omniture

Connell Umum Hubungan Eksklusif dengan DRT di Indonesia, Korea Selatan dan Thailand

Connell
2020-04-24 03:00 1091

SAN FRANCISCO, 23 April 2020 /PRNewswire/ -- Connell, sebuah syarikat Wilbur-Ellis serta pemasar dan pengedar terkemuka bagi bahan dan kimia khusus di Asia-Pasifik, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menjalin hubungan eksklusif dengan DRT, sebuah syarikat Perancis yang merupakan peneraju dunia dalam kimia tumbuhan dan bahan boleh diperbaharui. Sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut, Connell akan menyediakan DRT dengan perkhidmatan penjualan, pemasaran dan pengedaran di seluruh Indonesia, Korea Selatan dan Thailand untuk ekstrak semula jadinya. Perjanjian ini berkuat kuasa pada 1 April 2020.

"Kami berbesar hati untuk berkolaborasi dengan DRT dan menyokong tumpuan Connell terhadap kemampanan. Portfolio DRT melengkapi rangkaian penyelesaian dan aplikasi yang dibawakan oleh Connell kepada pelanggan di merata tempat di Asia," kata Kevin Hack, naib presiden pengurusan portfolio Connell. "DRT terkenal dengan ketulenan, kualiti dan sifat kimia semula jadi daripada ekstrak berasaskan tumbuhannya dan juga reputasi yang menyokong tumpuan Connell untuk 'hidup sihat, nikmati kehidupan dan hidup lama.' Terdapat banyak sinergi semula jadi dalam perkongsian ini."

Isaac J. Moussan, ketua bahagian kesihatan dan perniagaan pemakanan DRT, berkata bahawa Syarikat berasa gembira untuk meluaskan perkongsiannya bersama Connell dalam segmen kesihatan dan kecantikan Asia-Pasifik.

"Mengkhusus dalam pengekstrakan tumbuhan dan terletak di tengah-tengah hutan Landes di barat daya Perancis, DRT telah menghasilkan ekstrak yang berkualiti tinggi daripada pain maritim dan biji anggur selama lebih 40 tahun lamanya," kata Moussan. "Lantaran kekuatan dan kepakaran Connell di seluruh rantau Asia-Pasifik, kami percaya bahawa perkongsian ini akan mengukuhkan dan meluaskan hubungan kami dengan pelanggan di Asia."

Latar Belakang Connell
Connell ialah pemasar dan pengedar terkemuka bagi bahan dan kimia khusus di Asia-Pasifik. Ia membawakan pandangan dan perkhidmatan yang hebat kepada pasaran kehidupan dan sains perindustrian, serta mempromosikan jaringan luas pengeluar global yang terkemuka dan produk rumusan sendirinya. Sebuah syarikat Wilbur-Ellis, Connell menyediakan kepakaran teknikal, pemasaran dan rantaian bekalan melalui 48 pejabat di 18 negara di seluruh Asia-Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi connellworld.com.

Latar Belakang Syarikat-syarikat Wilbur-Ellis
Ditubuhkan pada tahun 1921, syarikat-syarikat Wilbur-Ellis ialah pemasar dan pengedar antarabangsa yang terkemuka bagi produk pertanian, pemakanan haiwan serta bahan dan kimia khusus. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi wilburellis.com

Latar Belakang DRT
Ditubuhkan pada tahun 1932, DRT mengkhusus dalam pembangunan gam rosin dan turpentin yang diekstrak daripada resin pain. Ibu pejabat DRT terletak di Dax, Perancis dan menjual produk-produknya di serata dunia. DRT mempunyai portfolio produk yang pelbagai dengan lebih 300 bahan yang memenuhi keperluan pelbagai pasaran akhir. DRT mengendalikan sembilan kemudahan pembuatan sama ada secara langsung atau bersama rakan kongsi usaha sama. Maklumat lanjut mengenai DRT disediakan di www.drt.fr 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/887002/Connell_Logo.jpg

 

Source: Connell
Keywords: Chemical Licensing/marketing agreements