omniture

IMA Research Foundation Lancar Panggilan untuk Cadangan Penyelidikan 2020

Institute of Management Accountants (IMA)
2020-04-27 09:29 753

SINGAPURA, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), persatuan akauntan dan ahli profesional kewangan dalam bidang perniagaan, melancarkan Panggilan untuk Cadangan Penyelidikan 2020 melalui IMA Research Foundation (IRF). IRF dikhususkan untuk membiayai penyelidikan yang merangsang fikiran dan relevan yang meluaskan cabang ilmu pengetahuan dan skop dalam perakaunan dan pengurusan kewangan. Sehingga kini, IRF telah menganugerahkan lebih $1 juta geran penyelidikan kepada ahli akademik dan pelajar kedoktoran.

Panggilan tersebut mengalu-alukan cadangan geran yang mengemukakan soalan-soalan kajian berkaitan dengan peranan Ketua Pegawai Kewangan dan pasukan kewangan tatkala ia beralih daripada pengawasan nilai kepada penciptaan nilai. Cadangan penyelidikan dalam bidang perancangan dan analisis kewangan, tanggungjawab sosial korporat dan kemampanan, transformasi digital serta etika dan tadbir urus korporat amat dialu-alukan, walaupun cadangan dalam bidang-bidang lain akan turut dipertimbangkan. Kajian-kajian yang dicadangkan boleh menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan asas atau gunaan termasuk kajian analitik, arkib, eksperimen, tinjau selidik atau kajian kes.

Sebanyak tiga cadangan akan menerima geran bernilai $10,000 daripada IRF dan lain-lain akan dipertimbangkan untuk menerima geran bernilai $5,000. Geran-geran akan dianugerahkan kepada cadangan berdasarkan potensinya untuk memajukan kerjaya perakaunan pengurusan.

Penyelidik akan dikehendaki menghasilkan laporan dengan 3,000 patah perkataan untuk audiens profesional. Cadangan penyelidikan haruslah memenuhi garis panduan penghantaran untuk cadangan IRF, mengikut status penyelidik sama ada fakulti atau pelajar.

Permohonan boleh dihantar ke research@imanet.org. Tarikh akhir penyerahan cadangan penyelidikan adalah pada 1 Jun 2020 pada tengah malam EDT. Pemenang-pemenang akan diumumkan sebelum 30 Jun 2020.

Panggilan Cadangan Penyelidikan IRF.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) A.S., pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

HUBUNGI:
Sunantha Huang
IMA Asia Tenggara & Australasia
(65)6493-3113

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research