omniture

Platform Pendidikan Toolshero Tawar Sokongan Global dalam Perkembangan Diri Semasa Kuarantin

Toolshero
2020-04-24 16:32 1099

ROTTERDAM, Belanda, 24 April 2020 /PRNewswire/ -- Coronavirus telah mengejutkan kita di seluruh dunia dan memaksa ramai orang untuk berada di dalam rumah. Dalam usaha untuk memanfaatkan sebaik-baiknya keadaan ini, pelajar dan golongan profesional mencari cara untuk belajar dan bekerja dari rumah. Memandangkan aktiviti-aktiviti harian biasa menjadi semakin berkurang atau tidak lagi dapat dilakukan, kesibukan harian diganti dengan waktu yang tenang. Ini dapat mencipta peluang baharu. Buat mereka yang ingin memanfaatkan masa yang berharga ini untuk mendidik, membangun dan memperkasa diri mereka sendiri, Toolshero menawarkan sokongan segera.

 

Toolshero ambassador Sheryl Lynn
Toolshero ambassador Sheryl Lynn

 

Toolshero ialah platform pendidikan yang menjadikan pembangunan peribadi dan profesional dapat dicapai oleh semua orang dengan menjadikan akses kepada ilmu pengetahuan mudah dan berpatutan. Semasa kuarantin, toolshero akan menyediakan komuniti global kami dengan akses percuma kepada platform dalam taliannya selama sebulan. Ini dapat memberi pengunjung dengan akses kepada lebih 750 artikel saintifik praktikal mengenai pelbagai topik seperti kepimpinan, komunikasi, kreativiti, pemasaran, psikologi dan pembangunan peribadi. Artikel-artikel berkualiti tinggi ini diperkayakan dengan templat, lembaran kerja dan imej, bagi menjadikan pembelajaran lebih mudah dan lebih pantas.

Sebanyak lebih 10 juta orang di lebih 100 negara telahpun menggunakan platform toolshero dan menerusi pengembangan berterusannya, toolshero merealisasikan visinya untuk menyumbang kepada dunia yang lebih diperkasa. "Saya amat berbangga dapat menjadi duta toolshero," kata DJ antarabangsa dan bekas ratu cantik Sheryl Lynn Baas. "Terutamanya semasa waktu yang mencabar ini, saya berpendapat ia adalah suatu yang luar biasa apabila toolshero menawarkan sokongan global. Sejak saya bersaing di Miss World pada tahun 2006 dan menubuhkan Sheryl Lynn Foundation, pendidikan dan pemerkasaan telah menjadi advokasi saya, maka saya teruja untuk membantu menyebarkan berita baik ini!"

Maklumat lanjut

Toolshero menyokong orang ramai di seluruh dunia untuk memperkasa diri mereka melalui platform pendidikan yang mudah diakses dan berkualiti tinggi demi pembangunan peribadi dan profesional. Matlamatnya adalah untuk menyediakan pelajar, ahli profesional, saintis dan individu yang berminat di merata tempat dengan peluang untuk mencapai pertumbuhan dengan menawarkan mereka alatan pendidikan demi perkembangan diri yang selanjutnya. Kepakaran yang bernilai ini boleh digunakan dalam amalan harian dan kepakaran yang didapati oleh pengguna platform kami boleh dikongsi bersama orang di sekeliling mereka. Beginilah kami memperkasa dunia kita bersama-sama.

Sila kunjungi www.toolshero.com/subscribe untuk maklumat lanjut. 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1158642/Toolshero_Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1158643/Toolshero_ambassador_Sheryl_Lynn.jpg 

Source: Toolshero
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Corporate Social Responsibility New products/services