omniture

Hengtong India sumbangkan penutup muka dan pensanitasi tangan kepada masyarakat di Bandar Khed

Hengtong Group
2020-04-20 08:33 544

SUZHOU, China, 20 April 2020 /PRNewswire/ -- Subsidiari India Hengtong (selanjutnya dirujuk sebagai "Hengtong India") menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terpinggir seperti kawasan luar bandar di bandar Khed untuk membantu penduduk di sana berjuang bagi memerangi krisis ini. Dalam menghadapi pandemik ini, seluruh masyarakat perlu mengambil tindakan dan berjuang menentangnya.                                                  

Hengtong India mengedarkan kit penutup muka dan pensanitasi tangan kepada pegawai polis
Hengtong India mengedarkan kit penutup muka dan pensanitasi tangan kepada pegawai polis

Pandemik COVID-19 hampir membuatkan seluruh dunia terjejas teruk. Ia bukan sahaja menjejaskan negara-negara sedang membangun seperti India, bahkan negara-negara maju juga bergelut untuk menyaingi kepantasan penyebaran penyakit yang membawa maut ini. Setakat 17 April, lebih daripada 12,000 kes telah disahkan di India.

Hengtong komited untuk mengambil inisiatif yang akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Hengtong India jelas memahami kekurangan bekalan penutup muka asas dan pensanitasi tangan, terutamanya di kawasan luar bandar. Hengtong India mengedarkan kit penutup muka dan pensanitasi tangan kepada lebih 2500 buah keluarga di kampung-kampung di dalam dan sekitar Khed, kawasan Chakan serta pegawai polis dan kakitangan keselamatan di sana. Tujuannya adalah untuk membantu mereka menghadapi pandemik ini.

Memandangkan langkah-langkah yang betul dengan memakai penutup muka serta mencuci atau mensanitasi tangan dengan kerap berkemungkinan akan dapat membantu mencegah penjangkitan virus yang membawa maut ini, Hengtong telah bertindak sewajarnya untuk menangani situasi ini dan melakukan yang terbaik untuk mencegah penyebaran COVID-19 di Bandar Khed, Pune, India.

Hengtong India berharap agar usaha dan sumbangannya dapat menyelamatkan banyak nyawa yang memerlukan perlindungan di Bandar Khed.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200417/2779806-1?lang=0

Source: Hengtong Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Corporate Social Responsibility