omniture

Big Data Exchange (BDx) Umum Pemerolehan Pusat Data di Singapura

BDx
2020-04-09 05:00 1155

Syarikat pertukaran kandungan BDx mulakan pengembangan di Asia Tenggara 

HONG KONG, 9 April 2020 /PRNewswire/ -- Big Data Exchange semakin berkembang maju. Syarikat pertukaran kandungan yang neutral pembawa ini mengumumkan penyempurnaan jualan melalui pusat data yang terletak di Paya Lebar, Singapura yang dahulunya dimiliki oleh Telstra.

"Berkembang ke Singapura merupakan pilihan pertama kami di luar kawasan rantau besar China dan merupakan langkah yang strategik lantaran kedudukannya yang berhampiran dengan negara-negara lain di Asia," kata Braham Singh, Ketua Pegawai Eksekutif. "Kelebihan lokasi dan ketersambungannya membantu BDx membentuk hab rangkaian yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan pertukaran internet dan awan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami."

Pusat data BDx Singapura (SIN1) yang baharu mempunyai 1,800 rak dengan kapasiti kuasa mencecah 7.3MW. Ia telah dianugerahkan Sijil Reka Bentuk Tahap 3+ UpTime serta diperakui SS564 GreenMark Gold Plus, TVRA, ISO27001 dan PCI-DSS. BDx merancang untuk menaik taraf kemudahannya sebagai sebahagian daripada model perniagaannya untuk meningkatkan PUE dan memacu kecekapan yang lebih tinggi. Singapura juga mempunyai megawatt per kapita yang tertinggi di seluruh dunia.

"Pusat data Singapura ini membolehkan kami untuk menyediakan sambungan yang kritikal ke dalam pasaran Asia Tenggara," kata David Kim, Ketua Pegawai Operasi di BDx. "Penambahan pusat data ini ke dalam portfolio kami membuka pilihan buat pelanggan kami yang ingin berkembang ke Asia Tenggara. Kini mereka berupaya untuk mengintegrasikan infrastruktur fizikal mahupun maya dengan mudah melalui BDx Single Pane ke dalam ekosistem hibrid terurus, lalu menghubungkan lokasi Singapura baharu kami melalui kluster pusat data yang amat automatik melalui BDx Federated SDN."

Pemerolehan ini dibuat beberapa bulan selepas pengumuman pembinaan sebuah pusat data di Nanjing, China, menjadikan jumlah portfolio BDx kepada tujuh pusat data di bandar-bandar seluruh Asia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemerolehan ini serta strategi BDx, sila kunjungi www.bdxworld.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Latar Belakang BDx
Big Data Exchange (BDx) ialah platform pertukaran kandungan dengan pusat datanya berada di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, ketersambungan dan kolokasi uniknya menawarkan sekuriti dan keandalan yang tiada tandingan untuk infrastruktur IT kumpulan pelanggan globalnya. Sebagai penyedia neutral pembawa, BDx mencipta ekosistem hibrid yang selamat menerusi penawaran BDx Federated SDN, BDx Armour dan BDx Single Pane, bagi menawarkan penyelesaian ketersambungan di seluruh Asia. Dengan menggunakan modul automatik BDx, BDx berupaya menyediakan pelanggan dengan tahap penyesuaian yang dapat menyaingi pesaing dari segi kecekapan dan kos, bagi menawarkan mereka dengan kebolehan untuk mengurus rak fizikal dengan kemudahan yang sama seperti mana mengendalikannya di awan awam. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.bdxworld.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Hubungan Media:
Jaymie Scotto & Associates (JSA) 
pr@jsa.net

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1086297/BDx_Logo.jpg

Source: BDx
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Data Analytics