omniture

Zoomlion Derma Bekalan Perubatan Kumpulan Ketiga kepada Lebih 40 Negara yang Sedang Memerangi COVID-19

Zoomlion
2020-04-11 01:47 836

CHANGSHA, China, 11 April 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science and Technology Co. (01157.HK), pengeluar peralatan kejuruteraan dan pertanian terkemuka di China telah menderma bekalan perubatan kumpulan ketiga; iaitu sejumlah hampir 700,000 keping peralatan perlindungan peribadi (PPE), kepada 43 negara dan rantau bagi memerangi COVID-19. Derma ini akan diagihkan ke lima benua termasuklah Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, dan Oceania apabila ia tiba setelah dihantar keluar dari China hujung bulan Mac lepas.

Zoomlion Derma Bekalan Perubatan Kumpulan Ketiga kepada Lebih 40 Negara yang Sedang Memerangi COVID-19
Zoomlion Derma Bekalan Perubatan Kumpulan Ketiga kepada Lebih 40 Negara yang Sedang Memerangi COVID-19

Ini merupakan respon kecemasan daripada Zoomlion berikutan permintaan tinggi yang dibuat oleh pelanggan, rakan kongsi, dan pengedar luar negara Zoomlion dalam 43 negara dan rantau termasuklah Malaysia, Filipina, Kemboja, Indonesia, Arab Saudi, Jerman, Australia dan AS bagi mencari dan membekalkan bekalan PPE yang amat diperlukan dalam krisis coronavirus yang sedang memuncak di seluruh dunia kini.

"Antara bekalan perubatan yang didermakan ialah topeng muka pakai buang, topeng perubatan N95, dan alat jangka suhu," kata Li Binpengarah jabatan pengurusan perniagaan antarabangsa Zoomlion. "Kami mengumpul maklumat tentang permintaan melalui cawangan, anak syarikat, dan pengedar kami di luar negara agar kami dapat mengagihkan semua bekalan itu dengan sewajarnya. Apabila ia tiba nanti, kami berserta rakan-rakan kerjasama kami akan membantu dalam pengagihannya kepada masyarakat tempatan yang memerlukan."

Membalas Budi 

Semasa China mengisytiharkan darurat kritikal akibat kemelut COVID-19 tempoh hari, kakitangan luar negara Zoomlion yang berusaha mencari dan membekalkan bekalan perubatan untuk didermakan kepada kakitangan kesihatan barisan hadapan di China.

"Kami tidak akan lupakan seorang klien kami di Singapura yang memanfaatkan jaringan globalnya untuk memperoleh bekalan topeng muka sewaktu kami amat memerlukan," kata Li Bin. "Kini banyak negara seluruh dunia sedang menghadapi situasi cemas yang bertambah genting dengan begitu pantas; oleh itu kami percaya derma kami kini bukan sekadar untuk membalas budi tetapi juga untuk memenuhi peranan kami sebagai sebuat syarikat antarabangsa yang bertanggungjawab," tambah Li lagi.

Sebelum ini Zoomlion sudah dua kali menderma bekalan perubatan ke Lombardy, Itali dan anak syarikat Zoomlion di luar negara termasuklah Zoomlion CIFA, Itali dan m-tec, serta Wilbert, Jerman.

"Kami percaya dengan usaha yang bersatu padu, kita dapat mengatasi semua cabaran ini," ujar Li memberi semangat.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) merupakan perusahaan pengilangan peralatan bertaraf tinggi yang menggabungkan penghasilan jentera kejuruteraan, jentera pertanian, dan perkhidmatan kewangan. Kini syarikat  menjual lebih 600 produk canggih daripada 55 rangkaian produk yang merangkumi sepuluh industri utama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200409/2773258-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Social Responsibility