omniture

Sinopec Teruskan Pertumbuhan Antarabangsa, Mulakan Operasi Depot Minyak di Pelabuhan Hambantota Sri Lanka

SINOPEC
2020-04-10 21:54 836

BEIJING, 10 April 2020 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation ("Sinopec"), syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di China, secara rasminya memulakan operasi di depot minyak yang baru ditubuhkan di Pelabuhan Hambantota, Sri Lanka, berjaya mengisi semula kapal pertamanya pada 7 April. Memberi kesan terutamanya kepada pasaran minyak Timur Laut Afrika dan Asia Selatan, depot minyak Pelabuhan Hambantota Sinopec akan meningkatkan keupayaan perkhidmatan penyaluran minyak ke kapal (bunkering) komprehensifnya, sebagai rangsangan penting dalam usaha berterusannya untuk meluaskan aktiviti 'bunkering' ke serata dunia.

Sinopec Teruskan Pertumbuhan Antarabangsa, Mulakan Operasi Depot Minyak di Pelabuhan Hambantota Sri Lanka
Sinopec Teruskan Pertumbuhan Antarabangsa, Mulakan Operasi Depot Minyak di Pelabuhan Hambantota Sri Lanka

 

Terletak di hujung selatan Sri Lanka, Pelabuhan Hambantota hanya sejauh sepuluh batu nautika dari lorong laut Laut India tengah, lantas menjadi suatu kepentingan geografi yang utama. Lebih 1/2 daripada kargo kontena dunia menggunakan laluan ini, sebagaimana 1/3 daripada penghantaran pukal dan 2/3 daripada penghantaran minyak. Melihatkan lokasi strategiknya, Pelabuhan Hambantota muncul sebagai pelabuhan penting di Jalur dan Jalan. Pada tahun 2019, Sinopec Fuel Oil memperoleh hak untuk perdagangan dan operasi minyak selain penyelenggaraan depot minyak melalui pembidaan global dan seterusnya mendaftar subsidiari milik penuh di Sri Lanka.

Memandangkan wabak COVID-19 semakin berleluasa di seluruh dunia dan penggunaan bahan api menurun, Sinopec komited untuk melaksanakan langkah-langkah kawalan wabak dan menyambung semula kerja-kerja serta pengeluaran, menyahut seruan pihak kerajaan Cina untuk mengekalkan perdagangan asing yang stabil dengan memperluaskan perniagaan 'bunkering' luar negaranya. Sebelum bermulanya operasi depot minyak, Sinopec Fuel Oil mengatasi kesan buruk yang dicetuskan oleh wabak tersebut dengan menerima pakai penyelesaian pejabat awan dengan serta merta. Semasa tempoh ini, pakar-pakar domestik memberi sokongan jarak jauh untuk memeriksa, meluluskan dan melancarkan operasi, lalu membolehkan pelabuhan tersebut merealisasikan misi pengisian bahan api yang pertama dengan jayanya di depot minyak baharu.

Sinopec Fuel Oil ialah cabang pelincir bahan bakar dan 'bunkering' Sinopec Group. Dengan visi untuk membina penyedia perkhidmatan 'bunkering' bersepadu dan pembekal tenaga bersih yang bertaraf dunia, kapasiti bekalan bahan api semasa Sinopec meliputi lebih 40 pelabuhan utama di dalam dan luar negara, membekalkan minyak kepada lebih 10,000 kapal setiap tahun di serata dunia.

Latar Belakang Sinopec

Sinopec Corp. ialah salah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terbesar di China. Operasi utamanya termasuk penerokaan dan pengeluaran, pengangkutan saluran paip dan penjualan petroleum dan gas asli; penjualan, penyimpanan dan pengangkutan produk petroleum, produk petrokimia, produk kimia arang batu, gentian sintetik, baja dan produk kimia lain; import dan eksport termasuk import dan eksport perniagaan agensi, petroleum, gas asli, produk petroleum, produk petrokimia dan kimia serta komoditi dan juga teknologi lain; dan juga penyelidikan, pembangunan serta aplikasi teknologi dan maklumat.

Sinopec menetapkan 'mendorong kehidupan yang indah' sebagai misi korporatnya, menjadikannya 'kakitangan, tanggungjawab, integriti, kejituan, inovasi dan saling menguntungkan' sebagai nilai-nilai teras korporatnya, meneruskan strategi berorientasi nilai, pembangunan didorong inovasi, pengagihan sumber bersepadu, kerjasama terbuka dan pertumbuhan hijau dan rendah karbon serta berusaha untuk mencapai visi korporatnya untuk membina sebuah syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200409/2773251-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551581-1LOGO?lang=0

Source: SINOPEC
Keywords: Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities