omniture

Alasan Raikan Juadah Tempatan: Sertai Kami Untuk Hari Pengembaraan Makanan Sedunia pada 18 April

World Food Travel Association
2020-04-10 00:49 1168

LONDON, 10 April 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini World Food Travel Association (WFTA) mengundang pengembara yang gemarkan makanan, serta industri-industri pelancongan dan hospitaliti dunia untuk turut serta dan menyambut Hari Pelancongan Makanan Sedunia pada 18 April.

Hari Pelancongan Makanan Sedunia meraikan alasan untuk mengembara bagi mengalami budaya kulinari dunia kita. Hari berkenaan mula dilancarkan pada tahun 2019 dan diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada pengguna mahupun perdagangan serta menyokong misi Persatuan kami iaitu untuk mengekalkan dan mempromosikan budaya kulinari melalui hospitaliti dan pelancongan. Sambutan ini terbuka kepada pengguna mahupun perdagangan dan berlangsung pada 18 April setiap tahun.

Tahun ini, kami meminta penyokong untuk menampilkan pengalaman makanan dan minuman tempatan kegemaran anda yang digemari oleh pengunjung-pengunjung di kawasan anda. Terdapat 3 langkah mudah untuk mengambil bahagian.

  1. Tandakan pada kalendar anda tarikh 18 April agar anda tidak lupa!
  2. Seterusnya pada 18 April, hantarkan foto, video dan cerita daripada pengalaman makanan atau minuman kegemaran yang anda nikmati semasa mengembara.
  3. Gunakan tagar #WorldFoodTravelDay dan tag kami @worldfoodtravelassn di Instagram dan @WorldFoodTravel di Twitter atau Facebook supaya kami dapat menekan tanda suka dan berkongsi hantaran anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pelancongan Makanan Sedunia sila kunjungi
https://worldfoodtravel.org/world-food-travel-day-april-18/

LATAR BELAKANG WORLD FOOD TRAVEL ASSOCIATION (WFTA)
WFTA ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh pengarah eksekutif semasanya Erik Wolf. Ia diiktiraf sebagai badan berwibawa yang terkemuka di dunia bagi pelancongan makanan/ kulinari/ gastronomi. Misi WFTA adalah untuk mengekalkan dan mempromosikan budaya kulinari melalui hospitaliti dan pelancongan. Saban tahun, organisasi ini menyediakan perkhidmatan kepada hampir 200,000 ahli profesional di lebih 150 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.WorldFoodTravel.org.

Hubungan Media:  Erik Wolf (+44) 7827 582 554  help@worldfoodtravel.org

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/654605/World_Food_Travel_Association_Logo.jpg  

Source: World Food Travel Association
Keywords: Food/Beverages Travel Not for profit Future Events