omniture

EnigmaSoft Lancar SpyHunter for Mac untuk Perangi Peningkatan Perisian Hasad Mac yang Belum Pernah Terjadi Sebelumnya

EnigmaSoft Limited
2020-04-27 19:26 578

DUBLIN, 27 April 2020 /PRNewswire/ -- EnigmaSoft Limited telah melancarkan SpyHunter for Mac, produk pengesanan dan penyingkiran perisian hasad berkuasa yang membawakan teknologi sekuriti dan pengoptimuman canggih yang direka untuk dan agar serasi dengan macOS®. Walaupun dahulunya biasa dianggap bahawa komputer Mac® adalah lebih selamat dan tidak mudah rentan terhadap serangan perisian hasad sebagaimana sistem Windows, persepsi ini telah berubah dengan dramatik sejak beberapa tahun kebelakangan ini memandangkan kelaziman dan kerumitan perisian hasad Mac telah berkembang dengan pesat ke seluruh dunia menurut pelbagai laporan.

SpyHunter for Mac - Free Malware Detection & Removal Tool
SpyHunter for Mac - Free Malware Detection & Removal Tool

SpyHunter for Mac ialah aplikasi anti-perisian hasad yang direka dari bawah untuk melengkapi pengguna Mac dengan alat yang diperlukan bagi membantu memastikan sistem komputer mereka selamat daripada ancaman perisian hasad masa kini yang rumit dan berkembang. Pengimbas berbilang lapisan SpyHunter for Mac dapat mengesan perisian tebusan, Trojan, virus, botnet, perisian beriklan, program mungkin tidak diingini, kerentanan, isu privasi (contoh kuki) dan objek yang tidak diketahui.

SpyHunter for Mac menyediakan pengimbas kerentanan yang dapat mengesan kerentanan yang dilaporkan dalam aplikasi yang dipasang, yang berpotensi menjejaskan sekuriti sistem Mac dan membawa kepada ketirisan data, serangan perisian tebusan dan isu-isu disruptif yang lain.

Pengguna SpyHunter for Mac boleh memanfaatkan imbasan Pengoptimumannya yang menawarkan ciri-ciri yang mudah digunakan yang dapat mencari dan mengenal pasti fail besar dan/atau fail pendua yang mungkin terlalu banyak membazirkan ruang cakera yang bernilai. Ia juga dapat menandakan fail-fail yang tidak perlu seperti cache aplikasi, lebihan aplikasi dan fail-fail lain yang sukar dikesan yang boleh dibuang secara selektif oleh pengguna untuk mengosongkan ruang cakera tambahan.

Ciri Perombak Aplikasi (App Uninstaller) intuitif SpyHunter for Mac menyediakan cara yang mudah kepada pengguna untuk menyahpasang aplikasi yang tidak diingini dengan mudah. Pengurus Permulaan (Startup Manager) SpyHunter for Mac membolehkan pengguna untuk mengkonfigurasi dan menyelaras penalaan tetapan permulaan sistem Mac mereka bagi mengoptimumkan proses but sistem dan menyesuaikan secara khusus pengalaman pengguna.

SpyHunter for Mac menyediakan Spyware HelpDesk, khidmat sokongan pelanggan seorang-ke-seorang, 24/7, terbina dalam yang menghubungkan terus pelanggan SpyHunter dan pakar teknikal kakitangan EnigmaSoft bagi memberi bantuan melibatkan isu-isu perisian hasad.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan memuat turun SpyHunter for Mac (PERCUMA!), sila kunjungi https://www.enigmasoftware.com/products/spyhunter/

Latar Belakang EnigmaSoft Limited
EnigmaSoft Limited ialah sebuah syarikat Ireland milik persendirian yang mempunyai pejabat & ibu pejabat global di Dublin, Ireland. EnigmaSoft amat dikenali kerana membangunkan dan mengedarkan SpyHunter 5 & SpyHunter for Mac, aplikasi anti-perisian hasad yang canggih. SpyHunter dapat mengesan & menyingkirkan perisian hasad, meningkatkan privasi Internet & menghapuskan ancaman sekuriti, selain menangani isu-isu seperti perisian hasad, perisian tebusan, trojan dan ancaman berniat jahat lain yang memberi kesan kepada berjuta-juta pengguna komputer.

Berhubung dengan EnigmaSoft: Twitter | Facebook | LinkedInYouTube

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1159348/EnigmaSoft_Limited_SpyHunter_for_Mac.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/802706/EnigmaSoft___Logo.jpg

Source: EnigmaSoft Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services