanda. 
  • Memastikan sistem dan aplikasi operasi anda adalah yang terkini. Bergantung pada OS atau aplikasi yang sudah lapuk bermakna ia kekurangan pembaikan pepijat dan tampungan keselamatan yang dapat membantu menghalang penjenayah siber daripada mendapat akses ke sistem anda.
  • Berhati-hati dengan emel, pautan dan lampiran yang mencurigakan. Kebanyakan jangkitan virus atau perisian tebusan terhasil daripada teknik kejuruteraan sosial yang memperdaya individu yang tidak menduga untuk membuka lampiran emel yang dijangkiti virus atau mengklik pada pautan ke laman sesawang yang mengehoskan perisian hasad.
  • Memasang perisian anti-virus, anti-perisian hasad dan anti-perisian tebusan di samping mendayakan kemas kini yang automatik agar sistem anda dilindungi daripada perisian hasad, dengan perisian yang terbaik juga dapat melindungi daripada ancaman sifar-hari. 
  • Mempertimbangkan untuk menggunakan penyelesaian perlindungan siber bersepadu yang menggabungkan sandaran, anti-perisian tebusan, anti-virus, penilaian kerentanan dan pengurusan tampung dalam satu penyelesaian. Penyelesaian yang bersepadu dapat meningkatkan kemudahan penggunaan, kecekapan dan keandalan perlindungan. 

Ketahui lebih lanjut bagaimana anda dapat melindungi data anda di: https://www.acronis.com/en-us/blog/posts/celebrating-final-world-backup-day

Baca lebih lanjut mengenai keputusan tinjauan Minggu Perlindungan Siber Dunia 2020 di sini: https://www.acronis.com/en-us/blog/posts/results-are-cyber-protection-week-2020-survey

Latar Belakang Acronis 

Acronis menetapkan standard untuk perlindungan siber melalui sandaran inovatifnya, anti-perisian tebusan, pemulihan bencana, storan dan penyelesaian penyegerakan dan perkongsian fail perusahaan. Dipertingkatkan oleh teknologi perlindungan aktif berasaskan AI yang memenangi anugerah, pengesahaslian data berasaskan rantaian blok dan seni bina awan-hibrid yang unik, Acronis melindungi semua data dalam sebarang persekitaran - termasuk fizikal, maya, awan, beban kerja mudah alih dan aplikasi - semuanya pada kos yang rendah dan boleh diramal.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, Acronis kini mempunyai lebih 1,500 pekerja di 33 lokasi dalam 18 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih 5.5 juta pengguna peribadi dan 500,000 perniagaan, termasuk 100% syarikat Fortune 1000. Produk Acronis disediakan melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih 30 bahasa.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200331/2764984-1LOGO?lang=0

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Survey, Polls & Research